ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلاَّ بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ
Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). ALI-IMRAN: 112
· Kita akan ditimpa kehinaan di mana-mana sahaja kecuali kita menunaikan dua dimensi tanggungjawab:
o Habluminallah – hubungan dengan Allah, seperti taat dan beribadah kepadaNya.
o Habluminannas – hubungan dengan manusia – amanah kekhalifahan – mensejahterakan ummah.
· Marilah kita perbanyakkan hubungan dan taqqarub (mendekati) kepada Allah:
يَقُولُ اللهُ سُبْحَانَهُ: يَا ابْنَ آدَمَ! تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِي، أَمْلأَ صَدْرَكَ غِنىً، وَأَسُدَّ فَقْرَكَ. وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ، مَلأْتُ صَدْرَكَ شُغْلاً، وَلَمْ أَسُدَّ فَقْرَك - للإمام الترمذي
Berfirman Allah s.w.t, "Wahai anak Adam, bersegeralah beribadat kepadaku, nescaya akan Ku penuhi dadamu dengan kekayaan, dan akan Ku hapuskan kefakiranmu. Dan jika tidak begitu kamu lakukan, akan Ku penuhi dadamu dengan resah-gelisah, dan tidak Ku hapuskan kefakiranmu". Al-Hadis
· Marilah kita menunaikan amanah mensejahterakan ummah:
مَنْ لَمْ يَهْتَمْ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ. – الحديث للإمام العجلوني
Orang yang tidak mengambil berat nasib umat Islam bukanlah dia di kalangan mereka.
وَقَالَ عَمَّارٌ: ثَلَاثٌ مَنْ جَمَعَهُنَّ فَقَدْ جَمَعَ الْإِيمَانَ: الْإِنْصَافُ مِنْ نَفْسِكَ، وَبَذْلُ السَّلَامِ لِلْعَالَمِ، وَالْإِنْفَاقُ مِنْ الْإِقْتَارِ- صحيح البخاري
Berkata Ammar, "tiga perkara yang apabila manusia mengumpulkannya, maka ianya telah mengumpulkan keseluruhan Iman, menginsafi diri, dan melebarkan salam ke serata alam (salam atau kesejahteraan dalam konteks yang lebih luas, meliputi manusia, binatang, dan tumbuhan – di segenap penjuru alam), dan mengeluarkan infak dikala kesukaran."
No comments:
Post a Comment