Sunday, October 26, 2008

Nasihat Nabi Kepada Abu Dzar (untuk kita semua!) Berkenaan Akhlak-akhlak Mulia

قلت: فما كانت صحف إبراهيم؟ قال: كانت أمثالا كلها: أيها الملك المسلط المغرور المبتلى! إني لم أبعثك لتجمع الدنيا بعضها على بعض، ولكني بعثتك لترد على دعوة المظلوم فإني لا أردها ولو كانت من كافر، وكان فيها أمثال: على العاقل ما لم يكن مغلوبا على عقله أن يكون له ثلاث ساعات: ساعة يناجي فيها ربه، وساعة يحاسب فيها نفسه، وساعة يتفكر فيها صنع الله، وساعة يخلو فيها لحاجته من المطعم والمشرب؛ وعلى العاقل أن لا يكون ظاعنا إلا لثلاث: تزود لمعاد ومرمة لمعاش، أو لذة في غير محرم، وعلى العاقل أن يكون بصيرا بزمانه، مقبلا على شأنه، حافظا للسانه، ومن حسب كلامه من عمله قل كلامه إلا فيما يعنيه؛ قلت: فما كان في صحف موسى؟ قال: كانت عبرا كلها: عجبت لمن أيقن بالموت ثم هو يفرح، عجبت لمن أيقن بالنار: ثم هو يضحك، عجبت لمن أيقن بالقدر ثم هو ينصب، عجبت لمن رأى الدنيا وتقلبها لأهلها ثم اطمأن إليها، عجبت لمن أيقن بالحساب غدا ثم لا يعمل، قلت: يا رسول الله! هل فيما أنزل عليك شيء مما كان في صحف إبراهيم وموسى؟ قال: يا أبا ذر! تقرأ {قد أفلح من تزكى - إلى قوله: صحف إبراهيم وموسى{.

قلت: يا رسول الله! أوصني، قال: أوصيك بتقوى الله فإنه رأس الأمر كله، قلت: زدني، قال: عليك بتلاوة القرآن وذكر الله، فإنه نور لك في الأرض وذكر لك في السماء، قلت: زدني، قال: إياك وكثرة الضحك! فإنه يميت القلب ويذهب بنور الوجه، قلت: زدني، قال عليك بالصمت إلا من خير، فإنه مطردة للشيطان عنك وعون لك على أمر دينك، قلت: زدني، قال: عليك بالجهاد، فإنه رهبانية أمتي، قلت: زدني، قال: أحب المساكين وجالسهم، قلت: زدني، قال: انظر إلى من تحتك ولا تنظر إلى من فوقك، فإنه أجدر أن لا تزدري نعمة الله عندك، قلت: زدني، قال: لا تخف في الله لومة لائم، قلت: زدني، قال: قل الحق وإن كان مرا، قلت: زدني، قال: ليردك عن الناس ما تعرف من نفسك، ولا تجد عليهم فيما يأتي، وكفى بك عيبا أن تعرف من الناس ما تجهل من نفسك أو تجد عليهم فيما تأتي، يا أبا ذر! لاعقل كالتدبير، ولا ورع كالكف؛ ولا حسب كحسن الخلق.

 

Aku berkata (iaitu Abu Dzar r.a), Wahai Rasulullah (saw), bagaimanakah kitab yang diturunkan ke atas Nabi Ibrahim 'alaihis-salam?  Jawab Baginda (saw): kitab itu merupakan perumpamaan-perumpamaan belaka, misalnya: Wahai raja yang angkuh yang sentiasa diuji dan terpedaya:  Aku tiada mengangkatmu menjadi raja untuk engkau mengumpul harta kekayaan bertimbun-timbun.  Akan tetapi Aku mengangkatmu menjadi raja supaya mendengar pengaduan orang yang teraniaya, lalu engkau mengadilinya, kerana sesungguhnya Aku tiada pernah menolak pengaduan orang yang teraniaya itu, sekalipun daripada seseorang kafir.

Orang yang waras fikiran, yang tiada terpengaruh oleh akal fikirannya, harus menyediakan beberapa masa; masa untuk munajat kepada Tuhan, masa untuk meneliti diri,  masa untuk merenungkan keanehan ciptaan Allah Ta'ala dan masa untuk mengurus segala keperluan diri, seperti makan-minum.

Orang yang waras fikiran, jangan sampai menghabiskan masanya kecuali kepada tiga perkara: (1) Menambah amal untuk Hari Akhirat (2) Mencari rezeki untuk penyambung hidup (3) Mengecap kelazatan bukan daripada yang haram.

Orang yang waras fikiran harus meneliti masanya. Mengambil berat terhadap urusannya, dan sentiasa memelihara lidahnya.  Barang siapa yang menjadikan tutur-bicaranya terhitung daripada amalannya, nescaya sedikit tutur-bicaranya kecuali kepada perkara-perkara yang perlu belaka.

Kemudian aku (Abu Zar) bertanya lagi: Duhai Rasulullah! Bagaimanakah pula kitab yang diturunkan ke atas Nabi Musa 'alaihis-salam?

Jawab baginda:

Kitab itu merupakan kumpulan ibarat dan tauladan belaka, umpamanya: Aku hairan bahwa manusia itu tahu ia akan mati, tetapi bagaimana pula ia terus bersuka-ria saja. Aku hairan juga bagaimana ia boleh terus gelak ketawa, sedang ia mengetahui di sana ada api neraka! Aku hairan juga bagaimana ia boleh berangan-angan besar, sedang ia tahu bahawa segala sesuatu itu berlaku dengan Qadar (ketentuan Tuhan). Aku hairan juga betapa manusia mengenal dunia dan perubahannya yang kerap, tetapi bagaimana ia boleh merasa aman dan sentosa kepadanya! Aku hairan juga betapa manusia yakin bahawa ia akan dihisab (di Hari Kiamat), tetapi ia tiada beramal!

Maka aku pun memohon agar Rasulullah berpesan kepadaku sesuatu. Maka Rasulullah berkata: Aku berpesan kepadamu agar sentiasa bertaqwa kepada Allah kerana yang demikian itu adalah pokok segala perkara.

Kemudian aku minta ditambah lagi. Maka berkata Rasulullah:

Lazimkanlah diri membaca Al-Quran, kerana ia akan menjadi cahaya untukmu di bumi, dan sebagai zikir pula di langit.

Aku minta ditambah lagi, maka Rasulullah berkata lagi: Awas, jangan sekali-kali suka banyak ketawa, kerana ia akan mematikan hati dan menghapuskan cahaya di wajah.

Kataku: Tambah lagi, duhai Rasulullah! Kata baginda: Lazimkan berdiam diri, dan apabila berbicara biarlah yang baik saja. Sikap itu akan menjauhkan syaitan daripadamu dan membantumu dalam urusan agamamu.

Kataku: Tambah lagi! Baginda berkata pula: Gemarkanlah dirimu berjihad (di jalan Allah), kerana ia rahbaniah (kependitaan) umatku.

Kataku: Tambah lagi: Katanya: Cintailah kaum fakir miskin dan dampingilah mereka itu.

Kataku: Tambah lagi! Katanya: Ambil berat terhadap orang yang lemah, dan jangan runsingkan diri dengan orang yang kukuh kedudukannya. Sebab sikap serupa itu lebih patut dan supaya engkau tidak mensia-siakan nikmat Allah terhadap dirimu.

Kataku: Tambah lagi! Katanya: Berbicara benar, meskipun pahit.

Kataku: Tambah lagi! Katanya: Hendaklah anda jauhkan diri daripada mendedahkan kelemahan onang lain, sedang anda mengetahui bahwa anda pun mempunyai kelemahan sendiri. Jangan ingkar sesuatu, sedang anda melakukan yang sama. Memadailah menjadi suatu keaiban, jika anda nampak keaiban orang, tidak nampak keaiban sendiri, anda melahirkan kesal terhadap sesuatu sedang anda sendiri melakukannya.

Sesudah itu baginda pun menepuk dadaku, seraya berujar:

Belum sempuma akal, jika tidak tahu mentadbir. Bukanlah wara', jika tidak mengekang diri. Tidak ada pangkat sebelum berbudi-pekerti luhur.

Hadis ini telah dicatitkan oleh Al-Mundziri di dalam kitabnya At-Targhib Wat-Tarhib.

No comments: