Wednesday, April 19, 2006

Menghadapi Dunia Yang Semakin "Menghambat"

Assalamualaikum wm. wbt. & Salam Sejahtera,

Entah kenapa, hidup kebelakangan ni dirasakan begitu menghambat diri - terasa begitu sibuk sekali. Sibuk yang seolah-olah tiada kesudahan dan sibuk yang 'dictate' segala pergerakan kita. Kebanyakan kita dikawal oleh 'kesibukan' tersebut dan sebahagian kita seolah-olah sudah tidak mampu untuk mengawalnya. Kerap kita dengar kawan-kawan mengatakan masa telah menjadi semakin singkat, sehari dirasakan cepat sekali menjadi seminggu. Seminggu dirasakan cepat sekali menjadi sebulan. Sebulan dirasakan cepat sekali menjadi setahun. Berapa ramai daripada yang kita sedar-sedar diri telah dewasa, berkahwin, beranak-pinak, pencen, tua dan sebagainya. Semoga kita semua tidak tersedar bila 'kuburan' telah memanggil.

Sudah pasti kita tidak mahu semua itu 'menguasai' kita sebegitu. Sudah pasti kita ingin hidup dengan panduan ilahi dan mendapat redhanya, sehingga mendapat kecemerlangan dunia dan akhirat. Cumanya, bagaimana, bagaimana dan bagaimana?

Kata Dr. Stephen Covey, mulakan dengan 'the end'. Teguhkan tekad, kita hendak jadi apa diakhir (jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan apa itu - biarlah bayangan itu begitu jelas dalam minda kita). Saya kira itulah juga sebabnya Allah mengggunakan sebahagian besar daripada kandungan Al-Qur'an, itu menceritakan kehidupan di 'alam sana'.

Aspek kedua, adalah menrencanakan kehidupan kita (menjadualkan). Tentukan perkara-perkara penting yang kita ingin lakukan di dunia ini. Jika kita ingin pastikan amalan amal-ibadat taqqarub (mendekatkan) diri dengan Allah, terdisplin. Jadualkan dalam hidup. Contohnya, 5 minit pertama masuk pejabat kita akan baca al-Qur'an dan terjemahannya. Hari tertentu kita akan dengar kuliah agama. masa tertentu kita akan baca buku tentang panduan hidup dan sebagainya. Jadualkan waktu bersama keluarga. Jadualkan waktu melakukan program kemasyarakatan, dan sebagainya.

Any Tambahan @ bantahan?

TQ.

3 comments:

Ahmad Suki Che Mohamed Arif said...

Komen daripada Sofi, Insaniah:

Assalammualaikum...

Saya setuju tentang mulakan dengan 'the end'. Kerana kita bermulakan membayangkan hasilan diakhir nanti, apa yang kita inginkan. Dan kita mula bertindak dengan tindakan yang kita jangkakan yang memberikan hasil seperti mana yang kita inginkan.
Saya ingin menambah satu perkara, di mana ia sering menjadi satu kesukaran bg diri saya mungkin juga bagi org lain. Iaitu berkenaan
'change management' - pengurusan perubahan. Perancangan untuk mengubah dan berubah, tidak akan berjaya tanpa semangat ketabahan dan disiplin diri yang kuat. Tapi kita perlu berubah... dari rentak kehidupan kita sekarang kepada rentak yang ideal di mana hasil akhirnya kita mampu menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Kesibukan kita di dunia, seolah-olah 'menghambat' kita, sedar atau tidak sedar, menyebabkan kita tidak seimbang antara kepentingan pelaburan akhirat dan kepentingan perjuangan duniawi.

Terus berubah..... Insya Allah!

Anonymous said...

Tajuk yang diutarakan saudara Suki berkisar tentang masa. Persoalan masa amat menarik untuk diperdebatkan samada dalam tradisi Islam mahupun tradisi-tradisi Kristian,Yahudi,Hindu,Buddha dan lain-lain. Dalam tradisi Islam,tuhan berfirman: "Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh;Dan mereka memberi peringatan dengan kebenaran dan mereka memberi peringatan dengan kesabaran".(al-Quran:Al-Asr,ayat 1-3). Di antara masa dan pergerakan tidak dapat dipisahkan. Ianya berkait manusia dan masa bahkan tuhan sendiri pun juga berkait dengan masa.Dia sendiri menyatakan bahawa penciptaan langit dan bumi mengambil masa enam hari. Cuma manusia belum mendapat jawabpasti 'ukuran' masa itu. Adakah mengambil kira putaran matahari atau pergerakan bintang atau...(?)Perdebatan yang menarik tentang masa dan tuhan, sebagai contoh, dapat kita saksikan sejak bermulanya era penurunan wahyu lagi kerana wahyu sememangnya memanggil manusia ke alam 'pemikiran' atau menggunakan akal. Penggunaan akal tidak terbatas walaupun akal manusia sendirinya terbatas. Manusia tidak dapat mencapai 'karamah insaniah'nya selagi tidak mengoptimumkan penggunaan akal dalam setiap sistem kehidupan yang merangkumi transaksi, ibadah, kepercayaan, politik, sosial,undang-undang dan sebagainya. Tidak dinafikan ada di antara manusia beragama agak alergik dengan penggunaan akal dalam persoalan keimanan dan ibadahnya. Sedar atau tidak sedar, agama itu sendiri (baca:tuhan) memerintahkan manusia menggunakan akal dan menyindir manusia yang tidak menggunakannya seperti ayat-ayat berbunyi "afala ta'qilun","afala tatadabbarun" dan sebagainya. Kembali kepada ayat al-Asr tadi, sesungguhnya mereka yang rugi ialah mereka yang tidak dapat berbuat apa-apa untuk manfaat manusia lain mahupun dirinya sendiri. Bagaimana mungkin memanfaatkan sedang dirinya sendiri tidak mampu menggunakan akal sebaik mungkin. Amal kebajikan dan moral adalah manifestasi akal manusia. Penggunaan akal yang kabur melahirkan amal kebajikan yang kabur pada hakikatnya;sekalipun orang lain melihatnya sebagai yang terbagus.
Menyentuh persoalan memanfaatkan manusia lain, pengembangan idea atau 'spark' pemikiran adalah satu cara yang berkesan untuk memberi alternatif yang pelbagai kepada pelaku-pelaku. Wahyu adalah satu contoh terbaik. Ia melontarkan gambaran yang umum dan persoalan yang provokatif kepada manusia untuk manusia itu berfikir apa yang harus dilakukan. Wahyu tidak menyusurkan penyelesaian yang objektif kecuali sedikit sahaja. Oleh sebab itu, manusia perlu fikir apa yang harus dilakukan.Contohnya,kisah lembu dalam surah al-baqarah. Tuhan menyuruh kita lihat bagaimana gunung-ganang diciptakan.Namun tuhan tidak menceritakan secara objektif dan detail penciptaannya.
Beberapa perkara yang didapati dalam masyarakat kita khususnya, kita tidak nampak manfaat hasil perdebatan intelektual, lebih malang kita memperlekehkan usaha-usaha ini. Persoalan ini agak panjang,sekiranya dapat kita bincangkan lebih lanjut dikesempatan lain. Kesimpulan komen ini ialah manusia;dengan masa yang begitu terhad,harus mengoptimumkan penggunaan akal dalam sistem hidupnya dan dari situlah dia tahu bagaimana menghasilkan kebaikan atau manfaat-manfaat kepada manusia lainnya.

Anonymous said...

Ada sedikit pembetulan; frasa:"kisah lembu dalam surah al-baqarah" sebetulnya ditiadakan dalam perenggan.