Wednesday, February 21, 2007

Keutamaan Orang Berilmu

dipetik daripada: http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15432

"Al-Umari -seorang ahli ibadah- menulis surat kepada Imam Malik rahimahullah yang di dalamnya menceritakan tentang dirinya yang bersendirian dan bekerja, serta tidak mahu mengikuti atau berkumpul bersama beliau (Imam Malik) untuk menuntut ilmu. Menanggapi surat ini, Imam Malik membalasnya dengan mengatakan: 'Sesungguhnya Allah membahagikan amalan-amalan sebagaimana rezeki. Kadang-kala ada yang dibukakan baginya dalam shalat dan dalam puasa. Ada yang di dalam sedekah dan tidak dibukakan dalam puasa. Dan ada pula yang di dalam jihad dan tidak di dalam shalat. Adapun mempelajari ilmu dan menyebarkannya merupakan sebaik-baik amalan kebaikan. Dan aku redha dengan apa yang telah dibukakan Allah bagiku. Aku berharap agar kita berada di atas kebaikan. Dan wajib bagi kita untuk redha dengan apa yang diberikan kepadanya. Wassalam."

Keutamaan seorang yang alim (ulama) dapat dilihat pula dari dalil-dalil berikut ini:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ ﴿الزمر: ٩﴾
"Katakanlah: apakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar: 9)

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ﴿فاطر: ٢٨﴾
"Sesungguhnya yang takut kepada Allah dari para hamba-Nya adalah para ulama." (Fathir: 28)



Di samping dalil-dalil dari Al-Qur'an terdapat pula dalil-dalil dari Al-Hadits seperti berikut ini:
عَنْ أَبي أمامةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: ذَكَرَ لِرَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم رَجُلاَنِ، أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَاْلآخَرُ عَالِمٌ. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: ((فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ)) ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّ اللهَ وَمَلآئِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةِ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحَوْتِ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِي النَّاسِ الْخَيْرَ)) ﴿رواه الترمذي (٥/٢٩٨٥) والدارمي (١/٨٨) وصححه الألباني في المشكاة ١/٧٥﴾
"Dari Abu Umamah radhiallahu anhu, dia berkata: Diceritakan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tentang dua orang: seorang ahli ibadah dan orang alim. Lantas baginda SAW bersabda: 'Keutamaan seorang yang alim dengan seorang yang ahli ibadah adalah seperti keutamaanku (Rasulullah) dengan yang paling rendah di antara kalian (para shahabat).' Kemudian baginda SAW bersabda: 'Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya dan penghuni langit dan bumi sehinggakan semut di dalam sarangnya serta ikan pun ikut mendoakan para pengajar kebaikan kepada manusia." [HR. Tirmidzi (5/2985), Darimi (1/88), dan dishahihkan oleh Albani dalam Al-Misykah (1/75)]

فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ، وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ اْلأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْنَارًا وَلاَ دِرْهَمًا وَإِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَ بِهِ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ ﴿رواه الترمذي (٢٨٦٦) وابن ماجه ١/٨٠ وأبو داود ٢/٢١٧ وحسنه الألباني في المشكاة ١/٧٤، انظر صحيح ابن حبان ١/٤٦﴾
"Keutamaan orang alim ke atas seorang yang 'abid adalah seperti keutamaan bulan pada malam bulan purnama ke atas seluruh bintang. Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya (mewarisinya) maka beearti dia telah mengambil dengan bahagian yang besar." [HR. Tirmidzi (2966), Ibnu Majah (1/80), Abu Dawud (2/217), dan dihasankan oleh Al-Albani dalam Al-Misykah (1/74). Lihat Shahih Ibnu Hibban (1/46)]

عن سهلِ بنِ سعدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النبيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِعليٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: لَأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُوْنَ لَكَ حُمُرُ النَّعَمِ ﴿رواه البخاري ٥/٢٣ ومسلم ٢/١٢٢ وأحمد ٥/٢٣٨،٣٣٣﴾
"Darpada Sahl bin Sa'ad radhiallahu anhu bahawa baginda shallallahu 'alaihi wa sallam berkata kepada Ali radhiallahu anhu: Sungguh jika Allah memberi hidayah kepada satu orang melaluimu maka itu lebih baik bagimu daripada kamu memiliki unta-unta merah." [HR. Bukhari (5/23), Muslim 1/122, Ahmad 5/238,333]

Hasan Al-Bashri berkata: "Kalaulah tidak kerana para ulama tentu manusia menjadi seperti haiwan."

Muadz bin Jabal radhiallahu anhu berkata: "Pelajarilah ilmu, kerana mempelajarinya kerana Allah adalah khashyah (rasa takut), menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, menyerahkannya kepada ahlinya adalah sebagai taqarrub. Dia (ilmu) teman dekat dalam bersendirian dan shahabat dalam kesunyian."

No comments: