Monday, June 18, 2007

Detik Keislaman Yusuf Islam (Cat Steven)

dah terlupa petik kat mana... tapi kisahnya sangat menarik.
Oleh benmoktar

" Di sini dipaparkan temu bual Yusuf Islam yang dikutip dari pelbagai sumber, menyingkap pandangan, pengalaman serta perjalanan hidup beliau.

Dulu anda sangat popular, tetapi disebabkan
gaya hidup yang anda jalani menyebabkan anda dihinggapi satu penyakit yang berbahaya. Apakah hal tersebut yang menyebabkan anda mengubah haluan hidup?

Itu adalah benar.


Sebelum itu saya tidak menyedari apa yang terjadi pada diri saya. Saya terasa menjalani satu kehidupan yang sangat cepat, kehidupan sebagai artis pujaan yang gemerlapan dan mewah. Pada masa yang sama saya terpaksa bekerja lebih masa. Hidup saya seolah-olah tidak normal. Pada masa yang sama saya ketagih minum minuman keras, merokok dan sebagainya.

Akhirnya saya terpaksa membayar gaya hidup seperti itu apabila doktor mengsahkan saya diserang penyakit TB. Ini menghairkan kerana penyakit ini dianggap sudah pupus pada abad ke-20 ini yang kononnya sistem perubatan dan gaya hidup manusia sudah canggih.


Saya kemudian tersedar dan memikirkan kembali tentang makna hidup saya selama ini dan ke mana selepas itu. Kesedaran ini mendorong saya melakukan satu perubahan besar. Rupanya tempoh rawatan yang saya terima, adalah satu peluang untuk saya merenung perjalanan hidup saya. Inilah hikmah berharga di sebalik penyakit yang menimpa saya kerana dalam keadaan biasa kita tidak mempunyai masa dan kesempatan untuk merenung sesuatu yang berharga dalam hidup kita. Selepas anda sihat, khabarnya anda melakukan pengembaraan rohani untuk mencari kebenaran yang akhirnya bertemu dengan agama Islam? Saya mendapat rawatan yang cukup lama di sebuah hospital di Essex, timur
London. Selepas sihat saya kemudian banyak mempelajari nilai-nilai Timur seperti Buddha, Hindu, I Chi Zen dan pelbagai lagi. Saya juga sempat mempelajari asal usul fahaman keagamaan keluarga saya yang berasal daripada Kristian Yunani lama.

Bagaimanapun semua itu tidak memuaskan hati saya . Saya masih ragu-ragu dengan huraian yang diberikan. Seorang wanita Australi memperkenalkan saya pada ajaran sufi Jalaludin Rumi. Ajaran tersebut sangat memberi kesan, tetapi saya masih tidak menjumpai apa yang saya cari.

Suatu hari saya mengalami kemalangan yang mengerikan. Waktu itu saya sedang berada di pantai
Malibu , di pinggiran bandar Los Angeles, Amerika Syarikat iaitu kawasan para jutawan bermastautin. Waktu itu saya sedang melawat rumah pengurus rakaman saya, Jerry Moss. Saya memutuskan untuk berenang di pantai pada hari itu dan saya tidak tahu bahawa hari itu merupakan hari yang berbahaya untuk berenang kerana musim tengkujuh dan ombak yang sangat besar.

Semasa mandi, saya diheret oleh satu arus yang menyebabkan saya tenggelam. Dalam keadaan cemas seperti itu, saya sedar bahawa tidak ada yang boleh menolong saya. Secara spontan saya berteriak sekuat-kuatnya, " Tuhan, jika Engkau selamatkan aku, aku akan bekerja untukMu!". Tiba-tiba sebuah ombak besar mendorong saya dari belakang menghempas ke pantai. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada saya berenang, dan akhirnya selamat. Saya seperti tidak percaya bahawa saya masih hidup. Peristiwa itu sesuatu yang luar biasa.

Pada waktu itu saya yakin benar bahawa Tuhan itu ada. Tetapi sebagai manusia, kita sering melupakan janji-janji yang dilafazkan apabila telah selamat. Tetapi Tuhan tidak pernah melupakannya. Lalu sejak bila Islam memberi kesan kepada kehidupan anda?

Tidak lama selepas itu, Islam menyelinap ke dalam hati sanubari saya, melalui abang saya David. Selepas melakukan perjalanan ke Jerusalem tahun 1976, David sangat tertarik dengan cara orang Islam beribadah di sekitar Masjid al-Aqsa. Menurutnya orang Islam nampak sangat khusyu', tenang semasa beribadah dan tanpa patung dan tanpa gambar. Selepas pulang ke London, David mencari senaskah al-Quran di sebuah kedai buku. Dia kemudiannya membelikan untuk saya kerana dia tahu saya sedang dalam 'pencarian'.

Saya menghabiskan waktu satu tahun untuk membaca al-Quran sehingga habis, sebelum memutuskan untuk memeluk Islam.

Pada waktu sangat berat bagi saya bersikap terbuka terhadap Islam kerana saya telah dipengaruhi oleh pelbagai persepsi negatif terhadap Islam. Ayah saya adalah seorang Yunani-Cypriot, dan kerananya semua yang berkaitan dengan Islam dan 'Turki' adalah berbahaya disebabkan mereka musuh ketat kami. Jadi saya pujuk hati saya, bacalah kerana ini hanya sebuah buku dan ia tidak akan melukaimu.

Saya mulai membaca al-Quran dan hal pertama yang saya pelajari adalah nama Tuhan. Dimulai dengan..." Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..."

Ini sangat mengejutkan saya kerana saya tidak menyangka bahawa orang Islam itu percaya pada Tuhan! Saya menyangka mereka selama ini menyembah Muhammad. Semakin banyak saya membaca al-Quran, semakin ia membuat saya kagum dan takjub. Lalu apa yang anda peroleh daripada al-Quran? Yang pertama dan utama al-Quran bercerita tentang iman kepada Allah yang Ahad untuk semua manusia, dan bercerita tentang umat manusia sebagai sebuah keluarga.
Ada juga ayat-ayat yang menceritakan tentang para Nabi yang bersaudara yang telah menyampaikan pesan yang sama kepada umat manusia, berusaha mengajak manusia kembali ke jalan yang benar.

Saya melihat nama-nama Yesus, Moses, Abraham, Jacob, Noah dan yang terpenting adalah utusan terkahir Muhammad Sallallahu'alaihi wasalam. Semua mereka disebut oleh al-Quran dengan penghormatan yang sama sebagai Nabi utusan Allah Subhanahu wa Taala.

Salam satu ayat itu berbunyi :" Wahai manusia sembahlah Tuhan yang menciptakanmu dan orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu beriman kepadaNya".
Sepanjang hidup saya belum pernah saya mendengar ayat yang seperti ini. Akhirnya kesemua yang saya baca membawa saya kepada satu kesimpulan iaitu " inilah kebenaran yang saya cari". Apakah tidak timbul sedikit pun penolakan di dalam hati anda? Ya, pada mulanya saya seperti dicabar untuk mencari kelemahan di dalam al-Quran tersebut. Lalu saya mulai mecari-cari kelemahan dan kesalahannya. Saya terfikir takkan tidak ada satu atau dua hal yang tidak sempurna.

Tetapi datang satu bisikan dalam diri saya bahawa apa yang saya baca adalah satu kesempurnaan. Semakin saya baca, semakin ia mengasyikkan. Saya seperti diserap oleh al-Quran.

Yang paling berkesan pada diri saya adalah kisah dalam surah Yusuf, kerana kisahnya hampir sama yang terdapat dalam kitab Injil. Selepas saya membaca surah tersebut, tiba-tiba hati saya seperti terbuka dan air mata saya bercucuran tidak henti-henti.

Saya yakin buku ini tidak mungkin ditulis oleh seorang manusia. Ini pasti sebuah wahyu. Sejak saat itu, saya mula sedar tidak ada cara lain selain saya harus menjadi seorang Muslim.

Akhirnya saya bertemu dengan seorang Muslimah yang memberitahu saya bahawa ada sebuah masjid yang baru dirasmikan di Regent's Park. Padahal selama bertahun-tahun saya melalui kawasan itu, yang saya lihat hanya pepohon, semak belukar dan
padang rumput.

Kini, di celah-celah pepohonan hijau itu saya melihat kubah keemasa yang belum pernah saya saksikan sebelum ini.

Pada suatu hari di musim sejuk tahun 1977, saya mengambil keputusan yang mengubah hidup saya, saya berjalan kaki untuk ke masjid itu untuk menyatakan keyakinan saya. Saya mengatakan " Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruhNya". Apa reaksi keluarga anda dengan keputusan anda itu?

Saya sedar bahawa langkah ini akan memberi kesan yang besar pada keluarga saya, teman-teman dan masyarakat. Tapi yang paling penting dalam keputusan itu, bukanlah apa yang difikirkan orang tetapi saya seperti kembali ke fitrah yang suci. Jika kita mendengar bisikan hati kita, maka kita akan pergi.

Sejak saat itu, saya terus mendengarkan suara hati saya dan saya yakin hanya seruan Allah yang harus ditaati dan diikuti. Itulah perjalanan akhir daripada pencarian saya. Mengapa anda memilih nama Yusuf? Saya ingin membuang kenangan sebagai seorang Cat Stevens. Apabila saya menjadi seorang Muslim, saya memerlukan satu nama baru. Disebabkan surah dalam al-Quran yang paling saya sukai adalah surah Yusuf, maka saya abadikan nama itu pada nama saya.

"

1 comment:

Anonymous said...

Betapa hebatnya kuasa Allah S.W.T
memberihidayah kepada mereka yang dia kehendaki..