Tuesday, March 1, 2016

What a Competitive World!

Cerita lepas... mungkin saya tertinggal...  What a competitive world!

During the press conference to announce NOKIA being acquired by Microsoft, Nokia CEO ended his speech saying this “we didn’t do anything wrong, but somehow, we lost”. Upon saying that, all his management team, himself included, teared sadly.

Nokia has been a respectable company. They didn’t do anything wrong in their business, however, the world changed too fast. Their opponents were too powerful.

They missed out on learning, they missed out on changing, and thus they lost the opportunity at hand to make it big. Not only did they miss the opportunity to earn big money, they lost their chance of survival.

The message of this story is, if you don’t change, you shall be removed from the competition.

It’s not wrong if you don’t want to learn new things. However, if your thoughts and mindset cannot catch up with time, you will be eliminated.

https://www.linkedin.com/pulse/nokia-ceo-ended-his-speech-saying-we-didnt-do-anything-ziyad-jawabra

Friday, November 7, 2014

1847: Sultan Turki Uthmaniah bantu Ireland ketika Negara-Negara Eropah Lain Tidak Bersedia Membantu

[masih draf]Sekadar merekodkan antara catatan/tulisan  berharga Pak Wan Jaffree, seorang sahabat, "Keprihatinan Sultan Abdul Majid I (kerajaan Turki Uthmaniah) kpd Negara Ireland yg dilanda kebuluran besar"... ianya menyentuh hati kerana inilah antara rekod wajah2 sebenar Islam yg dipudarkan oleh percaturan semasa dunia.

(Ringkasan) Sekitar 1840an Ireland di bawah jajahan Britain. Kebuluran besar menyebabkan 1juta penduduknya mati.

Dr peribadi sultan Abdul Majid org Ireland beritahu Sultan bhw semua ahli keluarganya mati dlm keaddan itu. Sultan simpati dan ingin sumbang 10K Pound. Ratu Britain minta dkurang pd 1K Pound shj keran sumb Britain hanya 2K Pound (tidak pasti adakah ada elemen x mahu nampak sumb kerajaan Islam yg tggi wlpun pd negara tidak Islam).

Secara rahsia Sultan hantar 5 kapal penuh dgn gandum & jagong - wlpun ada halangan Britain - namun bantuan tetap sampai.

Peristiwa ini sngt beri kesan kpd rakyat Ireland sehingga ke hari ini. Bukti2nya antaranya ada dlm muzium Topkapi Instanbul, Turki (surat penghargaan dari mereka kpd Sultan), pd 1995 satu plaq  peringatan/penghargaan telah dipasang di Dewan Bandaraya Drogheda, Ireland &  kelab bolasepak Drogheda juga ada lambang bulan bintang Turki.

Friday, January 31, 2014

Mencari Wajah Sebenar Sayyidina Muawiyah bin Abu Sufyan...

Kerapnya bila menyebut namanya kebanyakkan lebih merasakan aspek negatif susuk ini.  Ini semakin jelas apabila dalam masyarakat kita, semacam tiada yang menamakan anaknya dengan nama Sahabat Nabi sallahualaiwassalam tersebut.  Ianya sangat berbeza dengan Sahabat-sahabat (radiallahu anhum) yang lain.

Sedangkan dalam pegangan Ahli sunnah waljamaah, semua Sahabat adalah adil.  Kita tidak boleh ada prasangka buruk kepada para Sahabat.

Sedangkan juga, Sayyidina Muawiyah adalah di antara penulis wahyu, periwayat hadis, diberi kepercayaan oleh para khalifah untuk mengetuai medan perang, memerintah wilayah, serta menjadi khalifah selama lebih kurang 20 tahun dengan dibai'ah oleh para Sahabat yang masih hidup pada masa tersebut.

Justeru, kita semua perlu menyemak semula pandangan kita terhadap Sahabat yang tidak kurang jasa serta peranannya dalam perkembangan dunia Islam ini.



Monday, December 26, 2011

Our Iceberg is Melting!







Ini adalah tajuk sebuah buku yang dihadiahkan oleh pihak pengurusan UUM kepada kakitangannya yang berjaya mendapat phd dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Sudah hampir 3x (Ya 3 kali!) aku mengkhatamkannya. Dua kali membaca sendirian dan sekali membaca pada anak-anak dan isteri (bukan pada isteri-isteri dan anak :) [walaupun sudah beberapa sesi membacakan, menceritakan dan cuba menanamkan nilai-nilai yang hendak diserap oleh pengarang buku tersebut pada mereka, belum tamat lagi].

Ianya adalah kisah dongeng yang betul (Ya! betul-betul dongeng) di salah sebuah negeri (iceberg) yang didiami oleh satu koloni penguin. Bermula dengan seekor penguin bernama Fred mendapati kesan-kesan iceberg yg mencair dan terdapat jelas tanda-tanda bahawa kemungkinan ianya akan memecah pada musim sejuk yg bakal tiba (ya! terdapat musim sejuk di iceberg - dlm cerita dongeng yg benar ini :) Bermula dari detik itulah Fred berusaha memberitahu, menyakinkan, mengajak, untuk berubah kepada satu kehidupan baru bersama beberapa rakan. Dan seperti dlm kehidupan kita (memang ceritanya tentang cabaran "CHANGE MANAGEMENT" yang diceritakan berperwatakan penguin), mereka menempuh berbagai halangan, cabaran & ejekan-ejekan. Dengan strategi yang bijaksana, usaha yang tidak mengenal penat, menghadapi cabaran, melaksanakan plan, mengurangkan halangan, meningkatkan interest masyarakat, mereka akhirnya berjaya berada dalam satu kehidupan baru, yang berlainan daripada kehidupan turun-temurun mereka.

Ianya satu buku yang santai, cerita yang menarik, ringkas, ada unsur kelakar, tetapi yang lebih penting daripada itu adalah ianya bercerita tentang kita (Penguin tu macam kita). Setiap kali kita perlu berubah, kita akan cenderung untuk melihat aspek-aspek negatif daripada perubahan itu (kebanyakan kita begitulah - atau mungkin untuk less offensive, "kebanyakkan saya begitulah"). Sekurang-kurang, kesan yang saya hadapi, jika perubahan itu ke arah kebaikan (walaupun kemungkinan untuk tidak baik itu juga banyak), saya tidak ingin menjadi orang yang menghalang perubahan itu (saya tidak mahu menjadi Mr NoNo - salah satu watak dalam cerita tersebut). Walaupun saya mungkin tidak bersedia untuk menjadi penggerak; sebagaimana Alice, Fred, mahupun Buddy - saya tidak mahu menganggu proses mereka yang mahu berubah (ke arah kebaikan)!

Buku simple ini (jika dilihat daripada aspek ceritanya tetapi mengandungi unsur kreativiti dan ilmu yang tinggi) ditulis oleh seorang yang terkenal dalam aspek Change management; Prof John Kotter dari Oxford. Saya ingin menggalakkan semua orang membaca buku ini - saya juga rasa ingin menggalakkan (tapi jangan jadi "galak" pula) ianya diceritakan dalam mana-mana kumpulan kerja untuk menjadi kumpulan kerja kita bergerak dalam satu "wave" yang sama, walaupun kekuatan/kecenderungan setiap daripada kita berbeza.






This charming story about a penguin colony in Antarctica illustrates key truths about how deal with the issue of change: handle the challenge well and you can prosper greatly; handle it poorly and you put yourself at risk. The penguins are living happily on their iceberg as they have done for many years. Then one curious penguin discovers a potentially devastating problem threatening their home - and pretty much no one listens to him. The characters in this fable are like people we recognise, even ourselves. Their story is one of resistance to change and heroic action, confusion and insight, seemingly intractable obstacles and the most clever tactics for dealing with those obstacles. It is a story that is occuring in different forms around us today - but the penguins handle change a great deal better than most of us. Based on John Kotter's pioneering work on how to make smart change happen faster and better, the lessons you can learn from this short and easy-to-read book will serve you well in your job, in your family, and in your community. A these lessons are becoming ever more important as the world around us changes faster and faster.




Our Iceberg Is Melting is a simple fable about doing well in an ever-changing world. Based on the award-winning work of Harvard's John Kotter, it is a story that has been used to help thousands of people and organizations.

The fable is about a penguin colony in Antarctica. A group of beautiful emperor penguins live as they have for many years. Then, one curious bird discovers a potentially devastating problem threatening their home, and pretty much no one listens to him. The characters in the story, Fred, Alice, Louis, Buddy, the Professor, and NoNo, are like people we recognize — even ourselves. Their tale is one of resistance to change and heroic action, seemingly intractable obstacles and the most clever tactics for dealing with those obstacles. It's a story that is occurring in different forms all around us today — but the penguins handle the very real challenges a great deal better than most of us. Our Iceberg Is Melting is based on pioneering work that shows how the 8 Steps produce needed change in any sort of group. It's a story that can be enjoyed by anyone while at the same time providing invaluable guidance for a world that just keeps moving faster and faster.

---

Our Iceberg Is Melting

Our Iceberg Is Melting: Changing and Succeeding Under Any Conditions
by John Kotter and Holger Rathgeber

Here’s still another of the popular mini-books (147 pages) we see adorning the shelves of our favorite bookstore haunts today. There are several reasons for this growing trend:

  • The quick-read format provides convenience for readers coping with today’s chaotic time challenges.
  • The use of the ever-popular fable to influence behavior.
  • The gift of wisdom, strategies, and tools to cope with real-world challenges in the work place.

For these reasons, you can expect to continue to see these classics emerge, entertain and educate as long as there are gifted writers to convey these critical lessons.

This particular fable comes to us from two gentlemen who know of what they speak. John Kotter is a leadership and change guru at Harvard Business School who has authored 11 business bestsellers, and Holger Rathgeber is a highly respected modern global manager.

Our Iceberg Is Melting presents a framework for an effective corporate change initiative through the tale of a colony of Antarctic penguins facing the danger of global warming. This colony of penguins will remind you of your typical business organization as they take on the personality traits and demonstrate the leadership skills of many of the characters we work with on a regular basis.

The central character is a particularly astute middle management Emperor Penguin named Fred who has identified a major challenge in the reality that the iceberg they call home is melting. His first obstacle is to convince everyone that there is a problem which must be dealt with.

Fred experiences frustration in having to deal with No No, the penguin who resists change, actively and passively. No No, of course, represents those many people in any organization who are basic blockers to change. Other recognizable personalities include: the naysayers and nitpickers, the innovators and agitators, the leaders and followers. The idea is that everyone in a group must play a role in navigating change. Fred must convince his colony’s Leadership Council that his research has discovered that if they don’t move to another iceberg soon they will suffer disaster beyond their comprehension.

They must implement a thoughtful plan for leading their fellow penguins in the colony through a time of necessary but gut-wrenching change. They quickly discover that the central issue is never strategy, structure, culture, or systems. Although each of these elements are important … the core of the matter is always about changing behaviors of those involved.

This is where we are introduced to the “The Eight Step Process of Successful Change.” The following chapters explain the critical flow of a successful change effort as we witness the colony discover that change is a never-ending process rather than an ultimate destination.

We, too, must realize that we continue to face many changes such as sales, technology, global competition, profits, ROI, retention, customer service, market share, etc. Desirable change is an on-going, never-ending process which demands one requirement above all others: adapt or perish.

This book is a must read for everyone who manages people at any level and recognizes the challenges involved with that responsibility. The eight-step change process is profound and can be applied to any organizational change effort.

Each step of this change process is also illustrated in some entertaining videos on Kotter’s web site at www.ouriceburgismelting.com.

(This book review was originally published in 2009 as one of the Top 10 Books – Edition 19.)





"When written in Chinese the word crisis is composed of two characters. One represents danger, and the other represents opportunity."

- John F. Kennedy

"If the rate of change on the outside exceeds the rate of change on the inside, the end is near."
- Jack Welch


"Not everything that is faced can be changed.But nothing can be changed until it is faced."

- James Baldwin

"The achievement of excellence can only occur if the organization promotes a culture of creative dissatisfaction."
-Lawrence Miller

"Without a sense of urgency, desire loses its value."

-Jim Rohn

"The voyage of discovery lies not in seeking new horizons, but in seeing with new eyes."
-Marcel Proust

"The achievement of excellence can only occur if the organization promotes a culture of creative dissatisfaction."
-Lawrence Miller
---------------------

Review

Penguins illustrate how to conquer change
By Michelle Archer, for USA TODAY
At first glance, Our Iceberg Is Melting seems easy to dismiss as an attempt to fuse a few hot topics -- global warming, marching penguins -- into a Who Moved My Cheese? fable-as-business-lesson best seller.

But this penguin parable has a pedigree in the form of Harvard Business School's John Kotter, author of Leading Change, the 1996 business guide that also sported our flat-footed, feathered friends on the cover. The Heart of Change was his 2002 follow-up.
This time out, Kotter moves the penguins inside, using how a colony of them copes with a potential catastrophe -- yes, their iceberg is melting -- to illustrate his eight-step process of successful change.
Their story is short and peppered with the personalities organizations inevitably include: the naysayers and nitpickers, the innovators and agitators, the leaders and followers. The idea is that everyone in a group must play a role in navigating change.
In that vein, Kotter and co-author Holger Rathgeber write that their goal is to use a good story with visual stimuli (full-color, cartoon-like illustrations) to influence a broad range of people to better handle change and produce results. In other words, companies should buy a copy for everyone from the CEO to the stock clerk.
This approach paid off for Spencer Johnson of Who Moved My Cheese?, who writes the foreword.
Kotter's process advocates quick action to confront issues, group thinking and the buy-in of the whole organization. The goal: replace old habits with new behaviors and make them stick.
Whether you're a fan of lowest-common-denominator reading or not, there's no denying the logic behind Kotter's steps and the at-times clever way they are woven into the penguins' journey.

From the Back Cover

"I came across Our ICEBERG IS MELTING in May, ordered and dsitributed 60 copies in June, evaluated its effect on our change effort, and then ordered 500 more copies in September. This is a gem."
-- Heidi King, Program Manager, Dept. of Defense
"As a result of the book and my sharing it with a few people in the organization, we have moved quickly on several fronts. We are galvanized to go ahead instead of further studying, more organizing and so on. It is making a difference for us."
-- Tom Curley, President and CEO, Associated Press
"This is the easiest to read yet most informative book I have ever seen. Setting one of management's biggest challenges, 'what problem, I don't see a problem,' in the context of a melting iceberg and a determined penguin, was a stroke of sheer genius."
-- Michael Dimelow, Director of Product Marketing, TTP Communications PLC

About the Author

John P. Kotter, world-renowned expert on leadership, is the author of many books, including Leading Change and The Heart of Change. He is the Konosuke Matsushita Professor of Leadership, Emeritus at the Harvard Business School, and a graduate of MIT and Harvard. He is co-founder of Kotter International, a leadership organization that helps Global 5000 company leaders develop the skills to lead change. He and his wife Nancy live in Cambridge, Massachusetts.
Holger Rathgeber spent his early professional career in Asia. He has worked in industry since the early 1990's and is now with one of the leading medical technology companies, Bectom Dickinson. Raised in Frankfurt, Germany, Rathgeber currently resides in White Plains, New York.

From AudioFile

In a penguin colony in Antarctica, a curious bird discovers that the iceberg the colony lives on is melting. His task is to convince the other birds and to come up with a plan to save the colony. The story is intended to be a fable for the business world as it faces change. And therein lies the dilemma. The fable is so long that many listeners will wonder what the point is. Finally, the authors list strategies for coping with change. Oliver Wyman reads well, and there is an interview with the authors at the end of the audiobook, which is especially helpful for people who won't be discussing the book in a group. R.C.G. © AudioFile 2006, Portland, Maine-- Copyright © AudioFile, Portland, Maine --This text refers to the Audio CD edition.

See other reviews of this book.



Youtube:

http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=HJHYtTYkdCU

http://www.youtube.com/watch?v=WyzZVWriH4g

http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=F9hbX6bLwd4

http://www.youtube.com/watch?v=W0EGhBlJK8o&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=Gh2xc6vXQgk&feature=related

Sunday, October 2, 2011

Andainya Aku Boleh Menghasilkan Sebuah Buku Hadis: Inilah Muqadimmahnya...

KATA PENGANTAR PENYUSUN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. حَمْدًا شَاكِِِِِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِينَ. أما بعد.

žw uŽöyz Îû 9ŽÏVŸ2 `ÏiB öNßg1uqôf¯R žwÎ) ô`tB ttBr& >ps%y|ÁÎ/ ÷rr& >$rã÷ètB ÷rr& £x»n=ô¹Î) šú÷üt/ Ĩ$¨Y9$# 4 `tBur ö@yèøÿtƒ šÏ9ºsŒ uä!$tóÏFö/$# ÏN$|ÊósD «!$# t$öq|¡sù ÏmŠÏ?÷sçR #·ô_r& $\KÏàtã ÇÊÊÍÈ

An-Nisa 114: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.

Dengan penuh rasa rendah diri, saya persembahkan kepada para pembaca karya kecil ini. Saya berharap karya ini dapat menjadi salah satu sumbangan kecil untuk terus menghargai sumber ilmu autentik kedua dalam Islam. Sumber suci ini akan terus memberi panduan berharga sepanjang kita menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah di mukabumi sementara ini.

Saya namakan buku ini sebagai 40 Bimbingan Hadis untuk Kecemerlangan Umat Islam untuk mengambil keberkatan hadis-hadis seumpama berikut:

مَنْ حَفِظَ عَلَى أُمَّتِيْ أَرْبَعِيْنَ حَدِيْثًا مِنْ سُنَّتِيْ أَدْخَلْتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيْ شَفَاعَتِي. ابن النجار - عن أبي سعيد.

Barang siapa memelihara bagi umatku empat puluh hadis daripada sunnahku, nescaya aku masukkan akan dia pada hari Kiamat di dalam syafa’atku

Walaupun kebanyakkan hadis seumpama ini dikelaskan dalam kumpulan hadis dhoif (lemah), namun Imam Nawawi tetap membawa hadis seumpama ini dalam muqadimmah kitab hadis 40 beliau. Ini menunjukkan walaupun hadis seumpama ini lemah dari segi sanadnya (silsilah) namun ianya ada kekuatan dari segi matannya (kandungannya).

Dalam buku ini saya muatkan dengan hadis-hadis (daripada gudang khazanah hadis) yang insyaAllah amat sesuai untuk kita amalkan. Hadis-hadis utama dalam buku ini, saya cuba pastikan sekurang-kurangnya ianya berada dalam kategori Hasan (baik).

Saya secara peribadi telah mendapat kebaikan yang sangat banyak daripada khazanah ilmu yang sangat berharga ini. Setelah mengkhatamkan sepuluh jilid Tafsir al-Azhar (kitab tafsir al-Qur’an karya Pak Hamka) beberapa tahun yang lalu, saya sangat merasai keluasan dan betapa komprehensifnya ilmu agama wahyu ini. Setelah itu, Allah memberi peluang (petunjuk) untuk saya belajar kitab al-Hadis, khususnya kitab Sahih Bukhari. Ianya bermula dengan saya membeli cakera padat (CD) kuliah kitab Sahih Bukhari yang diajar oleh al-Fadhil Maulana Muhammad Asri Yusoff, Sheikhul Hadis tersohor di Malaysia dari DarulKautsar, Kelantan. Semenjak itu hati saya terus jatuh cinta dengan ilmu ini. Keluasan dan kedalaman kupasan al-Fadhil Maulana telah benar-benar menginsafkan saya terhadap “panjang”, “lebar” dan “dalamnya” khazanah ilmu maha berharga ini[1].

Juga sebagaimana yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi; As-Sunnah adalah tafsiran praktis al-Qur’an atau ajaran-ajaran Islam. Justeru, berinteraksi dengan As-Sunnah melalui bimbingan guru-guru yang mendalam ilmunya, akan dapat memberi kita bayangan yang jelas serta dekat bagaimana kehidupan Rasulullah SAW dan para Sahabat mengharungi kehidupan beragama yang unggul, sempurna dan menyeluruh. Bayangkanlah, Sahabat-Sahabat Baginda telah merakam dengan tekun, cermat dan tepat setiap tingkah-laku dan tutur-kata Rasulullah SAW sepanjang hidupnya. Malah mereka juga merakam Sahabat-Sahabat yang merealisasikan ajaran-ajaran Rasulullah SAW tersebut. Seterusnya rakaman itu dipelihara dari satu generasi kepada generasi seterusnya dengan sangat amanah serta menggunakan metodologi pemeliharaan keaslian dengan amat berkesan. Justeru itulah, apabila mempelajari satu-satu hadis daripada al-Fadhil Maulana, beliau akan membaca semua perawi daripada pengarang kitab hinggalah kepada Rasulullah SAW, demi menghargai dan mendapat barakah daripada pengorbanan mereka yang sangat tinggi.

Bila kenangkan semua itu, timbul rasa kurang selesa untuk menyusun buku yang ringan serta serba-ringkas ini. Saya mungkin akan merendahkan ketinggian dan keluasan ilmu ini. Saya juga mungkin akan merendahkan ilmu para guru saya. Namun, apabila menilai bahawa khazanah hadis/sunnah ini sangat banyak yang boleh dimanfaatkan dan masyarakat kita agak kurang berminat mempelajarinya, saya usahakan juga menyempurnakan setakat termampu. Mungkin sebahagian segmen masyarakat boleh mendapat sedikit-sebanyak manfaat daripadanya dan meningkatkan minat untuk mendalami ilmu ini.

Justeru, pada setiap hadis yang saya tulis dalam buku ini saya akan beri sedikit keterangan serta cadangan atau idea untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan. Saya utamakan keterangan, tambahan atau penekanan daripada al-Qur’an dan al-Hadis – agar ianya sekurang-kurangnya memberi berkat apabila kita membacanya dan berselawat ke atas Nabi SAW (memperbanyakkan perdampingan kita dengan al-Qur’an dan as-Sunnah). Saya juga banyak memasukkan di sana-sini kisah-kisah yang benar sama ada melalui sirah Rasulullah SAW dan para Sahabat, mahupun kisah-kisah semasa yang boleh kita ambil iktibar.

Saya berharap dengan keberkatan hadis-hadis yang dikemukakan dalam buku ini, ianya dapat memberi keberkatan kepada saya dan kepada anda semua. Saya juga, seperti dalam muqadimmah kitab Riyadus Sholehin oleh Al-Imam An-Nawawi, ingin meminta kepada pembaca yang memperolehi kemanfaatan sekalipun sedikit daripada buku ini, sudilah kiranya mendoakan rahmat Allah kepada saya, keluarga saya, kedua ibu-bapa saya, para guru saya, penjaga-penjaga hadis/sunnah dari dahulu sehingga sekarang yang telah membuat begitu banyak pengorbanan demi memastikan hadis-hadis dapat sampai kepada kita secara sahih.

Akhirulkalam kepada kata pengantar ini, saya juga ingin meminjam tulisan Al-Imam An-Nawawi dalam pendahuluan kitab hadis 40 beliau yang tersohor itu,

Sepatutnya setiap orang yang menggemari akhirat mengetahui hadis-hadis ini kerana ianya mengandungi berbagai kepentingan dan peringatan ketaatan di dalam semua perkara. Perkara ini jelas bagi sesiapa yang memerhatikannya.

وصلى لله عَلَى سيدنا محمد وعَلَى ءاله وصحبه وسلم.

سبحان ربك رب العزة عما يصفون, وسلام عَلَى المرسلين والحمد لله رب العالمين.

PENYUSUN

Al-Faqir ilallah

AHMAD SUKI BIN CHE MOHAMED ARIF

Jalan Istana, Desa Tanjong, Jitra,

Kedah Darul Aman.

13 RabiulAkhir 1430

9hb. April 2009


[1] Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya, “Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah” menulis tentang “kepanjangan” ilmu as-Sunnah (al-Hadis) merangkumi jangka masa hidup seseorang, iaitu sejak lahirnya sehingga mati, malah bermula dari masa janinnya hingga masa selepas mati. Aspek “lebarnya” pula merangkumi ruang yang meliputi ufuk; sama ada di rumah, di pasar, di masjid, di jalan, semasa kerja dan sebagainya. Ianya meliputi segenap kehidupan hubungan, sama ada dengan Maha Pencipta, diri sendiri, hubungan dengan keluarga, masyarakat – Islam dan bukan Islam, haiwan dan benda-benda tidak bernyawa yang lain. Manakala aspek “dalamnya” merangkumi ruang kelengkapan kehidupan manusia, iaitu meliputi tubuh, akal dan roh, termasuklah zahir dan batin, dan mencakupi perkataan, perbuatan dan niat.

p/s - Sebenarnya penulis sudah menyiapkan draf pertama manuskrip buku ini dan sedang berunding dengan Sahibuh Samahah Mufti dan Timbalan Mufti Kerajaan negeri Kedah untuk menyemak. Alhamdulillah mereka telah bersetuju, namun mereka juga sangat sibuk. Bertambah malang, Sahibuh Samahah Timbalan Mufti telah menyatakan kesediaan untuk mula baca bukan oktober ini, penulis pula yang 'terlebih sibuk (atau sengaja menyibukkan diri)' untuk package/print untuk memudahkan al-fadhil menyemakkannya. Semoga Allah lebih melapangkan waktu penulis dan penyemak. Amin.

----

Senarai Kandungan

KATA PENGANTAR PENYEMAK.. 6

KATA PENGANTAR PENYUSUN.. 7

MUQADIMMAH.. 10

Berinteraksi Dengan Hadis. 10

Belajar Ilmu Hadis. 13

Hadis Satu Ilmu Yang Ajaib. 17

Beberapa Catatan Tambahan Tentang Ilmu Hadis. 22

Hadis 1: Segala-galanya Bermula Dengan Niat. 38

Peranan Niat dan Matlamat Dalam Pengurusan Barat 40

Hadis 2: RAJIN BeriBADAT TETAPI JAHIL, BERILMU TETAPI TIDAK BERTAQWA 42

Kiamat Hampir Tiba. 42

Hadis 3: hendaklah Menuntut Ilmu.. 45

Kata-kata Ulama Tentang Menuntut Ilmu. 46

Islam dan Budaya Membaca. 48

Kelebihan Membaca. 49

Ulama dan Kecintaan Terhadap Membaca. 51

Sebahagian Ilmu daripada Buku. 52

Pengurusan Keluarga oleh Dr James Dobson. 53

Jalan Pintas Matematik. 56

Hadis 4: Kelebihan Orang Berilmu.. 58

Pengajaran dari sirah: Kelebihan Orang Berilmu. 59

Hadis 5 (Hadis Mauquf): Bertanya Kunci Ilmu.. 61

Hadis 6: hindari niat terseleweng Menuntut Ilmu.. 63

Hadis 7 (Hadis Qudsi): Banyak Beribadat Dapat Memperkayakan Jiwa 66

Banyak Bentuk Amal-Ibadat 67

Hadis 8: Marilah Perbanyakkan Baca Al-Qur’an.. 70

Kelebihan Membaca al-Qur’an. 70

Doa Membaca al-Qur’an. 72

Kisah Sahabat Meneruskan Bacaan al-Qur’an Walaupun Musuh Memanahinya. 75

Hadis 9: Marilah Menghayati Al-Qur’an.. 76

Ketinggian al-Qur’an. 77

Hargailah Ketinggian al-Qur’an. 78

Peringatan-Peringatan al-Qur’an. 80

Kisah Yusuf Islam (Cat Steven) Mendapat Hidayah. 82

Hadis 10: MARILAH PERBANYAKKAN MENGINGATI ALLAH.. 85

Fadhilat Mengingati Allah. 85

Kelebihan Zikir dalam Kehidupan Duniawi 88

Al-Ma’tsuraat 89

Hadis 11: Ketinggian Kalimah “La ilaha ilallah”. 93

Kisah Keyakinan Seorang Anak Muda Setelah Menerima Kalimah Tuhan yang Satu. 95

Hadis 12 (Hadis qudsi): Marilah Perbanyakkan Infak (Bersedekah) 99

Fadhilat Berinfak. 99

Hadis 13: Beristiqamahlah (Konsisten) Dalam Beribadat. 103

Hadis 14: Mengutamakan pembaikan berterusan.. 106

Falsafah “Kaizen” (改善) 107

Hadis 15: Tingkatkan Sama Amalan Dari Hati. 108

Hadis 16: Orang Islam Hebat. 111

Coretan Kisah: Kehebatan Mujahidin Afghanistan. 111

Orang Hebat Boleh Mengawal Responnya Terhadap Sesuatu. 112

Orang Islam Memiliki Pandangan Hidup Yang Hebat 113

Hadis 17: Doa – Senjata Berbisa Orang Mukmin.. 115

Kaedah Berdoa. 116

Beberapa Doa Untuk Diamalkan. 117

Hadis 18: Hikmah (Kebijaksanaan) Adalah Barangan Orang Islam 119

Alatan Penyakut Ingatan untuk Meningkatkan Ingatan (Memory Tool) 119

Budaya Bijaksana Dalam Islam.. 120

Hadis 19 (Hadis Jibrail): Buatlah Apa Sahaja yang kita kehendaki, tetapi… 122

Hadis 20: Islam Akan Lemah Apabila Umatnya Terlalu Cintakan Dunia DAN Takutkan Kematian. 124

‘Krisis-Krisis’ Umat Islam Hari Ini 125

Tragedi Amukan Pelampau Hindu di Gujarat 2002. 125

Tragedi Tawanan Chechen Beslan Rusia 2004. 126

Krisis Perang Saudara 2006 di Somalia. 126

Memahami Isu Berdarah Uzbekistan 2005. 131

Mati Itu Pasti 134

Fadhilat Mengingati Mati 138

Satu Qasidah Mengingati Mati 139

Kisah Dua Sifat Orang Yang Mati 140

Hadis 21(Hadis Mauquf): Al-Khusyuk – Ilmu yang Mudah Hilang Daripada Dada Kita. 142

Panduan Mengerjakan Solat 143

Empat Puluh Fadhilat Solat 145

Hadis 22: Allah Suka Melihat Umat Menikmati Kurniaan-Nya.. 148

Rasulullah SAW Juga Bermesra dan Bergurau. 149

Hadis 23: Allah Sukakan Orang Kaya Bertaqwa.. 151

Kelebihan Orang Kaya. 152

Hadis 24: Orang kaya sebenar.. 154

Kisah-Kisah Sahabat yang Kaya Jiwanya. 154

Suhaib ar-Rumi ra. 154

Abdul Rahman ‘Auf ra. 157

Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq ra. 158

Hadis 25: Penyebab Terbanyak Kenapa Orang Masuk Syurga Atau Neraka 159

Penyebab Terbanyak Masuk Syurga. 159

Berakhlak Mulia. 160

Nasihat Luqman dan Nasihat Nabi Kepada Abu Dzar Berkenaan Akhlak-akhlak Mulia 163

Satu Kisah Kemuliaan Akhlak Nabi Muhammad SAW. 167

Penyebab Terbanyak Masuk Neraka. 168

Hadis 26: Ramai Perempuan Di Neraka Kerana Kufur Kepada Kebaikan ORANG LAIN 169

Hadis 27: Perhiasan Dunia yang Terbaik.. 171

Kisah Kemuliaan Sayyidatina Khadijah R. Ha. 172

Hadis 28: Orang Islam yang Sebenar.. 174

Kisah Salahudin Ayubi Rahimahullah. 175

Kisah Sultan Muhammad al-Fateh. 178

Kisah Kezaliman Bukan Islam Terhadap Islam.. 180

Perang Salib. 181

Kekejaman Zionis Israel 182

Hadis 29: Allah Menyayangi Orang yang Menyayangi Makhluknya 185

Marhamisme. 185

Teladan Daripada Rasulullah SAW... 186

Faedah Berkasih-Sayang. 187

Peranan Syaitan Memupuk Kebencian di Kalangan Umat 188

Kisah Kematian Ayahnda Seorang Sahabat Rasulullah SAW.. 189

‘Perang Jamal Dan Perang Siffin: Perebutan Kuasa diantara Sayyidina Ali ra. dan Sayyidina Muawiyyah ra.’ 189

Hadis 30: Segala Kebaikan Diri Terletak di Hati. 194

Hadis 31: Masa Semakin Cepat, Kiamat Semakin Dekat – Manfaatkanlah Masa Kita! 195

Kaedah Memanfaatkan Masa. 195

Hadis 32: Bagaimana Hendak Menjanakan Pahala Walaupun Sudah Meninggal? 198

Kisah di Alam Kubur 198

Cara Untuk Terus Dapat Bekalan Pahala Walaupun Sudah Berada di Alam Kubur 199

Hadis 33: Orang kuat yang Sebenar.. 201

Hadis 34: Takutilah Memakan Perkara Haram... 203

Kisah-Kisah Menarik Ulama Menjaga Pemakanan. 204

Hadis 35: Orang yang Membantu Masalah Orang Lain Akan Dibantu Allah Masalahnya Dalam Dunia dan Akhirat. 206

Hadis 36: Pejuang Islam Akan Dipandang Pelik.. 208

Hadis 37: Ganjaran Ketinggian darjat Pejuang Agama.. 210

Penggerak Dakwah. 211

Kisah Pejuang Agama. 215

Kisah Abu Talhah dan Sahabat-Sahabat Lain. 215

As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. 217

As-Syahid Abdul Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi 219

Hadis 38: Orang yang Mendalami Ilmu Agama Akan Mendapat Kebaikan yang Banyak.. 221

Kisah Ketekunan Para Salabat dan Alim Ulama Mendalami Ilmu. 221

Hadis 39: rosaknya ilmu kerana tiga golongan.. 226

Hadis 40: Sebarkanlah Hadis. 229

PENUTUP. 231

RUJUKAN.. 236

PENGHARGAAN.. 239