Thursday, February 8, 2007

Beberapa Fakta Dalam Perang Hizbullah – Israel (2006)

Perang yang bermula 12 Julai 06 dan berakhir dengan gencatan senjata pada 14 Ogos 06.   Kedua-dua pihak mengalami kerosakan yang teruk tetapi Hisbullah jelas mendapat kemenangan moral yang sangat besar:

  1. 123 tentera israel terkorban manakala hanya 74 tentera Hisbullah terkorban
  2. hanya 44 orang awam Israel mati tetapi lebih seribu orang awam Lebanon terkorban dengan 1/3 terdiri daripada kanak-kanak.
  3. Hisbullah dikatakan hanya ada 3000-4000 tentera berbanding dengan Israel yang menggunakan 10,000 tentera darat pada permulaan perang dan dikatakan mencapai 30,000 pada akhir perang (belum dicampur dengan tentera udara dan laut).
  4. 4 helikopter perang Israel ditembak jatuh, satu kapal perang dibom, satu bot laju ditempak dan lebih kurang 100 kereta kebal kebanggaan Isreal dimusnahkan (harga setiap kereta kebal USD4.4 juta).
  5. Seluruh rakyat dunia Arab bersatu mengutuk Israel, memaksa kerajaan Arab yang agak pro Israel berubah sikap.   Hanya tinggal 5% rakyat dalam negara-negara Arab pro-Amerika yang masih boleh menerima Amerika.
  6. Kerajaan Israel mendapat sokongan jitu rakyat pada permulaan perang, sekarang 63% rakyat meminta Olmert meletakkan jawatan atas cara kerajaan Israel mengendalikan perang (sumber The Economist).
  7. 5 orang kakitangan UN terkorban tembakan Israel.
  8. Israel menggunakan cluster bomb di Lebanon.   Pada 72 jam terakhir dianggarkan 90% dijatuhkan, iaitu sebanyak 359 dan dianggarkan 100,000 bomblet (lebih kurang bom tangan yang diisi dalam cluster bomb) belum meletup (sumber UN).
  9. Sebahagian cluster bomb dan bunker bomb dihantar oleh US pada akhir peperangan.
  10. Pada saat terakhir, dalam usaha mendapat kemenangan moral, Israel telah menambah tentera darat tetapi berakhir dengan kematian dan kecederaan terbesar (dalam sehari); 19 mati, beberapa cedera parah dan lebih 60 tentera lain tercedera.

No comments: