Tuesday, February 6, 2007

MENGHAYATI AL-MA’TSURAT (Himpunan Zikir Yang Diperkenalkan oleh as-syahid Sheikh Hassan al-Banna)

Dengan penuh kerendahan diri, inilah bukanlah rujukan yang baik, sekadar membuat sedikit catatan terhadap amalan yang dicadangkan oleh as-syahid Syeikh Hassan al-Banna (al-Banna juga membawa maksud pembina, membina manusia, ummah atau sebagainya), seorang tokoh pendakwah dan penggerak ummah yang telah meninggalkan begitu banyak bekas-bekas yang menakjubkan dalam sejarah pembangunan ummah. Catatan yang lebih komprehensif boleh dirujuk dalam risalah Hassan al-Banna sendiri atau tokoh-tokoh berotoriti yang lain...

1.0 Pengenalan

Antara keinginan kita semua adalah mendapat keredhaan Allah dan menempuh hidup di dunia sementara ini dalam jalan yang betul (jalan yang dikehendaki Allah). Jalan ini ditunjuk melalui al-Quran dan sunnah rasulullah s.a.w. Pentunjuk-pentunjuk inilah yang akan menyelamatkan kita daripada tergelincir, tersalah atau tersesat amalan. Antara amalan yang besar adalah melalui zikir:

Al-Ahzab: 21

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِير

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Al-Ahzab: 41-42

يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً . وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

Al-Ahzab: 35

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيراً وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْراً عَظِيماً

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.

Al-A'raf: 205

وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعاً وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

2.0 Kelebihan Zikir

وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ

Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) - Al-Ankabuut: 45 (sebahagian)

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ

Oleh itu, ingatlah kamu kepada Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan ni'matKu). - Al-Baqarah: 152

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَة. ـ صحيح البخاري

Aku mengikut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia menyebut nama-Ku dalam dirinya, Aku akan menyebut namanya dalam diri-Ku dan jika dia menyebut nama-Ku di khalayak ramai, aku akan menyebut namanya di khalayak yang lebih baik daripada mereka itu.

أَنّ رَجُلاً قَالَ "يا رَسُولَ الله إنّ شَرَائِعَ الإسْلاَمِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيّ فأخبِرْنِي بِشَيْءٍ أَتَشَبّثُ بِهِ، قالَ: لا يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْباً مِنْ ذِكْرِ الله" ـ للإمام الترمذي

Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, syariat Islam terlalu banyak untuk saya. Sila beritahu saya suatu perkara yang saya boleh tumpukan. Baginda bersabda, "hendaklah lidahmu sentiasa basah berzikir kepada Allah".

"لاَ يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ حَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ". ـ صحيح مسلم

Tidak duduk satu kaum berzikir kepada Allah Azza wa Jalla, melainkan malaikat akan mengelilingi mereka dan mereka akan dinaungi rahmat, mereka akan dilimpahi ketenangan dan Allah akan menyebut-nyebut nama mereka kepada sesiapa sahaja yang ada di sisi-Nya.

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أحب إلى الله تعالى قال أن تموت ولسانك رطب من ذكر الله‏ ـ للإمام الطبراني

Ditanya Rasulullah s.a.w, apakah amalan yang paling disukai Allah taala, baginda bersabda, "bahawa engkau mati dalam keadaan lidahmu basah berzikrullah".

فقالَ مُعَاذُ بنُ جَبَلٍ رضي الله عنه ما شَيْءٌ أَنْجَى مِنْ عَذَابِ الله مِنْ ذِكْرِ الله ـ للمباركفوري, سنن الترمذي (وشرح العلل)

Maka berkata Muaz ibnu Jabal (r.a), "Tidak ada sesuatu yang lebih (mampu) membebaskan dari azab Allah lebih daripada zikrullah."

3.0 Kelebihan Matsurat

3.1 Menghimpunkan sebahagian zikir penting dan bernilai tinggi , yang matsur (diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dari hadis-hadis sahih).

· Pelbagai bacaan dan bentuk zikir yang ada pada hari ini. Apakah zikir dan kaifiat yang digunakan adalah apa yang diajar oleh Rasulullah? Melalui al-matsurat kita tidak perlu ada keraguan.

3.2 Menghimpunkan zikir yang mengandungi nilai kekuatan akidah dan keagongan Allah (termasuk membersihkan jiwa dengan hanya Allah tuhan kita).

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم,

لقنوا موتاكم شهادة أن لا إله إلا الله فمن قالها عند موته وجبت له الجنة قالوا يا رسول الله فمن قالها في صحة قال تلك أوجب وأوجب ثم قال والذي نفسي بيده لو جئ بالسماوات والأرضين ومن فيهن وما بينهن وما تحتهن فوضعت في كفة الميزان ووضعت شهادة أن لا إله إلا الله في الكفة الأخرى لرجحت بهن. للإمام الطبراني

Bersabda Rasulullah s.a.w , ajarkanlah orang yang (hampir) mati, لا إله إلا الله, maka sesiapa yang mengucapkannya ketika kematiannya, wajiblah dirinya (masuk) syurga. (Sahabat-sahabat) bertanya, jika sesiapa mengucapkannya di kala sihat? Rasulullah bersabda, itu lebih wajib dan itu lebih wajib lagi. Kemudian baginda bersabda, demi diriku di tangan-Nya, jika dibawa semua langit-langit dan semua bumi-bumi, dan semua yang di dalamnya, dan semua di antaranya, dan semua di atasnya, maka diletakkannya di atas satu daun timbangan (mizan), dan diletakkan shahadat لا إله إلا الله di daun timbangan yang satu lagi, nescaya ianya lebih berat daripadanya (kesemua tadi).

· Rujuk bacaan X, XXII, XXIII, XXIV, XXV.

3.3 Hanya meletakkan keikhlasan kepada Allah.

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. Al-Bayyinah: 5.

· Rujuk bacaan XI.

3.4 Untuk mengingatkan kita semua bahawa akhirnya kita akan kembali menemui Allah – akan dihisab apa yang kita lakukan di dunia ini; apakah kita menunaikan amanah-Nya sebagai khalifahnya di mukabumi ini.

· Sebahagian besar tema al-Qur'an mengenai hal ini. Dalam juz 30 sahaja, tema berkenaan diungkapkan dalam banyak surah, antaranya dalam surah an-Naba', an-Naziaat, al-'Abasa, at-Takwir, al-Infitaar, al-Mutaffifin, al-Insyiqaaq, at-Taariq, al-' Ala, al-Ghaasyiah, al-Fajr, al-Lail, al-Zalzalah, al-Qadiyat, al-Qaariah, at-Takaatsur, dan al-Humazah.

· Rujuk bacaan X.

3.5 Memohon keselamatan daripada bencana dan mara-bahaya.

· Hidup di dunia ini penuh dengan cobaan, bencana dan mara-bahaya; seperti dengki, kemalangan, perbuatan orang – hanya pada Allah kita mohon perlindungan dan hanya Allah yang boleh menolong kita.

· Rujuk bacaan VIII, XII, XIX, XX..

3.6 Memohon agar tidak terjatuh dalam keadaan menyekutukan Allah.

· Menyekutukan Allah boleh membatalkan amalan dan lebih dasyat lagi jika ianya menjatuhkan kita ke lembah kekufuran. Kita mohon dilindungi olehNya samada akibat yang kita sendiri mahupun yang tidak disedari.

· Rujuk bacaan XII, XX.

3.7 Memohon perlindungan daripada kesempitan hidup dunia dan pelbagai cobaan.

· Rujuk bacaan X, XIII, XVIII.

3.8 Memohon perlindungan daripada azab kubur.

· Tempat yang kita semua takuti untuk tinggal; gelap, sempit, panas, seksa, sunyi, sendirian – kecuali kepada mereka yang beriman dan beramal-soleh.

· Rujuk bacaan XXII.

3.9 Mudah untuk beramal berulangkali.

· Banyak hadis yang mengajar kita bacaan-bacaan yang baik untuk diamalkan. Dengan mengumpulkan dalam bentuk al-Matsurat, kita mudah amalkan bacaan-bacaan yang diajar Rasulullah s.a.w.

3.10 Sebagai satu tarbiyyah ruhiyyah satu-satu gerakan dakwah – memberi kekuatan untuk berkorban dan berjihad kepada Allah.

Disediakan Oleh:

Ahmad Suki Che Mohamed Arif


LAMPIRAN

Al-Matsurat (Wazifah Syughra)

Bacaan I

أعُوذُ باللّه السَّمِيعِ العَلِيمِ مِنَ الشَّيْطانِ الرََّجِيمِ

Aku memohon perlindungan Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui daripada syaitan yang direjam.

Bacaan II: Al-Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Bacaan III: Al-Baqarah: 1-5

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Bacaan IV: Al-Baqarah: 255

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Bacaan V: Al-Baqarah: 256-257

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Bacaan VI: Al-Baqarah: 284-286

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Bacaan VII: Al-Ikhlas

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Bacaan VIII: Al-Falaq

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

Bacaan IX: An-Naas

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. "Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Bacaan X:

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ ِللهِ، وَالْحَمْدُ ِللهِ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لآ إلَهَ إِلاَّ هُوَ، وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ

kami hayati pagi ini ya Allah, di mana pada pagi ini kerajaan alam buana ini di tanganMu. Puji-tahmid untuk Allah. Tidak ada sekutu bagiNya. Tidak ada tuhan sebenarnya melainkan Dia. KepadaNya kami bakal dihimpunkan.

Bacaan XI:

أَصْْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الإِسْلامِ، وكَلِمَةِ الإِخْلاصِ، وَدِيْنِ نبِيِّا مُحَمَّدٍ صلى اللّه عليه وسلم، وَمِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ صلى اللّه عليه وسلم حَنِيفاً مُسْلِماً ومَا أنا مِنَ المُشْرِكِينَ"

Kami hayati (suasana) pagi ini atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimah Ikhlas (dan prinsip) keikhlasan…

Bacaan XII:

اللَّهُمَّ إني أصْبَحُتُ منْكَ في نِعْمَةٍ وَعافِيَةٍ وَسَتْرٍ، فأتِمَّ نِعْمَتَكَ عَليَّ وَعَافِيَتَكَ وَسَتْرَكَ فِي الدُّنْيا والآخِرَةِ.

Ya Allah, pada pagi/petang ini kami kecapi ni'mat pemberianMu, kesihatan dan perlindunganMu maka sempurnakan ni'mat, 'afiat dan perlindunganMu terhadap kami di dunia dan di akhirat.

Bacaan XIII:

اَللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ، أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ

Ya Allah, apa sahaja ni'mat yang kami dapati waktu siang/petang dari sesiapa makhlukMu maka sebenarnya dari Engkau jua. Tidak ada sekutu bagiMu. Pujian dan kesyukuran (kami) untukMu.

Bacaan XIV:

يَا رَبِّ! لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيمِ سُلْطَانِكَ

Hai tuhanku ,untukMu pujian yang setanding dengan kebesaran serta kemuliaan wajahMu dan keagongan kekuasaanMu

Bacaan XV:

رَضِيتُ بِاللهِ رَبّاً، وَبِالإِسْلاَمِ دِيناً. وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّاً وَرَسُوْلاً

Relalah aku bertuhankan Allah beragamakan Islam, dan bernabi serta berasulkan Muhammad s.a.w.

Bacaan XVI:

سُبْحَانَ اللَّهِ وبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، َوزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِماتِهِ

(kami ucapkan) Maha Suci Allah dengan segala tahmidNya sebanyak makhluk ciptaanNya, serela hatiNya, seberat timbangan 'arasyNya dan sebanyak tinta kalimahNya.

Bacaan XVII:

باسْمِ اللَّهِ الَّذي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا في السَّماءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيم

(Kami ucapkan) Dengan Nama Allah yang segala sesuatu baik di langit mahupun di bumi tidak akan memberi apa-apa mudarat selama bersama dengan namaNya. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Bacaan XVIII:

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ، وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ نَعْلَمُهُ

Ya Tuhanku,sesungguhnya kami memohon perlindungan dengan Engkau daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu apa juapun yang kami tahu sendiri dan kami memohon dari Engkau apa yang tidak kami tahu akan dia (tidak diketahui oleh kami).

Bacaan XIX:

أعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرّ ما خَلَق

Aku berlindung (di bawah naungan) kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan tepat dari segala kejahatan makhluk yang jahat.

Bacaan XX:

اللَّهُمَّ إِني أعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمّ والحُزن، وأعُوذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ والكَسَلِ، وأعُوذُ بِكَ مِنَ الجُبْنِ والبُخلِ، وأعوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرّجال

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat bacul dan kikir. Aku berlindung kepadaMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.

Bacaan XXI:

اللَّهُمَّ عافِني فِي بَدَني، اللَّهُمَّ عافِنِي في سَمْعِي، اللَّهُمَّ عافِني في بَصَري

Ya Allah, sejahterakanlah badanku. Ya Allah, sejahterakanlah pendengaranku. Ya Allah sejahterakanlah pendengaranKu.

Bacaan XXII:

اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ مِنَ الكُفْرِ وَالفَقْرِ، اللَّهُمَّ إني أعُوذَ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبرِ، لا إِلهَ إِلاَّ أنْتَ

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kufur dan kefakiran. Ya Allah,aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur. (Ikrar kami) Tidak ada Tuhan (sebenarnya) kecuali Engkau.

Bacaan XXIII:

اللَّهُمَّ أنْتَ رَبّي لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وأنا عَبْدُكَ، وأنا على عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ ما اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرّ مَا صَنَعْتُ، أبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عليَّ وأبُوءُ بِذَنْبي، فاغْفِرْ لي فإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أنْتَ؛

Ya Allah, Engkaulah tuhanku (yang sebenarnya). Tidak ada Tuhan (lain) kecuali Engkau sahaja. Engkau yang jadikan diriku. Aku (hanyalah) hambaMu. Aku berusaha seberapa daya untuk setia memegang janjiMu. Aku berlindung kepadaMu Ya Allah akibat daripada kejahatan yang terlanjur telahku lakukan. (Ya Allah aku mengaku, sekian banyak) ni'matMu kepada aku dan aku mengakui juga akan sekian banyak dosaku, maka ampunlah kiranya dosa ku. Tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau.

Bacaan XXIV:

أسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذي لا إلهَ إِلاَّ هُوَ الحَيَّ القَيُّومَ وأتُوبُ إلَيْه

Aku mohon ampun kepada Allah yang tiada tuhan kecuali Dia; tuhan yang sentiasa hidup berkekalan (mentadbir 'alam ini) dan aku bertaubat kepadaNya (akan segala dosaku).

Bacaan XXV:

سُبْحانَكَ اللَّهُمَّ وبِحَمْدِكَ، أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ أنْتَ، أسْتَغْفِرُكَ وأتُوبُ إِلَيْك

Maha suci Engkau wahai Allah dengan segala kebesarannya dan tahmid. Aku naik saksi dan mengaku bahawa tiada tuhan lain kecuali Engkau. Aku pohon ampun dariMu akan segala dosa kesalahan.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَ مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنَبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ تسليما عدد ما أحاط به علمك,

وأبي بكْر، وعُمَرَ، وعُثْمان، وعليَ

<<< DOA >>>

DOA RABITAH (Ikatan Hati)

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَـذِهِ الْقُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ, وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ, وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ, وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيعَتِكَ, فَوَثِّّقِ اَللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا, وَأَدِمْ وُدَّهَا, وَاهْدِهَا سُبُلَهَا, وَامْلأَْ هَا بِنُورِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُو, وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيضِ اْلإِيمَانِ بِكَ, وَجَمِيْلِ تَوَكُّلِ عَلَيْكَ, وَأَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ, وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيلِكَ, إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ, اَللَّهُمَّ آمِينُ وَصَلّ اَللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ وَعَلَى ألِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (bayangkan orang-orang tersebut) telah berkumpul kerana mengasihani-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah-Mu), bersatu untuk memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah – Ya Allah – akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Mu (yang benar). Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak akan malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan tawakal kepada-Mu. Suburkanlah hati-hati ini dengan makrifah (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah perkenanlah permintaan kami ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

No comments: