Pada hari ini kita semakin dihambat dengan tuntutan hidup yang mendesak; kerjaya, keluarga (khususnya tuntutan masa daripada ahli keluarga), tuntutan mencari rezeki – agar lebih selesa, tuntutan badaniah, dan pelbagai tuntutan lain. Semua tuntutan ini, mencuri masa-masa untuk disumbangkan kepada ummah. Lebih malang lagi, jika masa-masa untuk bertaqqarub kepada Allah juga turut dicuri oleh kesibukan kita. Justeru, kemahiran mengurus diri perlu jadi satu keperluan yang sangat penting pada hari ini. Kemahiran pengurusan diri ini akan membantu kita menunaikan hak-hak bukan sahaja terhadap Maha Pencipta tetapi juga hak-hak yang lain. Jika tidak kita mungkin terperangkap dalam apa yang diungkapkan oleh Dr. Stephen Covey; sebagai terperangkap dalam aktiviti-aktiviti (yang tidak berkesan) dan mendapat kejayaan yang sebenarnya sumbing;
o Hebat dalam kerjaya, kecundang dalam berkeluarga
o Anak yang cemerlang akademik, buruk adabnya
o Perkahwinan yang flat (tidak bergaduh – tetapi tiada kemesraan)
o Berkuasa di tempat kerja – namun tidak disukai oleh anak buah (anak buah tidak menjalankan kerja dalam suasana penuh tanggungjawab).
o Berjaya dalam segala aspek kehidupan kecuali gagal “perhubungannya”/ keabdian dengan Yang Maha Pencipta
Jika saya boleh memanjangkan apa yang dikongsi oleh Dr. Stephen Covey bahawa antara elemen terpenting kepada pengurusan diri yang berkesan memiliki bayangan akhir (apa yang akan terjadi kepada beliau satu hari nanti) yang jelas. Ianya sangat penting untuk memberi kekuatan (strength) dalam menempuh liku-liku hidup. Ia akan menjadi internal motivation. Kebanyakan buku motivasi menekankan aspek ini.
Antara aspek penting kepada pengurusan diri juga adalah memperuntukkan masa untuk merancangkan dan melaksanakan aspek-aspek penting yang tidak segera. Jangan biarkan diri kita terperangkap dengan timbunan kerja-kerja terdesak dan segera. Apabila ianya terjadi demikian kita akan terperangkap pula dengan apa yang dipanggil sebagai pengurusan memadam kebakaran. Aspek-aspek penting yang tidak segera adalah melibatkan perancangan, membentuk kaedah kerja yang sistematik dan berkesan, membentuk polisi dan mekanisma dan seumpamanya.
Antara lain juga adalah membentuk jadual dan mekanisme menjalankan tindakan. Jadualkan kerja-kerja penting kita dan sentiasa cuba mematuhi jadual. Jika tidak, kita mungkin tersedar bahawa taqarrub dengan Allah sangat minimum dan kerja-kerja kemasyarakatan sangat sedikit. Justeru, saya sangat menyarankan agar disenaraikan perkara-perkara besar dan penting (sudah pasti dengan neraca nas!) kemudian menjadualkan perlaksanaannya. InsyaAllah anda akan dapat melihat hasilnya dalam kadar yang segera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment