Wednesday, January 31, 2007

Doa Selepas Baca Qur'an


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. حَمْدًا شَاكِِِِِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِينَ.
اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ. وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا اِلَى الْحَقِّ وَاِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ بِبَرَكَةِ الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ.
اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِينَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةِ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلاَءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ اْلأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.
اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانِ لَنَا فِي الدُّنْيَا قَرِينًا, وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا, وَفِي الْقِيَامَةِ شَفِيعًا, وَعَلَى الصِّرَاطِ نُورًا, وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيقًا, وَ مِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا, وَإِلَى الْخَيْرَاتِ كُلِّهَا دَلِيلاً وَإِمَامًا بِفَضْلِكَ وَجُودِكَ وَكَرَمِكَ يَاكَرِيمُ.
اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهِدَايَةِ الْقُرْءَانِ, وَنَجِّنَا مِنَ النِّيرَانِ بِكَرَمَةِ الْقُرْءَانِ, وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيْلَةِ الْقُرْءَانِ, وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلاَوَةِ الْقُرْءَانِ يَا ذَا الْفَضْلِ وَاْلإِحْسَانِ, رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وصلى لله عَلَى سيدنا محمد وعَلَى ءاله وصحبه وسلم. سبحان ربك رب العزة عما يصفون, وسلام عَلَى المرسلين والحمد لله رب العالمين.

Segala puji bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa, dan selawat dan salam keatas Rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah tuhan kami terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya engkaulah maha penerima taubat, lagi megasihani. Tunjukkan dan bimbingkanlah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Qur'an.
Ya Allah, hiaskanlah diri kami keindahan al-Qur'an, muliakanlah kami dengan kemuliaan al-Qur'an, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Qur'an, dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata al-Qur'an, masukkanlah kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Qur'an, selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Qur'an.
Ya Allah, jadikanlah al-Qur'an semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Qur'an untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jualah ya Allah, tuhan yang maha pemurah.
Ya Allah, tunjukkilah kami dengan petunjuk al-Qur'an, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Qur'an, tinggikanlah darjat martabat kami dengan dengan sebab kelebihan al-Qur'an, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Qur'an, ya Allah tuhan yang empunya segala macam kelebihan dan ihsan. Wahai tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab api neraka. Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera keatas junjungan kami nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha suci tuhanmu, tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakana dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

No comments: