Wednesday, August 8, 2007

Mempertingkatkan Ketahanan Stress

Saya teringat, tulisan Dr Stephen Covey melalui buku best-seller klasik beliau,
"Seven Habits of Highly Effective People" ketika membicarakan konsep
RESPONSIBLE & PROACTIVITY. Katanya “responsible” = “response-able” (able to response effectively terhadap apa jua yang menimpa kita). Katanya, orang yang responsible memahami bahawa kitalah yang menentukan respon kepada apa yang menimpa kita (biasanya dalam konsep umum sesuatu akan respon berdasarkan stimulus; 'anjing yang digoncang loceng akan berlari mendapat makanannya, apabila stimulus-response itu dilakukan dengan kerap.' Kita juga begitu, bila sedih kita akan menangis, bila sesuatu yang umumnya 'stress' menimpa kita, kita akan ‘stress’). Namun menurut konsep Covey, kita mampu untuk respon berbeza daripada stimulus yang menimpa kita.

Lalu, Dr Covey, membawa satu ungkapan yang cukup berkesan, yang beliau pinjam daripada Peter Frankl, seorang tahanan Nazi Jerman yang begitu teruk didera dipenjara,
"Between stimulus and response, there is a space,
in that space lies our freedom, to choose our response,
in that response lies our happiness and growth"
(bila berlaku stimulus kita tidak seharusnya terus melakukan/menurut response seperti biasa. Besarkan "space" itu, nescaya kita boleh beri response yang berbeza - sebab kita responsible menentukan response kita. Teringat satu hadis, " إن أمر المؤمن كله عجب، لا يقضي اللّه له قضاء إلا كان خيراً له، إن أصابته ضراء صبر فكان خيراً له، وإن أصابته سراء شكر فكان خيراً له : aku kagum dengan orang Islam, apa sahaja yang menimpa mereka semuanya beri kebaikan. Jika kebaikan menimpa mereka, mereka bersyukur, itu memberi kebaikan kepada mereka. Jika keburukan menimpa mereka, mereka bersabar, itu juga memberi kebaikan kepada mereka")

Dipanjangkan lagi, Dr Covey membawa satu cerita tentang seorang jururawat yang hidup penuh misery (menderita) di tempat kerja. Supervisor-nya sangat tidak berhati perut, hanya melihat kelemahan beliau sahaja. Tidak pernah beliau dihargai (asyik terima kutukan - bangannya tidak terhingga - itu daripada saya :-). Satu hari masa dengar ceramah Dr Covey tentang konsep proactivity & responsibility, beliau tiba-tiba bangun dan bercakap sendirian. Bila tersedar beliau melakukan itu semua dalam majlis, beliau duduk kemalu-maluan (nasib baik ada kata berganda untuk 'kemaluan', sorry :-). Perbuatannya itu menarik minat Dr Covey, yang pergi menemui beliau selepas itu, dan bertanyakan peristiwa tersebut. Beliaupun ceritalah 'keazaban' bekerja di tempat sekarang, tetapi bila dengar Dr Covey kata, kita boleh menentukan respon kita, masa itu saya tersedar bahawa kenapa saya perlu rasa 'misery', saya boleh pilih 'rasa' yang lain, saya responsible! Masa itulah saya bangun mengatakan saya boleh, seolah-olah melaungkan 'kemerdekaan misery saya' selama ini. Saya sudah cuba lakukan sebaik mungkin, saya betulkan kesilapan saya, saya sudah cuba mempelajari kaedah yang lebih baik, tapi jika supervisor saya masih hendak marahkan saya, kenapa saya pilih hendak "tension", saya boleh pilih untuk tidak "tension" (kalau tension-pun ianya tidak beri apa-apa kebaikan kepada sesiapa pun).

Cuba-cubalah displinkan diri memilih response yang tidak memudaratkan kita. Fikir sejenak, besarkan “space” kita, insyaAllah kita akan jadi lebih responsible dengan lebih berkesan.