Sunday, February 1, 2009

Marhamisme

Arahan untuk saling sayang-menyayangi (marhamah) tersebut ditunjuk oleh Allah, antaranya dalam surah al-Balad ayat 17:

 

¢OèO tb%x. z`ÏB tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#öq|¹#uqs?ur ÎŽö9¢Á9$$Î/ (#öq|¹#uqs?ur ÏpuHxqöuKø9$$Î/  

Al-Balad 17: Selain daripada (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi daripada kalangan orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.

 

Pak Hamka ketika mentafsirkan ayat di atas, menceritakan dasar marhamisme yang diperkenalkan oleh pimpinan Partai Masyumi di Sumatera Barat sekitar tahun 1947.  Dasar ini ingin mengwujudkan masyarakat Marhamah, dasar saling sayang-menyayangi berdasarkan panduan surah al-Balad:

 

çm»oY÷ƒyydur ÈûøïyôÚ¨Z9$# ÇÊÉÈ   Ÿxsù zNystFø%$# spt7s)yèø9$# ÇÊÊÈ   !$tBur y71u'÷Šr& $tB èpt7s)yèø9$# ÇÊËÈ   '7sù >pt6s%u' ÇÊÌÈ   ÷rr& ÒO»yèôÛÎ) 'Îû 5Qöqtƒ "ÏŒ 7pt7tóó¡tB ÇÊÍÈ   $VJŠÏKtƒ #sŒ >pt/tø)tB ÇÊÎÈ   ÷rr& $YZŠÅ3ó¡ÏB #sŒ 7pt/uŽøItB ÇÊÏÈ   ¢OèO tb%x. z`ÏB tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#öq|¹#uqs?ur ÎŽö9¢Á9$$Î/ (#öq|¹#uqs?ur ÏpuHxqöuKø9$$Î/ ÇÊÐÈ   y7Í´¯»s9'ré& Ü=»ptõ¾r& ÏpuZyJøpRùQ$# ÇÊÑÈ   tûïÏ%©!$#ur (#rãxÿx. $uZÏG»tƒ$t«Î/ öNèd Ü=»ysô¹r& ÏpyJt«ô±yJø9$# ÇÊÒÈ   öNÍköŽn=tã Ö'$tR 8oy|¹÷sB ÇËÉÈ  

Al-Balad 10-20: Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?   Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;  dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?  (di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;  atau memberi makan pada hari kelaparan -  kepada anak yatim dari kaum kerabat,  atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.   Selain daripada (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi daripada orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.  (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).  Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan kami, merekalah golongan pihak kiri.  Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

 

Menurut kefahaman Pak Hamka,

Dasar tersebut adalah satu dasar yang teguh daripada ajaran "keadilan sosial" yang bersumberkan wahyu.  Orang dididik memperdalam imam dan sanggup menempuh jalan mendaki yang sukar ('Aqabah), mengeluarkan harta-benda dan tenaga buat; 1)  membenteras segala macam pembudakan, pemerasan manusia atas sesama manusia  2) memberi makan pada saat orang sangat memerlukan makanan, baik terhadap anak-anak yatim kerana ayah-ayahnya yang tewas sebagai korban perjuangan, atau orang-orang miskin dan melarat yang tidak mempunyai apa-apa.  3) Semuanya itu terlebih dahulu mesti timbul daripada iman dan keyakinan hidup sebagai muslim, yang masyarakatnya dibentuk oleh jamaahnya sendiri.  Iaitu jemaah yang hidup dalam gotong-royong, hidup pesan-memesan tentang kesabaran menderita dan pesan-memesan supaya selalu hidup dalam berkasih-sayang, bantu-membantu, tolong-menolong; itulah yang dinamakan hidup dalam masyarakat marhamah.

No comments: