Monday, June 18, 2007

MENEROKA KONFLIK TERKINI HAMAS-FATAH

·        Mac 2006 rakyat Palestin memilih Hamas secara demokratik.   PLO dan Fatah ditolak rakyat kerana jelas rasuah, tidak mementingkan hak rakyat, sedia berkompromi dengan penjajah Israel, pro barat dan sebagainya.

 

·        Kerajaan yang dibentuk kemudiannya meyaksikan Fatah masih menguasai hal-ehwal keselamatan.   Terdapat dua pasukan keselamatan yang masing-masing mewakili Hamas dan Fatah.

 

·        Bantuan luar terputus.  Rakyat hidup menderita.   Pegawai kerajaan tidak bergaji berbulan-bulan.  Jika adapun bantuan (barat) diberi terus kepada Fatah, khususnya dalam menguatkan kedudukan ketenteraan/polis.   Termasuk mempertingkatkan kemahiran dengan menaja latihan-latihan.

 

·        Hamas dikatakan lebih Islamik sementara Fatah banyak beraliran sekular.   Hamas dikatakan tidak mahu mengiktiraf Israel yang menjajah tanah Palestin, manakala Fatah lebih condong mengiktiraf Israel untuk mendapat 'pendamaian'.   Barat tidak dapat terima Hamas tetapi bersedia bantu Fatah.

 

·        Apabila barat memboikot kerajaan Hamas dan rakyat semakin menderita, Hamas bersedia untuk membentuk kerajaan perpaduan.  Namun, kedamaian sentiasa rapuh, sentiasa ada elemen-elemen yang menyebabkan pembunuhan masih berlaku dan menyebabkan kedamaian tidak berkesudahan.

 

·        "Dahlan is the main culprit behind this crisis," (Dahlan adalah penjahat utama disebalik krisis ini) merujuk kepada Mohamad Dahlan, ahli parlimen Fatah dan penasihat keselamatan kebangsaan Palestin kepada Presiden Mahmud Abbas.  

 

·        Mohamad Dahlan dikatakan seorang yang sangat kaya (dikatakan mendapat bantuan Israel dan barat) dan beliau mendapat kepercayaan penuh daripada Presiden.  Beliau menggunakan kekayaan untuk membentuk pasukan keselamatan Elit Presiden sekurang-kurangnya seramai 2000 orang (membayar gaji, memberi latihan sedangkan pada masa sama pasukan keselamatan kerajaan-Hamas berbulan-bulan tidak bergaji).   US telah memberi USD 68 juta kepada pasukan keselamatan tersebut.

 

·        Sebahagian anggota Fatah menyedari elemen buruk Mohamad Dahlan tetapi beliau terus kekal dengan sokongan Presiden dan kekayaannya.    

 

·        Pada Hamas mereka tiada pilihan kecuali menguasai Gaza, menghapuskan elemen-elemen jahat, membentuk kedamaian (memulihkan kawalan keselamatan).

 

·        Apabila Hamas menguasai (sepenuhnya) Gaza, Fatah cuba menguasai (sepenuhnya) Tebing Barat.   Dan apabila Presiden Mahmud Abbas melantik kerajaan kecemasan, menyikirkan kerajaan demokratik Hamas, US, EU dan Israel telah menyatakan kesediaan membantu (strategi menguatkan Fatah dan melemahkan Hamas – rakyat umum akan melihat Tebing Barat lebih 'makmur' dan akhirnya mereka akan menolak Hamas yang menguasai kedaifan Gaza).   Israel sudah menjanjikan akan memotong bekalan elektrik di Semenanjung Gaza dan mempertimbangkan pemotongan bekalan air bersih ke sana.

 

·        Sebahagian negara arab tidak menyokong Hamas (atau tidak memberi sokongan penuh) kerana Hamas lebih Islamik dan mereka akan menguatkan lagi golongan Islamik dalam negara masing-masing, khususnya Ikhwanul Muslimun di Mesir dan gerakan-gerakan lain yang seumpamanya.

 

·        Pada Hamas mereka hanya ingin menyikirkan elemen-elemen jahat dalam pasukan keselamatan Fatah bukan kesemua Fatah.

 

·        Rakyat semakin menyokong Hamas dan semakin jelas pula sokongan barat ke atas Fatah (dan Fatah bersedia berkompromi kedaulatan Palestin dengan Israel). 

 

·        Punca konflik ini adalah Israel dan US; yang menyokong satu pihak dan 'memerangi' pihak yang satu lagi.

 

·        Suasana Gaza mula kembali aman.  Hamas telah menyatakan kesediaan memberi pengampunan kepada Fatah.

 

·        Ianya bukan perang saudara tetapi perebutan kuasa pasukan keselamatan.

 

·        Sekarang negara barat mula hendak masuk campur, kononnya bersedia menghantar pasukan pengaman di Gaza (yang sudah mula aman).  Sedangkan sudah puluhan tahun mereka minta pasukan pengaman masuk menyekat keganasan Israel, namun barat tidak pernah berminat.   Walaupun Mesir mungkin juga hantar pasukan pengaman, namun perlu diketahui bahawa mereka membenci Hamas.  Kenapa tidak masuk ke Tebing Barat (yang situasi masih tegang kerana Hamas dan Fatah sama-sama kuat di sana, pertempuran masih berterusan dan Israel akan mudah menusukkan jarum mereka)?

 

·        Kerajaan Kecemasan tidak boleh berkekalan lama.   Abbas perlu membuat keputusan untuk membentuk pilihanraya baru atau menyambung perundingan dengan Hamas.

 

·        Kesan besar kepada krisis ini adalah pembentukkan "dua negara Palestin" yang berlainan ideologi dan akan lebih melemahkan Palestin secara keseluruhan (sekarang ini Palestin hanya menguasai 22% keseluruhan bumi Palestin-Israel, ditambah dengan penguasaan besar Israel di Tebing Barat).

 

·        Sedikit pandangan rakyat di Gaza:

o       Pelajar 18 tahun:  "Pejuang Hamas di atas bangunan kami dan Fatah di atas bangunan bersebelahan.   Apabila saling tembakan berlaku, ia merosakkan bangunan kami.  Selepas tamat, pejuang Hamas menemui kami dan memohon maaf atas kerosakan tersebut.   Kami kini semakin aman, semakin berharap  dan semakin gembira, tetapi suasana kami akan lebih buruk apabila sekatan-sekatan ekonomi semakin ketat".  

o       Hatem Shurrab, 22, pekerja bantuan: Suasana semakin tenang di sini.   Satu perkara baik tentang Hamas adalah mereka hanya mensasarkan kumpulan yang menjadi tali-barut Israel dan membunuh sesama Palestin…  Saya tidak fikir semua Fatah adalah pengganas, malah sebahagian bekerja untuk rakyat Palestin…Sebelum ini kalau kita dengar ledakan peluru ianya adalah antara dua kumpulan Palestin, sekarang ianya adalah antara Palestin dan Israel… sebelum ini kami ada dua pasukan keselamatan, jika berlaku apa-apa kami tidak tahu hendak mengadu kepada sesiapa…

o       Rata-rata rakyat menyokong Hamas, namun bimbang penderitaan yang bakal mereka hadapi akan menjadi tidak tertanggung.

 

·        Antara langkah terbaik adalah kembali kepada kerajaan perpaduan dengan membuang elemen-elemen jahat pro Israel, khususnya Mohamad Dahlan dan sekutu-sekutunya.

 

·        Terkini:

o       Israel sudah memberhentikan bekalan (eksport) minyak dan keperluan lain ke Gaza (selama ini mereka sudah dalam keadaan teruk, sekarang ianya dijangka akan lebih teruk).   Bekalan minyak yang ada hanya boleh bertahan seminggu (dijangka dalam masa dua minggu semua kenderaan tidak boleh bergerak).  30% Gaza sudah bergelap.   Sumber Israel mengatakan semua ini dilakukan atas permintaan Mahmud Abbas (pihak Presiden telah menafikan).

o       Ada pihak dari Israel mahu membiarkan penderitaan rakyat Gaza lebih teruk (tiada bekalan ubat-ubatan, minyak, elektrik, air bersih dan lain-lain).   Sehingga mereka bersedia untuk terima Israel!

o       Kini desas-desus semakin kencang bahawa Israel akan menyerang Hamas habis-habisan dalam sedikit waktu lagi.

1 comment:

Kamaruddin Multimedia UUM said...

Ingatlah umat Islam,Negara Palestien tidak akan aman sehingga hari kiamat..Ini bukannya peperangan negara tetapi peperangan kepada umat Islam seluruh dunia..