Wednesday, August 2, 2006

Yang Ku Lupa Untuk Beritahu...

YANG TERLUPA UNTUK KU BERITAHU
(catatan lama – masa di menjadi pembntu penyelidik di UTM, Kuala Lumpur)

Pernah sekali tu, seorang HEWI (Hal Ehwal Wanita Islam, UTM) sebuah persatuan pelajar masuk ke bilikku. Beliau bertanyakan tentang satu program yang pernah aku jalankan, kerana beliau bercadang untuk membuat sebuah program yang seumpamanya. Beliau bertanyakan orang-orang yang boleh dihubunginya. Berdepan denganku (mungkin beliau merasa kedudukanku agak tinggi - tambah pula aku seorang lelaki), suaranya dan riak-mukanya, ku imbas, kelihatan mengigil. Untuk memberi ketenangan padanya, aku minta beliau duduk dan ceritakan perlahan-lahan tujuannya. Beliau teruskan juga nyatakan tujuan, dan maksudnya agak kabur pada pendengaranku.

Semalam aku cakapkan hal itu kepada kawannya (yang merupakan adik angkatku), apabila kami bercakap mengenai aktiviti persatuan dan keaktifan serta gelagat kelas adik angkatku tadi. Aku beritahulah akan kemengigilan kawannya itu.

...tapi satu yang ku terlupa untuk beritahunya, bahawa aku dulupun belajar dari kemengigilan dan kekecutan perut, apabila menjejakkan kaki dalam arena berpersatuan; menghadapi kakitangan asrama, pegawai di HEP, pegawai di unit Pengarah Kerja, Urusetia Akademik - sehinggalah sekarang aku mempunyai keyakinan yang agak tinggi untuk menghadapi, berbincang atau berhadapan dengan sesiapa sahaja.

'Point'ku, dalam hidup ini, kita akan belajar. Kejatuhan, kekecutan, kemengigilan itu semuanya adalah pelajaran - malah kita akan terus berdiri dan berlari dengan lebih yakin apabila kita sanggup menempuh risiko-risiko kejatuhan atau ke apa-apa sahaja di atas tadi.

Dan catatan ini juga adalah sebagai penyataan sikap dariku, bahawa aku tidak pernah memandang rendah atas kemengigilan HEWI yang mula belajar itu - malah kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar dan terus belajar untuk mendapat Ilmu Dari Alam.

25.2.1991

No comments: