Tuesday, January 30, 2007

TAZKIRAH: BEBERAPA HADIS BUAT WANITA


"الدُّنْيَا مَتَاعٌ، وَخَيْرُ مَتَاعِهَا المَرْأةُ الصَّالِحَة"
Dunia adalah perhiasan,
dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah


Pengenalan:
Beberapa hadis berikut bukanlah pilihan yang telah dilakukan dengan teliti dan baik kerana keterbatasan-keterbatasan yang tertentu. Namun, (hadis) sebagai rujukan kedua dalam hiraki ilmu wahyu, semoga ianya mempunyai barakah dan mempimpin kita semua menjadi manusia yang mendapat keredhaan ilahi.

Hadis pemula dalam nota ini menggambarkan terdapat begitu banyak perhiasan dan keindahan dalam dunia hari ini, dan yang terbaik daripadanya adalah wanita yang solehah.

· Kebaikan terletak dalam hati dan pada niatnya:

وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ ـ صحيح البخاري
Dan sesungguhnya dalam satu jasad (badan) terdapat seketul daging. Jika baik daging tersebut, maka baiklah keseluruhan jasad tersebut. Dan jika rosak (jahat/busuk) daging tersebut, maka rosaklah keseluruhan jasad. Ketahuilah! Ianya adalah HATI.”

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -يَقُولُ " إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا، أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ".
Sesungguhnya sesuatu amalan itu bergantung kepada niatnya. Dan sesungguhnya pada setiap (balasan) perbuatan itu bergantung kepada apa yang diniatkan. Maka barangsiapa berhijrah kerana (kepentingan) dunia, ia akan mendapatnya (hanya pada keduniaanya), atau (niatnya) kerana perempuan yang ingin dinikahi, maka hijrahnya itu bergantung kepada apa sebab hijrah tersebut”.






· Malangnya, ramai wanita di neraka – antara penyebabnya adalah kerana kurang bersyukur:

وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ قَالُوا بِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ بِكُفْرِهِنَّ قِيلَ يَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ كُلَّهُ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ - صحيح البخاري
Dan aku lihat (dalam neraka tersebut) kebanyakan ahlinya adalah wanita.” Sahabat-sahabat bertanya, kerana apa wahai Rasulullah? Baginda s.a.w bersabda, “kerana mereka kufur”. Sahabat bertanya, adakah mereka kufur kepada Allah? Baginda bersabda, “mereka kufur kepada suaminya dan kufur kepada kebaikan-kebaikan. Kiranya kamu selalu berbuat baik kepadanya, kemudian terlihat olehnya satu kelemahan/keburukan, maka mereka akan berkata, tidak aku lihat daripada kamu sesuatu kebaikan pun”.

· Justeru, jagalah hati, mulut (lidah) dan kemaluan:

سُئِلَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم عَنْ أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ النّاسَ الْجَنّةَ، قالَ: تَقْوَى الله وَحُسْنُ الْخُلُقِ، وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ النّاسَ النّارَ، قالَ: الفَمُ وَالْفَرْجُ
Ditanya Rasulullah s.a.w berkenaan perkara yang menyebabkan ramai orang boleh masuk syurga. Sabda baginda, “Taqwa kepada Allah dan berakhlak baik”. Dan ditanya tentang perkara yang menyebabkan ramai orang masuk neraka. Sabda baginda, “mulut dan kemaluan”.

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ - صحيح البخاري
Orang Islam (yang sebenar) adalah apabila orang Islam lain merasa aman daripada lidah dan tangannya. Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang Allah tegahkan kepadanya. Al-Hadis: Bukhari.



· Justeru, jadilah wanita beriman - mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan jangan mudah menyangka bahawa kita sudah boleh masuk syurga:

Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (ِAl-Hujuraat: 14-15).

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلاَّ بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). ALI-IMRAN: 112

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). AL-BAQARAH: 214

وَقَالَ عَمَّارٌ: ثَلَاثٌ مَنْ جَمَعَهُنَّ فَقَدْ جَمَعَ الْإِيمَانَ: الْإِنْصَافُ مِنْ نَفْسِكَ، وَبَذْلُ السَّلَامِ لِلْعَالَمِ، وَالْإِنْفَاقُ مِنْ الْإِقْتَارِ. ـ البخاري
Berkata Ammar: Tiga perkara bila sesiapa mengumpulkannya, maka dia telah mengumpul keseluruhan Iman: Menginsafi (introspeksi) dirinya sendiri, (kedua) menyebarkan salam ke serata alam, dan (ketiga) mengeluarkan infak dalam kesulitan.

مَنْ لَمْ يَهْتَمْ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ. – الحديث للإمام العجلوني
Orang yang tidak mengambil berat nasib umat Islam bukanlah dia di kalangan mereka.


· Takutlah azab pedih api neraka – nescaya kita akan selamat:


Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), - Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya. Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri, Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun. (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), - (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya), Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia, Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir, Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya), Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka), Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar), Serta hamparan-hamparan yang terbentang. Surah Al-Ghasiyyah





Hadis Doa Nabi Daud
(elok sangat untuk dijadikan amalan – mempertingkatkan kecintaan dari hati terhadapNya)
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "كانَ مِنْ دُعاءِ دَاوُدَ صلى اللّه عليه وسلم: اللَّهُمَّ إني أسألُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَالعَمَلَ الَّذي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ؛ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أحَبَّ إِليَّ مِنْ نَفْسِي وَأهْلِي وَمنَ المَاءِ البارِدِ" قال الترمذي: حديث حسن.‏
Ya Allah ya tuhanku, jadikanlah aku mencintaiMu, jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMu, jadikanlah aku mencintai amalan-amalan yang menyampaikan kepada kecintaan padaMu, Ya Allah jadikan cintaku padaMu melebihi cinta pada diriku sendiri, ahli keluargaku dan daripada air yang sejuk.

1 comment:

Anonymous said...

kenape air yg sejuk yer??