Tuesday, January 30, 2007

FEQH PEMBINAAN AMALAN PERIBADI

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلاَّ بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). ALI-IMRAN: 112

يَقُولُ اللهُ سُبْحَانَهُ: يَا ابْنَ آدَمَ! تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِي، أَمْلأَ صَدْرَكَ غِنىً، وَأَسُدَّ فَقْرَكَ. وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ، مَلأْتُ صَدْرَكَ شُغْلاً، وَلَمْ أَسُدَّ فَقْرَك
Berfirman Allah s.w.t, “Wahai anak Adam, bersegeralah beribadat kepadaku, nescaya akan Ku penuhi dadamu dengan kekayaan, dan akan Ku hapuskan kefakiranmu. Dan jika tidak begitu kamu lakukan, akan Ku penuhi dadamu dengan resah-gelisah, dan tidak Ku hapuskan kefakiranmu”. Al-Hadis.


Pengenalan

Sebagai (untuk menjadi) hamba Allah yang ‘berjaya’ kita perlu memastikan kedua-dua dimensi besar tanggungjawab, sebagaimana ingatan dalam ayat di atas, kita tunaikan dengan sempurna (apalah erti hidup ini tanpa kesempurnaan kedua-dua dimensi tersebut). Dimensi pertama adalah amanah kekhalifahan – mensejahterakan ummah dan alam. Dimensi kedua adalah menjaga perhubungan dengan Allah dan amalan taqqarub kepada Allah azzawajalla.

Catatan ini ingin membicarakan bagaimanakah kita boleh sempurnakan dimensi kedua itu melalui amalan-amalan peribadi taqqarub kepada Allah azzawajalla. Dimensi kedua ini mempunyai kesan yang besar kepada semangat, kekuatan, ketahanan, keikhlasan dan kecemerlangan dimensi pertama.

Amalan-amalan peribadi seperti zikir, bacaan al-Qur’an & taddabur, bacaan al-Matsurat, solat jumaat, puasa sunat, sembahyang malam, infaq fisabilillah, dan pelbagai lagi. Amalan-amalan ini jelas telah memberi kesan besar kepada generasi sahabat dan solafuh-soleh, keberkesanan Ikhwanul-Muslimun Mesir, dan kemerakyatan PKS (Partai Keadilan Sejahtera), Indonesia.


Konsep Kesempurnaan Amalan

1. Mengutamakan pembaikan berterusan

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -" إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلَامَهُ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ، وَكُلُّ سَيِّئَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِمِثْلِهَا - “صحيح البخاري
Bersabda Rasulullah s.a.w, apabila seseorang kamu sentiasa memperbaikan Islam kamu (dalam kes ini amalan mereka), maka setiap kebaikan yang dilakukannya, akan ditulis untuknya sepuluh sehingga tujuh ratus kali ganda. Dan setiap kejahatan yang dilakukannya akan ditulis seumpama itu”.


2. Mengutamakan Istiqamah – biar sedikit tetapi sentiasa meningkat naik

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا امْرَأَةٌ.
قَالَ: مَنْ هَذِهِ؟ قَالَتْ: فُلَانَةُ - تَذْكُرُ مِنْ صَلَاتِهَا -
قَالَ: " مَهْ عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ، فَوَاللَّهِ لَا يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ". صحيح البخاري
Daripada Aisyah (r.a), bahawa an-Nabi s.a.w telah masuk kepadanya dan disisinya terdapat seorang wanita. Baginda bertanya, siapakah ini? Aisyah menjawap, si fulan yang disebut-sebut orang akan solatnya (yang banyak). Baginda berkata, “janganlah begitu, buatlah sekadar kemampuanmu. Demi sesungguhnya, tidaklah Allah akan jemu sehinggalah kamu jemu. Sesungguhnya agama (perbuatan) yang disukai Allah adalah yang kekal atasnya”.


3. Tidak terlalu membebankan diri

قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَبْدَ اللَّهِ أَلَمْ أُخْبَرْ أَنَّكَ تَصُومُ النَّهَارَ وَتَقُومُ اللَّيْلَ فَقُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَلَا تَفْعَلْ صُمْ وَأَفْطِرْ وَقُمْ وَنَمْ فَإِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ لِعَيْنِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ لِزَوْرِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَإِنَّ بِحَسْبِكَ أَنْ تَصُومَ كُلَّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَإِنَّ لَكَ بِكُلِّ حَسَنَةٍ عَشْرَ أَمْثَالِهَا فَإِنَّ ذَلِكَ صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ فَشَدَّدْتُ فَشُدِّدَ عَلَيَّ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أَجِدُ قُوَّةً قَالَ فَصُمْ صِيَامَ نَبِيِّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام وَلَا تَزِدْ عَلَيْهِ قُلْتُ وَمَا كَانَ صِيَامُ نَبِيِّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام قَالَ نِصْفَ الدَّهْرِ فَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ يَقُولُ بَعْدَ مَا كَبِرَ يَا لَيْتَنِي قَبِلْتُ رُخْصَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - صحيح البخاري
Nabi s.a.w bersabda, “bukankah saya telah diberitahu bahawasanya engkau berpuasa pada siang hari dan bersembahyang sunat pada malamnya?” Saya menjawab, “benar, ya Rasulullah.” Beliau lalu bersabda, “jangan mengerjakan seperti itu. Berpuasalah dan berbukalah, tidurlah dan bangunlah, kerana sesungguhnya untuk tubuhmu itu ada hak atas dirimu, kedua matamupun ada haknya atas dirimu, isterimu juga ada hak atasmu, untuk tamumupun ada hak atasmu. Sebenarnya sudah cukuplah jikalau untuk setiap bulan itu engkau berpuasa sebanyak tiga hari sahaja, sebab sesungguhnya setiap kebaikan itu diberi pahala dengan sepuluh kali lipatnya. Jadi berpuasa tiga hari sebulan itu sama halnya dengan berpuasa setahun penuh.” Saya – maksudnya Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash – mengeras-ngeraskannya sendiri lalu diperkeraskan ke atas diriku. Saya berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya saya masih mempunyai kekuatan untuk lebih daripada itu.” Beliau s.a.w lalu bersabda, “kalau begitu berpuasalah seperti puasanya Nabi Allah Daud dan jangan engkau tambahkan lagi dari itu – yakni sehari berpuasa dan sehari berbuka.” Saya bertanya, “bagaimanakah berpuasanya Daud a.s?” Beliau s.a.w bersabda, “ia berpuasa setengah tahun. Abdullah setelah tuanya berkata, “alangkah baiknya jikalau dahulu saya terima saja keringanan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w”. Al-Hadis dari kitab Riayadhus-Salehin, Iman An-Nawawi.


4. Jangan sehingga hati merasa bosan
روحوا القلوب ساعة فساعة.
Gembirakanlah hatimu dari masa ke semasa” –
Al-Hadis dari Imam Sayuti dan Iman Nawawi.


5. Mengutamakan keimanan dan keikhlasan (ikhtisan – juga pembaikan berterusan)

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ." صحيح البخاري
Bersabda Rasulullah s.a.w, sesiapa yang mendirikan Ramadhan (berpuasa) dengan penuh keimanan dan ihtisan (keikhlasan dan pembaikan berterusan), akan diampunkan apa sahaja dosa-dosanya yang lalu.

مَنْ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا، فَإِنَّه يَرْجِعُ مِنْ الْأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ. وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ. صحيح البخاري
Sesiapa yang mengikuti (melawat) jenazah muslim dengan penuh keimanan dan ihtisan, dia bersama simayat sehingga selesai sembahyang dan urusan perkapanan, maka untuknya diganjarkan pahala dua ‘qiraad’. Setiap qiraad adalah sebesar Uhud. Dan sesiapa menyembahyangkan jenazah kemudian pulang sebelum urusan perkapanan, maka untuknya pahala satu qiraad

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -يَقُولُ " إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا، أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ". صحيح البخاري

Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya setiap amal itu bergantung dengan niat-niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana dunia (sebab-sebab keduniaan) yang ingin diperolehinya, atau-pun kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kerana apa yang ia berhijrah kerananya.”


6. Mengutamakan peningkatan amalan hati

نِيَّةُ الْمَرْءِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ
Niat seseorang itu lebih baik daripada amalannya” – al-hadis dari Imam Nawawi

"إِنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى أَجْسَادِكُمُ وَلاَ إِلَىَ صُوَرِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَىَ قُلُوبِكُمْ" - صحيح مسلم
Sesungguhnya Allah ta’ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhnya, tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian


7. Mencintai amalan - untuk mendapat keredhaan Allah dan syurgaNya

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَة. ـ صحيح البخاري
“Aku mengikut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia menyebut nama-Ku dalam dirinya, Aku akan menyebut namanya dalam diri-Ku dan jika dia menyebut nama-Ku di khalayak ramai, aku akan menyebut namanya di khalayak yang lebih baik daripada mereka itu. Jika dia mendekatiKu (taqqarub) sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa, jika dia datang kepadaKu dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari”.


8. Sedikit Pemaksaan & Pembiasaan diri

"اتلوا القرآن وابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا " - للحافظ العراقي, ابن ماجة
Bacalah al-Qur’an dan menangilah kamu, jika tidak (dirasai hendak) menangis, maka menangislah (cuba menangis)




Penyebab ‘Terpanggil’ & Pembudayaan Amalan

1.1 Kedatangan ‘seruan’ ke dalam hati, biasanya melalui ilmu, motivasi dan tazkirah berterusan & disampaikan oleh penyampai yang ikhlas dan beramal.

1.2 Faktor penggalak seperti mempunyai kemudahan, contohnya kenderaan, hafalan, jadual dan lain-lain.

1.3 Merasa boleh mencapai & tidak terlalu banyak

1.4 Sedikit pemaksaan diri dan peruntukkan masa (dengan mengenepikan sedikit ‘kesibukan-kesibukan’ lain)


Penutup

Apa yang pentingnya di sini adalah setiap orang perlu meneliti apakah amalan-amalan peribadi yang telah dilakukan memenuhi tuntutan Allah. Salah satu kaedah yang boleh digunakan adalah membayangkan jika kita diambil semula nyawa oleh Allah, apakah kita rasa bersedia untuk ‘menyahut’ panggilan tersebut. Sesungguhnya amalan yang ikhlas, istiqamah, dan mencintai amalan tersebut akan menjadikan setiap orang mempunyai daya juang yang tinggi.

No comments: