Thursday, February 8, 2007

MARILAH PERBANYAKKAN BACAAN AL-QUR’AN

 

·        Semua kita akui ketinggian nilainya dan kehebatan kesannya:

Ar-Ra'd(31):  Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh kerananya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara.

 

·        Sesungguhnya membaca Al-Qur'an memberi kelebihan besar kepada pembacanya:

Al-Faathir(29-30):  Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;   Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

قالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: "الّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السّفَرَةِ الكِرَامِ الْبَرَرةِ، وَالّذِي يَقْرَأُهُ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌ له أَجْرَانِ ". - مُتَّفَقٌ عَلَيهِ

"Orang yang membaca al-Qur'an sedangkan dia seorang yang mahir, maka dia akan bersama dengan malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yangberbuat kebajikan.   Manakala sesiapa yang membaca al-Qur'an dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperolehi dua ganjaran".

سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- يَقُولُ:

 "اقْرَأُوا الْقُرْآنَ، فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعَاً لأَصْحَابِهِ." - للإمام مسلم

"Bacalah al-Qur'an.  Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya".

"مَنْ قَرَأَ حَرْفاً مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرَ أَمْثَالِهَا، لاَ أَقُولُ ألم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ". - رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صحيح.

"Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah akan mendapatkan satu kebaikan dan satu kebaikan berlipat sepuluh kali.   Aku tidak katakan alif lam mim satu huruf, namun alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf".

 

·        Justeru, marilah kita peruntukkan sedikit waktu untuk mendampingi Al-Qur'an sentiasa.   Marilah kita pertingkatkan amal dan tidak terlalai oleh kesibukan duniawi.  Bacalah Al-Qur'an sentiasa, insyaAllah kita akan merasa berkat dan kemuliaan hidup dengan ketinggian dan kehebatan Al-Qur'an.

No comments: