Friday, July 29, 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK: MEREBUT KESEMPATAN MEMPERTINGKATKAN TAQWA

Daripada Salman r.a.: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan … menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala (bersungguh dalam mengira-ngira amalan-amalan yang membawa rahmat Allah), nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru, selain menggandakan amalan-amalan sunat umum, marilah memperhatikan beberapa amalan yang diisyaratkan khusus dalam nas

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar:- Daripada Anas r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka:- Daripada Sahl bin Sa’d r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

3. Banyak berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka:- Rasulullah saw bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.” (HR Tirmidzi)

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa:- Daripada Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah saw bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bermurah hati dan banyak menderma:- Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: “Rasulullah saw adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

6. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran:- (Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah saw bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.

7. Memberi makan untuk berbuka puasa:- Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhanny r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka puasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR Tirmidzi)

8. Mendirikan malam dengan solat sunat (Tarawih):- Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

9. Giat beribadah & beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadhan:- Aisyah r.ha. berkata: “Rasulullah saw apabila masuk 10 terakhir Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkan ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

Bahan diolah daripada http://cahaya-pemimpin.deviantart.com/journal/34460688/ &

http://warkahseharumcinta.blogspot.com/2011/07/antara-kelebihan-bulan-ramadhan.html

Thursday, July 28, 2011

Yap Sui Lin: "Si Bodoh" Akhirnya Menjadi Genius

Ini cerita lama - namun tetap relevan (walaupun sudah ada banyak kisah yang lebih gemilang dan islamik).

Buat anak-anak yang sedang 'kepeningan' dalam dunia akademik, terperangkap dengan keseronokkan palsu FB dan terbuai dengan hanyutan TV, mungkin kisah ini boleh dijadikan ikhtibar.

(sila klik imej dan zoom-kan untuk lebih jelas)






Bacaan Tambahan:

  • http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2003/3/2/education/byyap&sec=education

  • http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

  • http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2003&dt=0826&pub=DuniaPendidikan&sec=Motivasi&pg=mo_01.htm

Wednesday, July 6, 2011

KETINGGIAN RISALAH ISLAM: MENGINGATI KISAH MUHAMMAD ASAD PADA PENGEMBARAANNYA MENCARI RISALAH ISLAM

(Sebahagian besar daripada kisah berikut diolah daripada maklumat yang didapati daripada halaman web
berikut, http://www. welcome-back org/profile/m asad 01.shtml)


Nama asalnya adalah Leopold Weiss. Beliau berasal dari Lemberg, Austria-Hongaria dan lahir pada bulan Julai tahun 1900, iaitu di negara Sepanyol. Agama asalnya adalah Yahudi. Keluarganya secara turun-temurun adalah rabbi (pemuka agama Yahudi) kecuali ayahnya yang menjadi seorang pengacara. Semasa kecilnya, beliau telah diberi seorang tutor khas untuk mengajar agama dengan mendalam. Beliau fasih berbahasa Ibrani dan dapat membaca kitab-kitab Yahudi yang terkemuka. Setelah masuk Islam, iaitu pada tahun 1926 (umurnya pada masa tersebut 26 tahun) beliau telah mengembara dan bekerja di seluruh dunia Islam, mulai dari Afrika Utara sampai ke Afghanistan di bahagian Timur. Setelah beberapa tahun mempelajari Islam, beliau telah menjadi seorang Muslim terpelajar yang terkemuka di abad kita sekarang. Akhirnya, beliau telah dikenali sebagai seorang cendekiawan Islam dan menjadi mantan Duta Besar Pakistan ke pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau menulis beberapa buku menarik dan berkesan berkenaan Islam dan pengembaraannya, khususnya dalam mencari Risalah kebenaran. Antara bukunya tentang Islam adalah seperti Islam at the Crossroads, The Road to Mecaa, This Law of Ours, Sahih al-Bukhari: The Early Years of Islam dan sebuah tafsir Al Qur'an moden, iaitu The Message of the Qur'an.

Risalah Islam telah datang ke dalam dirinya dengan hidayah serta pemerhatiannya kepada kehidupan, khususnya pada perbandingan antara kehidupan di dunia barat dengan di dunia Islam. Katanya, "Perhatian saya terhadap bangsa-bangsa yang saya kunjungi itu mula-mula adalah sebagai orang luar sahaja. Saya melihat susunan masyarakat dan pandangan hidup yang pada dasarnya berbeda dengan susunan masyarakat dan pandangan hidup orang-orang Eropah. Timbul dalam hati saya kekaguman terhadap pandangan hidup yang tenang, yang boleh saya katakan lebih bersifat kemanusiaan jika dibanding dengan cara hidup di Eropah yang serba terburu-buru dan mekanistik. Rasa kagum ini secara perlahan-lahan telah menyebabkan timbulnya keinginan saya untuk menyelidiki sebab adanya perbedaan itu, dan saya menjadi tertarik dengan ajaran-ajaran keagamaan orang Islam. Dengan persoalan ini, saya belum merasa tertarik untuk memeluk agama Islam, tetapi ianya telah cukup membuka pemandangan baru mengenai masyarakat kemanusiaan yang progresif dan teratur, yang mengandung hanya sedikit pertentangan. Tapi dengan rasa persaudaraan yang sangat besar dan benar. Walaupun pada kenyataannya hidup orang-orang Islam sekarang masih jauh berbeda dengan kemungkinan-kemungkinan yang dapat diberikan oleh ajaran-ajaran Islam.

Peristiwa-peristiwa yang Mendekatkannya kepada Risalah Islam

Di antara peristiwa yang menyentuh hatinya adalah ketika dia hendak ke Jerusalem pada tahun 1920 (lebih kurang enam tahun sebelum dia memeluk Islam). Pada ketika itu, dia naik keretapi dari Mesir ke Semenanjung Sinai melalui padang pasir (gurun) Sinai. Di depan kerusi yang menghadap kepadanya duduk seorang Arab Badwi. Apabila berhenti di satu stesyen persinggahan, datang penjual-penjual makanan dan minuman. Si Arab Badwi tadi telah membeli sekeping roti. Apabila dia hendak duduk, dia ternampak Muhammad Asad. Segera dia membahagikan roti tersebut kepada Muhammad Asad, sambil berkata "tafaddhal" (silakan). Kepadanya peristiwa tersebut sangat mengesankan kerana suasana itu sudah tiada dalam masyarakat Eropah. Menurutnya, kespontanan tersebut datang daripada satu nilai yang mulia.


Pada peristiwa yang lain, dia kagum dengan suasana orang Islam solat. Pada masa tersebut dia pergi melawat sebuah masjid. Dia rasa sangat terkesan melihat orang Islam sembahyang di belakang seorang imam yang sudah tua, dengan barisan yang tersusun rapi umpama displin sepasukan tentera. Dia begitu terasa, keasyikan penganut-penganut Islam solat dengan rukuk dan sujud serentak, seolah-olah Tuhan berada di depan mereka. Dia dapat merasakan bahawa orang Islam dekat dengan Tuhan mereka.

Beberapa tahun selepas itu, semasa perjalanan dengan menaiki kapal, beliau telah menaiki sebuah kapal yang penuh sesak dengan penganut-penganut Islam yang ingin menunaikan fardhu haji ke Mekah. Pada satu hari, beliau telah turun ke dek sebelah bawah. Dek sebelah bawah adalah dek kelas kedua yang biasanya diduduki oleh orang-orang yang tidak berapa mampu. Dalam dek tersebut beliau dapati ada seorang lelaki Islam yang terlantar sakit. Beliau dimaklumkan bahawa doktor kapal tersebut tidak dapat turun ke dek tersebut. Setelah diselidiki didapati lelaki tersebut mengalami demam malaria. Kebetulan dia ada bekalan ubat demam malaria lalu memberikannya kepada lelaki tersebut. Semasa sedang berinteraksi dengan pesakit tersebut, dia ternampak kawan-kawan pesakit tersebut dari Yaman berbisik-bisik sesama mereka. Kemudian, salah seorang daripada mereka datang kepadanya dan menghulurkan kepadanya beberapa not duit kertas. Lelaki tersebut memberitahunya bahawa duit telah dikumpul daripada kawan-kawan yang lain dan berharap dia dapat menerimanya sebagai tanda penghargaan, walaupun jumlahnya sedikit sahaja. Terkejut Muhammad Asad dengan sikap spontan penghargaan itu dan telah menolaknya dengan baik. Mereka terus mendesak, "Kami tahu bahawa khidmat tuan tidak mengharap balasan. Ini bukanlah bayaran tetapi sebagai satu hadiah, sebagai satu penghargaan dan tanda persaudaraan. Kami sangat bersyukur dengan kebaikan tuan. Jadi kami berharap tuan dapat menerimanya sebagai tanda penghargaan kami." Akhirnya, Muhammad Asad terpaksa menerimanya, walaupun beliau tahu bahawa mereka amat lebih memerlukannya berbanding dirinya.

Ketika umumya hampir mencecah 24 tahun, beliau telah menghantar manuskrip bukunya untuk diterbitkan. Buku itu ada menghuraikan tentang sikap Zionis yang bertindak dengan tidak benar. Ianya ditulis secara ilmiah seumpama seorang professor. Pada satu hari, beliau telah ke pejabat penerbitan untuk berbincang dengan penerbit tersebut. Ketua editor penerbit itu, Dr Heinrich Simon, apabila sahaja bertemu dengan Muhammad Asad, beliau melihatnya seolah-olah orang yang kehairanan. Muhammad Asad yang mula rasa tidak selesa dilihat begitu, telah bertanya, "Adakah sesuatu yang tidak kena Dr Simon?". Dr Simon dengan tergagap menjawab, "Bukan, bukan, tiada yang tidak kena atau mungkin semuanya tidak kena... " Kemudian dia ketawa lalu menjelaskan, "Sebenarnya saya menjangkakan penulis manuskrip tadi adalah seorang yang sudah berumur dengan kaca mata yang tebal. Rupanya dianya adalah seorang budak yang genius." Kemudian bukunya yang diberi judul "Unromantisches Moegenland" telah diterbitkan. Buku yang kelihatan anti-zionis itu telah mendapat tentangan dari banyak pihak, termasuk rakan-rakannya sendiri. Hanya beberapa kerat sahaja yang menghargai buku yang juga menunjukkan penghargaan penulisnya kepada kehidupan orang Arab. Antaranya adalah Elsa, seorang perempuan yang 15 tahun lebih tua daripadanya. Akhirnya Elsa telah menjadi isterinya dan menjadi sumber ilham kepada Muhammad Asad; menenangkannya, bersimpati dengan kerja-kerjanya dan memberi keselesaan apabila menghadapi dugaan atau tekanan. Baginya, Elsa umpama Siti Khadijah yang juga 15 tahun lebih tua berbanding Nabi Muhammad SA W.

Pada ketika yang lain, selepas banyak mengembara di Asia Tengah, beliau telah ke Afghanistan. Dia telah berkuda dari Kabul ke Herat dengan melalui lembah-lembah yang dilitupi salji. Apabila kudanya mengalami masalah di satu perkampungan, dia telah berhenti untuk memperbetulkan masalah tersebut buat beberapa hari. Gabenor daerah tersebut yang mengetahui kedatangan orang asing telah menjemput dia untuk berehat di rumahnya. Selepas makan malam, gabenor tersebut telah menghiburkannya dengan lagu sambil bermain kecapi (alat muzik). Bilik tersebut lengkap dengan karpet dan hangat (menyegarkan suasana yang mana di luarnya sejuk akibat salji). Lagu yang diperdendangkan adalah berkenaan Nabi Daud melawan Jalut (dalam peperangan tersebut angkatan Nabi Daud bersama Talut yang kecil dapat mengalahkan tentera Jalut yang besar). Selepas berakhir lagu tersebut, gabenor tersebut menyebutkan, "Nabi Daud kecil tetapi semangat dan kepercayaannya besar." Lalu Muhammad Asad membalasnya, "... dan anda semua banyak tetapi kepercayaan anda kecil." Jawapan tersebut mengejut dan memalukan Gabenor tadi. Dia terus menyambung, "Kenapakah anda telah menjadi orang Islam yang telah hilang jati-diri keislamannya? Sebuah jati-diri yang telah menjadikan anda semua mampu menyebarkan kepercayaan dari negara Arab ke Atlantik kemudian memasuki China - tetapi anda sekarang telah menyerah dengan mudah dan lemah kepada pemikiran dan kebudayaan barat. Kenapa anda yang mana datuk-nenek anda telah menguasai dunia dengan sains dan seni pada masa Eropah tenggelam dalam barbarisme dan kejahilan? Beritahu saya bagaimanakah ajaran Nabi kamu yang begitu jelas dan mudah telah menghadapi kegersangan akibat kecelaruan pemikiran para cerdik pandai kamu. Bagaimanakah boleh terjadi tuan tanah-tuan tanah hidup dalam kekayaan dan kemewahan sedangkan pada masa yang sama saudara-saudara orang Islam kamu berada dalam kemiskinan dan kebuluran - sedangkan kamu diajar oleh Nabi kamu bahawa 'Tidak beriman seorang kamu yang makan dengan kenyang sedangkan jiran-jirannya kelaparan?' Bagaimana boleh terjadinya begitu ramai orang Islam yang jahil dan sedikit yang boleh membaca dan menulis, sedangkan Nabi kamu telah menyatakan bahawa 'Mengejar ilmu pengetahuan dengan bersungguh-sungguh adalah satu tugas yang sangat mulia untuk setiap orang Islam lelaki dan perempuan dan kelebihan orang yang berilmu berbanding dengan orang warak umpama matahari berbanding bintang-bintang yang lain'? " Terkedu gabenor tersebut mendengar 'syarahan' Muhammad Asad, sambil berkata, "Tetapi anda seorang Islam ... ". Muhammad Asad ketawa dan membalas, "Tidak, saya bukan seorang Islam, tetapi saya telah melihat keindahan Islam yang menjadikan saya rasa marah melihat anda 'membazirkannya'... maafkan saya jika telah bercakap dengan kasar... " Gabenor tersebut menggelengkan kepalanya, "Tidak, ianya sebagaimana yang saya katakan tadi; anda ialah seorang Islam, hanya anda tidak mengetahuinya... " Kata-kata Gabenor itu rupanya terus bermain dalam kepalanya buat satu jangkamasa yang lama.

Detik-Detik Keislamannya

Pada tahun 1926, Muhammad Asad telah kembali ke Berlin, Jerman. Negara-negara Eropah pada masa tersebut baru pulih daripada inflasi buat beberapa tahun. Justeru, kemakmuran kehidupan mudah kelihatan di mana-mana. Selepas beberapa peristiwa yang disebut di atas, Muhammad Asad dengan isterinya semakin intensif melakukan pencarian. Mereka kerap membaca al-Qur’an bersama dan membincangkan idea-idea al-Qur'an. Mereka semakin tertarik terhadap mesej-mesej yang terdapat dalam al-Qur'an, khususnya betapa eratnya ajaran akhlak al-Qur'an dan idea praktikal al-Qur'an untuk kehidupan harian manusia.

Pada satu hari, semasa dia dan isterinya menaiki keretapi di Berlin, mereka mengalami satu suasana yang ganjil. Mereka menaiki keretapi kelas pertama. Di depan Muhammad Asad, duduk seorang lelaki yang berpakaian kemas kelihatan seperti seorang usahawan yang berjaya. Di haribaannya terletak sebuah beg yang bergaya dan dijarinya terdapat cincin berlian. Begitulah keadaan pasca inflasi di Eropah Tengah, kelihatan ramai orang dapat menikmati kemakmuran dan dapat kehidupan yang selesa. Namun, apabila terus mengamati suasana dalam keretapi kelas mewah tersebut, beliau dapati suatu keadaan yang menghairankannya.

Beliau menerangkan keadaan tersebut seperti berikut, "Apabila saya melihat kepada wajah lelaki tadi, saya mengesan bahawa dia tidak berada dalam keadaan yang menyenangkan. Riak wajahnya kelihatan dalam keadaan kebimbangan dan jelas tidak gembira. Matanya kelihatan memandang kosong ke hadapan dan pada bibirnya kelihatan seolah-olah menanggung keperitan tetapi bukan kesakitan fizikal. Tanpa ingin nampak biadab, saya memaling penglihatan ke tempat lain. Di sebelahnya terletak seorang perempuan yang juga kelihatan bergaya. Namun pada riak wajahnya juga kelihatan ekspresi ketidakgembiraan yang ganjil, seolah-olah dia sedang mengalami sesuatu yang menyebabkan keperitan. Kemudian saya terus memandang kepada wajah-wajah lain di sekitar kawasan tersebut yang mana kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada orang-orang yang fizikal berpakaian kemas, bergaya, cukup segala keperluan lahiriah, tetapi pada kebanyakan wajah mereka kelihatan ekspresi menanggung satu masalah dalaman yang tersembunyi dalam kehidupan mereka.

Saya baru perasan bahawa saya tidak pernah dapati begitu banyak wajah-wajah yang tidak gembira di sekitar saya. Rasa ganjil itu begitu kuat dalam diri saya sehingga saya memberitahunya pada Elsa. Elsa terus memerhati dengan penuh perhatian, kemudian dia berpaling kepada saya dengan wajah kehairanan. Dia memberitahu bahawa dia mendapati perasaan yang sama. Saya tahu bahawa apa yang mereka tidak tahu kerana jika mereka tahu, mereka tidak akan berterusan membiarkan diri mereka berterusan begitu (mengejar kehidupan seolah-olah tiada akhirnya). Mereka kelihatan tiada kepercayaan yang mengikat mereka kecuali mereka berterusan hidup demi kesenangan kebendaan, lebih banyak peralatan-peralatan canggih dan mungkin untuk mendapat lebih kuasa.

Apabila saya kembali ke rumah, kebetulan ternampak di atas meja al-Qur'an yang sedang terbuka (sebelum keluar dia telah membaca al-Qur'an tersebut). Lalu beliau pergi mengambil al-Qur'an tersebut untuk diletak pada tempat yang sesuai. Semasa ingin menutup al-Qur'an tersebut, mata saya 'terlekat' pada ayat-ayatnya. Apabila di baca ayatnya adalah seperti berikut,

                          •        • 
At-Takatsur: Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), - sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (Apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari Akhirat). (Ingatlah) Demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!


Buat seketika lidah saya kelu. Saya rasa macam kitab tersebut menggenggam tangan saya. Kemudian saya memberinya kepada Elsa, sambil mengatakan kepadanya, 'Baca ini. Bukankah ini jawapan terhadap misteri yang kita dapati di atas keretapi tadi?' Ketamakan telah menjadi manusia sentiasa dalam pencarian, mereka sentiasa tidak pernah puas. Sifat tersebut semakin lama semakin sebati dengan mereka sehingga mereka kabur terhadap aspek-aspek lain kehidupan. Hidup mereka sentiasa tidak berkesudahan, sentiasa mengejar kehidupan dan sentiasa tidak pernah ada kepuasan di atas apa yang mereka dapat. " Kini beliau telah betul-betul yakin bahawa kitab yang dia baca adalah kitab yang didatangkan oleh Yang Maha Kuasa. Kandungannya bukanlah satu hasil kebijaksanaan masyarakat Arab. Al-Qur'an memberi nilai yang lebih daripada yang dapat disampaikan oleh nabi Muhammad SAW. Keesokkannya, beliau terus berjumpa dengan Imam masyarakat Islam setempat di Berlin, lalu melafazkan "Sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad pesuruh Allah".

Peristiwa itu berlaku pada bulan September 1926. Isterinya Elsa telah memeluk Islam beberapa minggu selepas itu. Selepas isterinya memeluk Islam, mereka berdua telah ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji. Sebelum dapat mengerjakan haji, isterinya jatuh sakit. Akhirnya mereka berdua dapat menunaikan haji tersebut. Allah Maha Kaya, isterinya telah meninggal dunia selepas itu. Betapa bertuahnya isterinya itu, setelah beberapa tahun dalam 'pencarian', dia telah mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah. Sebaik sahaja mendapat hidayah, dalam keadaan yang belum ada dosa, beliau telah dipanggil oleh Allah.

Setelah menjadi orang Islam, beliau telah melakukan banyak sumbangan kepada dunia Islam. Padanya, penyebab kemunduran sosial dan budaya orang Islam sekarang adalah karena mereka secara beransur-ansur telah meninggalkan semangat ajaran Islam. Islam masih tetap ada, tetapi hanya merupakan badan tanpa jiwa. Masyarakat Islam sejak awalnya telah kuat kerana dibina atas dasar keagamaan, maka kelemahan yang terjadi kerana umat Islam telah lupa terhadap dasar keagamaannya.

Beliau mengatakan bahawa Islam telah masuk ke dalam lubuk hatinya, seperti seorang pencuri yang memasuki rumah di tengah malam. Bezanya Islam telah masuk untuk terus menetap selama-lamanya, tidak seperti seorang pencuri yang masuk rumah dan kemudiannya dengan tergesa-gesa keluar. Semenjak itu dia telah bersungguh-sungguh mempelajari apa yang seharusnya dia pelajari tentang Islam. Dia telah mempelajari Al-Qur'an dan Sunnah Rasul SAW. Dia mempelajari bahasa agama Islam dan sejarahnya, dan dia telah menekuni sebahagian besar buku-buku dan tulisan-tulisan mengenai ajaran Islam serta juga buku-buku dan tulisan-tulisan yang menentangnya. Semua itu dia lakukan selama lebih dari lima tahun di Hijaz, Madinah dan tempat-tempat lain di dunia Arab, di tempat asal ia dikembangkan untuk pertama kalinya oleh Nabi yang berbangsa Arab.

Padanya, Risalah Islam itu sangat istimewa. Bukanlah ada aspek tertentu yang menariknya kepada Islam, kerana menurutnya keseluruhan Islam itu menakjubkan. Ajarannya sangat luar biasa; sama ada dari aspek akhlak, program kehidupan yang praktikal - sukar untuk dijelaskan, seolah-oleh ikatannya erat antara satu sama lain dalam membentuk sistem ajaran yang mengkagumkan. Islam umpama satu struktur senibina yang sempurna, di mana setiap bahagian saling melengkapi dan saling menyokong secara cukup harmonis. Tiada yang terlebih dan tiada yang terkurang, yang menghasilkan satu perimbangan yang sempurna dan binaan yang kukuh.

Thursday, June 3, 2010

ORANG YANG MEMBANTU MASALAH ORANG LAIN AKAN DIBANTU ALLAH MASALAHNYA DALAM DUNIA DAN AKHIRAT


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَنْ ‏ ‏نَفَّسَ ‏ ‏عَنْ مُؤْمِنٍ ‏ ‏كُرْبَةً ‏ ‏مِنْ ‏ ‏كُرَبِ ‏ ‏الدُّنْيَا ‏ ‏نَفَّسَ ‏ ‏اللَّهُ عَنْهُ ‏ ‏كُرْبَةً ‏ ‏مِنْ ‏ ‏كُرَبِ ‏ ‏يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيه. رواه مسلم وأبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجه وابن حبان في صحيحه والحاكم وقال صحيح على شرطهما.
“Sesiapa yang melepaskan belenggu kesukaran saudara seIslam daripada belenggu kesukaran dunianya, nescaya Allah akan melepaskan belenggu kesukaran di akhirat kelak. Dan sesiapa yang memudahkan kepayahan (saudara seIslam) Allah akan memudahkan kepayahan dunia dan akhiratnya. Dan sesiapa yang menutup aib saudara seIslamnya, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Dan sesungguhnya Allah akan sentiasa menolong seseorang hamba-Nya, selagi mana hambanya sentiasa menolong saudaranya”. Hadis diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasa’I, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya dan Hakim dengan katanya Sahih menurut syarat-syaratnya.




• Seseorang yang menghadapi kesukaran mendesak, menyebabkan hati mereka jadi tertekan. Mereka sangat mendambakan bantuan.

• Hadis di atas menjelaskan bahawa seseorang yang membantu saudaranya yang dalam kesukaran akan mendapat balasan daripada Allah di dunia dan di akhirat kelak.

• Orang Islam akan menganggap orang Islam yang lain sebagai saudara-saudara yang harus saling membantu:

قَالَ رَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه وسلم: "الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدّ بَعْضُهُ بَعْضا. للإمام الترمذي هذا حديثٌ صحيحٌ.
Bersabda Rasulullah SAW, seorang mu’min terhadap mu’min yang lain itu adalah ibarat bangunan yang sebahagiannya mengokohkan sebahagian yang lain.


‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ‏ما يحب لنفسه. صحيح مسلم.
Nabi SAW telah bersabda: Tidak sempurna iman seseorang itu sebelum dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri


• Malah, seorang Islam yang tidak mengendahkan kesukaran saudaranya, diancam keluar daripada jemaah muslim. Dalam sebuah hadis oleh Imam Tabrani, Baihaqi, Abu Naim dan Ibnu Hibban dinyatakan,

مَنْ لَمْ يَهْتَمْ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ.
Orang yang tidak mengambil berat nasib umat Islam bukanlah dia daripada kalangan mereka.


• Justeru, didiklah jiwa kita untuk sentiasa ingin membantu sesama makhluk Allah. Latihlah fizikal kita untuk sentiasa membantu. Contohnya, jika ada sesiapa yang datang meminta bantuan, berilah sedikit jika kita tidak mampu. Contoh yang lain, jika kita tahu membaiki kereta, pastikan kita sentiasa membawa peralatan membaiki kereta untuk memberi bantuan apabila berjumpa dengan orang yang mengalami kerosakan kereta. Di sini, kita bukan hanya berniat untuk membantu tetapi kita juga menyediakan prasarana untuk bersedia membantu.


إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلَامَهُ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ، وَكُلُّ سَيِّئَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِمِثْلِهَا. - صحيح البخاري.
Apabila seseorang kamu sentiasa memperbaikan Islam kamu (dalam kes ini amalan mereka), maka setiap kebaikan yang dilakukannya, akan ditulis untuknya sepuluh sehingga tujuh ratus kali ganda. Dan setiap kejahatan yang dilakukannya akan ditulis seumpama itu. Hadis Sahih Bukhari.

Sunday, May 23, 2010

Menelusuri Sejarah Islam yang Sahih

Khususnya semasa dan selepas fitnah pembunuhan Khalifah Sayyidina Usman al-Affan, terdapat kekeliruan di dalam sebahagian daripada sejarah Islam. Sebahagian besarnya kerana wujudnya penyelewengan di dalam kefahaman Islam dan wujudnya beberapa kumpulan yang sesat. Kumpulan-kumpulan ini telah mengwujudkan versi cerita-cerita mengikut apa yang boleh menampakkan kelebihan kumpulan mereka.

Justeru, apabila kita hendak cuba memahami kedudukan Sahabat-Sahabat Rasulullah saw dalam menghadapi zamannya ianya menjadi keliru; contohnya kenapa berlakunya peperangan Jamal dan Siffin (di antara kumpulan Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyyah)? Kenapa Sayyidina Hasan menyerahkan kekuasaan kepada Sayyidina Muawiyyah? Benarkah Sayyidina Usman banyak memberi jawatan kepada kaum kerabatnya? Kenapakah Sahabat-Sahabat besar tidak memberi perlindungan kepada Sayyidina Usman semasa beliau dibunuh? Selain daripada itu, adakah Sayyidina Ali memberi Bi’ait kepada Sayyidina Abu Bakar semasa dilantik menjadi Khalifah? Adakah Sayyidina Umar memecat Khalid al-Walid kerana cemburu dengan kehebatannya di medan perang? Malah peristiwa-peristiwa semasa pemerintahan bani Umaiyyah dan Abbasiyyah lebih mengelirukan lagi kerana pengaruh Syiah, Khawarij, serta berbagai kefahaman lain yang telah lebih kuat menapak pada masa tersebut.

Mujurlah, Islam sangat menekankan konsep “isnad”. Isnad adalah satu konsep atau mekanisma di mana satu-satu cerita yang disampaikan mestilah dibawa daripada satu generasi kepada generasi seterusnya oleh pembawa-pembawa yang dikenali ke-tsiqah-an (kebolehpercayaan; sama ada daripada aspek keimanan/keislaman, ingatan, keamanahannya dan sebagainya). Justeru, penulis-penulis sejarah yang sahih, perlu memastikan kesahihahan isnad dan tidak mencampurkan dengan cerita yang didengar-dengar hatta ianya sangat popular dalam masyarakat.

Dengan itu, jika berlaku kekeliruan dalam satu-satu riwayat (cerita), maka hendaklah kembali kepada disiplin isnad. Antara penulis sejarah Islam yang sangat menjaga kesempurnaan Isnad dalam sejarah yang ditulisnya adalah al-Hafizh Abul Fida' Ibnu Katsir (atau dikenali dengan Ibnu Katsir sahaja). Kitab sejarahnya bertajuk, “al-Bidayah wan-Nihayyah (permulaan dan akhiran)”. Sejarahnya bermula dari alam syurga (semasa zaman Nabi Adam) sehinggalah selepas kiamat (alam akhirat).
Saya baru menghabiskan satu buku yang diringkas dari buku Ibnu Katsir dan hanya menyorot zaman Khulafah ar-Rashiddun. Buku itupun sudah memakan bilangan mukasurat melebihi 500 helai. Walaupun ianya masih terbawa-bawa gaya penulisan sejarah Islam yang klasik, dipenuhi dengan isnad – ianya masih seronok dibaca. Ini adalah kerana kita dapat menghalusi perbahasan tentang kekeliruan sejarah, lalu dipersembahkan kisah-kisah yang mempunyai isnad yang terpercaya. Buku ini telah ditahqiq dan disusun kembali oleh Dr. Muhammad bin Shamil as-Sulami. Diterbit dan diterjemahkan oleh Darul Haq, Jakarta.



Mengenai pendekatan penulisan Ibnu Katsir, di dalam pengenalan buku tersebut ditulis, bahawa beliau bersandar kepada referensi terpercaya dan sumber-sumber sejarah yang berasal dari riwayat-riwayat yang shahih dan bisa dipertanggung jawabkan. Beliau berkata, "Kami tidak akan menyebutkan riwayat-riwayat israiliyyat (riwayat-riwayat Bani Israil), kecuali yang telah diizinkan oleh syariat untuk dinukil yang tidak menyelisihi al-Qur'an dan sunnah RasulNya, dan inilah bagian dari hal-hal yang tidak boleh dibenarkan ataupun didustakan yang biasanya menceritakan secara lebih luas berita-berita ringkas yang terdapat dalam agama kita, seperti penyebutan nama yang tidak disebutkan dalam syariat kita, yang hakikatnya tidak begitu penting untuk kita ketahui detailnya, maka dalam hal ini kami akan sebutkan sebagai pelengkap saja bukan sebagai hujjah yang akan dijadikan sebagai landasan, sebab sandaran sebenarnya hanyalah al-Qur’an yang mulia dan riwayat-riwayat yang dinukil secara shahih ataupun hasan, adapun riwayat-riwayat yang lemah akan kami jelaskan kelemahannya."

Berikut saya petik sebahagian daripada kekeliruan dan jawapan daripada buku tersebut secara ringkas;

Adakah Sayyidina Ali dan Az-Zubair Membaitkan Sayyidina Abu Bakar semasa dilantik sebagai Khalifah?

AI-Hafizh Abu Bakar al-Baihaqi berkata, “Kami diberitahukan oIeh Abul Hasan Ali bin Muhammad al-Hafizh al-Isfirayini, dia berkata, telah berkata kepada kami Abu Ali aI-Husain bin Ali aI-Hafizh, dia berkata, teIah berkata kepada kami Abu Bakar Muhammad Ibnu Ishaq bin Khuzaimah, dan Ibrahim bin Abi Thalib, keduanya berkata, telah berkata kepada kami Bandar bin Bassyar, telah berkata kepada kami Abu Hisyam al-Makhzumi, dia berkata, telah berkata kepada kami Wuhaib, dia berkata, telah berkata kepada kami Dawud bin Abi Hind, dia berkata, Kami diberitakan dari Abu Nadhrah dari Abu Sa'id al-Khudri ra., dia berkata, 'Ketika RasuIullah wafat, orang-orang berkumpul di rumah Sa’ad bin Ubadah. Sementara di tengah mereka hadir Abu Bakar dan Umar radiaLlah anhuma. Maka seorang pembicara berdiri dari kalangan Anshar sambil berkata, 'Tahukah kalian bahwa Rasulullah dari golongan Muhajirin, dan penggantinya dari kaum Muhajirin juga, sedangkan kami adalah penolong Rasulullah saw sekaligus penolong orang yang menggantikan posisinya, maka berdirilah Umar dan berkata, 'Sesungguhnya pembicara kalian benar! Jika kalian katakan selain itu, maka kami tidak akan membai'at kalian, lalu Umar segera meraih tangan Abu Bakar sambil berkata, 'Inilah pemimpin kalian, bait'atlah dia.' Umar mulai membai'atnya lalu diikuti oleh kaum Muhajirin dan Anshar. Setelah itu Abu Bakar naik ke atas mimbar, kemudian ia mencari azZubair di antara kaum muslimin namun tidak menemukannya. Maka seseorang diperintahkan untuk memanggil Zubair. Tak lama kemudian Zubair datang menghadapnya. Abu Bakar berkata, 'Wahai pengawal dan sepupu Rasulullah, apakah kamu ingin memecah belah persatuan kaum muslimin?'

az-Zubair menjawab, 'Janganlah engkau menghukumku wahai khalifah Rasul!' Az-Zubair segera berdiri dan membaiatnya. Kemudian Abu Bakar tidak pula melihat Ali, maka beliau perintahkan agar memanggil Ali. Tak lama kemudian Ali datang. Abu Bakar berkata padanya, 'Wahai sepupu Rasulullah dan menantunya apakah engkau ingin memecah belah persatuan kaum muslimin?' Ali menjawab, 'Tidak, janganlah engkau menghukumku wahai Khalifah Rasulullah!' Maka Ali segera membai'atnya. Begitulah yang sebenarnya terjadi dan seperti itulah kira-kira maknanya.

Dalam riwayat ini banyak sekali manfaat besar yang dapat dipetik diantaranya, tentang bai'at Ali terhadap Abu Bakar. Kejadian ini terjadi di hari pertama ataupun di hari kedua setelah Rasulullah wafat. ltulah pendapat yang benar, sebab Ali bin Abi Thalib ra tidak pernah berpisah dengan Abu Bakar ash-Shiddiq sesaatpun, dan Ali sendiri tidak pernah berhenti shalat di belakangnya. Sebagaimana yang akan kami sebutkan nanti. Bahkan Ali turut keluar bersamanya menuju DzuI Qashshah ketika Abu Bakar ash-Shiddiq menghunus pedangnya ingin menumpas orang-orang yang murtad, sebagaimana yang kelak akan kami terangkan.

Adakah Sayyidina Umar Memecat Khalid al-Walid kerana Mencemburui Kehebatannya?
Ketika Abu Ubaidah menaklukkan Homs dia mengutus Khalid bin al-Walid menuju Qinnasrin. Ketika Khalid sampai di sana para penduduk bangkit segera menyerbunya dan ikut pula bersama mereka kaum Nasrani Arab, maka Khalid bangkit menyerang mereka dengan sengit, bahkan Khalid berhasil membunuh sebahagian besar dari pasukan mereka, jika pasukan itu berasal dari Romawi maka Khalid langsung menghabisi mereka, bahkan dia berhasil membunuh pemimpin mereka Minad, sedangkan Warga Arab mendapat pengampunan dari Khalid setelah mereka datang minta maaf kepadanya dan mengatakan bahwa peperangan yang mereka lakukan bukanlah berdasarkan dari keinginan mereka sendiri, setelah itu Khalid terus berjalan ke kota, namun penduduk kota bersembunyi dibalik benteng, Khalid berkata kepada mereka, "Walaupun kalian berlari ke atas langit sekalipun pasti Allah akan membawa kami kepada kalian atau Dia akan turunkan kalian dan menyerahkan kalian kepada kami," KhaIid masih terus mengepung mereka hingga akhirnya berhasil menaklukkan benteng, alhamdulillah.

Ketika berita mengenai keberhasilan Khalid sampai kepada Umar, Umar berkata, "Semoga Allah merahmati Abu Bakar, ia lebih mengenal prajurit yang dipilihnya daripada aku. Demi Allah sesungguhnya aku tidak mencopot Khalid disebabkan suatu hal yang mencurigakan dari dirinya, namun aku takut manusia terlalu bergantung dengannya."

Sikap Sahabat Terhadap Pembunuhan Sayyidina Usman ra
Jika ada yang mengatakan, bagaimana Utsman dapat terbunuh padahal di sana terdapat banyak sahabat senior r.anhum? Ada beberapa jawaban.
1. Bahwa banyak di antara mereka bahkan hampir semua tidak menyangka bahwa mereka akan membunuhnya. Karena kelompok tersebut tidak bermaksud ingin membunuhnya, namun ingin menuntut tiga perkara: dia mengundurkan diri atau menyerahkan Marwan bin Hakam kepada mereka atau dia akan dibunuh. Para sahabat mengira bahwa ia akan menyerahkan Marwan atau melepaskan jabatan khalifah sehingga dapat terlepas dari keterjepitan tersebut.
2. Adapun pembunuhan tak seorang pun di antara mereka menyangka akan terjadi dan juga tidak menyangka mereka akan bertindak sejauh itu, sehingga terjadilah apa yang terjadi.
3. Bahwa para sahabat telah melarang mereka dengan larangan yang keras. Namun setelah Utsman sangat terjepit, beliau memerintahkan agar masyarakat menahan tangan mereka dan menyarungkan pedang, sehingga mereka dengan leluasa dapat melaksanakan apa yang mereka inginkan. Tetapi tidak seorang pun yang menyangka mereka akan tega membunuhnya.
4. Orang-orang Khawarij mengambil kesempatan ketika kebanyakan penduduk Madinah tidak berada di tempat pada musim haji dan tentara tidak datang untuk memberikan pertolongan, sehingga dengan demikian mereka - semoga Allah menghinakan mereka - memperoleh kesempatan untuk melakukan tindakan yang sangat mengerikan tersebut.
5. Rombongan kaum Khawarij tersebut mencapai dua ribu orang, mungkin penduduk Madinah tidak sebanyak bilangan ini. Sementara rombongan tersebut terdiri dari orang-orang yang datang dari berbagai tempat. Kebanyakan para sahabat mengasingkan diri dari fitnah ini dan lebih banyak tinggal di rumah. Kalaupun mereka menghadiri masjid, mereka membawa pedang dan meletakkan di dekatnya jika sedang duduk. Orang-orang Khawarij telah mengepung rumah Utsman ra dan sudah tidak mungkin mereka menghalaunya. Namun para pembesar sahabat telah mengirim anak-anak mereka untuk membela Utsman ra. Masyarakat tidak dikejutkan kecuali di saat mereka telah menguasai rumah dan telah membakar pintu serta telah masuk melalui dinding hingga membunuh beliau.
6. Adapun yang disebutkan sebagian orang bahwa beberapa orang sahabat menyerahkan beliau dan ridha atas pembunuhan tersebut adalah riwayat yang tidak sah. Tidak seorang pun dari kalangan sahabat yang ridha dengan terbunuhnya Utsman bin Affan ra. Bahkan mereka semua benci, marah dan mencela para pelakunya.

Katakan kepadanya, "Utsman melarang para sahabat untuk membelanya karena beberapa alasan yang terpuji:
1. Karena ia telah mengetahui dari sabda Rasulullah saw, bahawa ia akan terbunuh secara zhalim dan Rasulullah saw memerintahkannya agar bersabar. Ketika para pemberontak mengepung rumahnya maka ia yakin bahwa ia akan terbunuh. Karena apa yang dikatakan Rasulullah saw pasti akan menjadi kenyataan. Kemudian ia telah berjanji untuk bersikap sabar maka ia pun menepati apa yang telah ia janjikan. Jika ia meminta bantuan untuk menolongnya berarti bertentangan dengan sikap sabar yang telah ia tekadkan.
2. Utsman mengetahui bahwa pada waktu itu jumlah para sahabat sangat sedikit dan kelompok yang ingin membunuhnya berjumlah lebih banyak. Jika ia mengizinkan mereka untuk memerangi pemberontak tersebut tentunya banyaklah para sahabat yang akan menjadi korban. Oleh karena itu ia membiarkan dirinya menjadi korban untuk menyelamatkan sahabat yang lain. Ia adalah pemimpin dan pemimpin wajib melindungi rakyatnya dengan segenap kemampuan. Di samping itu ia telah mengetahui bahwa ia akan terbunuh sehingga ia dapat menyelamatkan mereka semua.
3. Utsman mengetahui bahwa ini adalah sebuah fitnah. Dan jika fitnah telah mengarah kepada penghunusan pedang maka tidak ada jaminan bahwa orang-orang yang tidak berdosa tidak menjadi korban. Utsman tidak memerintahkan sahabat-sahabatnya untuk menghunus pedang dalam fitnah ini. Ini juga merupakan tanda kasih sayang Utsman kepada para sahabatnya. Memang benar, dalam fitnah ini harta terampas dan kehormatan telah dirobek tetapi dengan begitu Utsman melindungi semua para sahabatnya.
4. Utsman memilih untuk bersabar dan tidak meminta pertolongan agar para sahabatnya menjadi saksi atas kezhaliman, penentangan terhadap perintahnya dan penumpahan darahnya dengan tanpa alasan yang benar. Karena orang-orang mukmin adalah saksi atas apa yang terjadi di atas bumi, tetapi ia tidak suka darah kaum muslimin lainnya tertumpah karena dirinya dan tidak menggantikan Rasulullah saw memimpin umatnya dengan menumpahkan darah seorang muslim.


Peristiwa Sebelum Perang Jamal (diantara pasukan Sayyidina Ali dengan Sayyidatina Aisyah/AzZubair/Talhah)

Ali ra mengirim al-Qa'qa' sebagai utusan untuk menemui Thalhah dan az-Zubair di Bashrah mengajak mereka berdua untuk berdamai dan bersatu dan memperingatkan bahaya berpecah belah dan berselisih. AI-Qa'qa' berangkat ke Bashrah dan pertama-tama ia menemui 'Aisyah Ummul Mukminin r.ha. la berkata, “Wahai Ummul Mukminin, apa gerangang tujuan anda datang ke negeri ini?"

"Hai bunayya, untuk mengadakan perdamaian di antara manusia!" jawab 'Aisyah.

Lalu al-Qa'qa' meminta kepadanya agar mengirim seseorang kepada Thalhah dan az-Zubair agar bisa hadir bersamanya di situ. Singkat cerita keduanya pun hadir. AI-Qa'qa' berkata, "Aku bertanya kepada Ummul Mukminin 'Aisyah r.ha, apa gerangan tujuannya datang ke negeri ini?" la menjawab, "Sesungguhnya aku datang untuk mengadakan perdamaian di antara manusia." ThaIhah dan az-Zubair berkata, "Kami juga demikian."

AI-Qa'qa' berkata, "Ceritakan kepadaku bagaimana bentuk perdamaian tersebut dan atas dasar apa? Demi Allah jika kami pandang baik tentu kita akan berdamai. Jika kami pandang mungkar kita tidak akan bisa berdamai." Thalhah dan az-Zubair berkata, “Para pembunuh Utsman, jika mereka dibiarkan berarti kita meninggalkan al-Qur'an." Al Qa'qa' berkata, "Kalian telah menghabisi para pembunuh Utsman dari kalangan penduduk Bashrah. Sebelum menghabisi mereka kalian berdua lebih dekat kepada keistiqamahan daripada hari ini. Kalian telah menghabisi enam ratus orang dari mereka. Lalu membangkitkan kemarahan enam ribu orang yang menuntut balas terhadap kalian dan memisahkan diri dari kalian. Mereka keluar dari pihak kalian. Kalian menuntut Hurqush bin Zuhair, akan tetapi enam ribu orang melindunginya. Jika kalian membiarkan mereka maka kalian telah memperoleh seperti apa yang kalian harapkan. Namun jika kalian memerangi mereka maka mereka akan menimpakan atas kalian apa yang kalian khawatirkan. Dan kalian memecah belah urusan ini lebih parah daripada perdamaian yang ingin kalian usahakan dan kalian berkumpul karenanya."

Yakni tujuan yang kalian inginkan yaitu membunuh para pembunuh Utsman adalah sebuah maslahat. Akan tetapi akan menimbulkan mafsadat (kerusakan) yang lebih besar. Sebagaimana halnya kalian tidak mampu menuntut balas atas darah Utsman dari Hurqush bin Zuhair karena enam ribu orang membelanya dan menghalangi orang yang hendak membunuhnya, tentu alasan Ali membiarkan para pembunuh Utsman untuk sementara lebih berhak diterima. Karena beliau menunda penuntutan balas atas darah Utsman sampai beliau dapat menguasai mereka. Karena tiap-tiap daerah masih berselisih dalam menentukan sikap. Kemudian al-Qa'qa' mengabarkan kepada mereka bahwa sejumlah pasukan dari Rabi'ah dan Mudhar telah bersatu untuk memerangi mereka disebabkan persoalan yang telah terjadi ini.

Ummul Mukminin ‘Aisyah r.ha berkata kepadanya, “Lalu bagaimana menurut pendapatmu?” AI-Qa’qa' menjawab, “Menurutku solusi masalah ini adalah meredakan ketegangan! Jika keadaan sudah tenang barulah para pembunuh Utsman dapat diringkus. Jika kalian sepakat maka itu adalah alamat kebaikan, rahmat dan kemenangan. Jika kalian tidak sepakat dan tetap bersikeras maka itu adalah alamat keburukan dan lenyapnya kekuasaan ini. Utamakanlah keafiatan dan kesalamatan niscaya kalian akan memperolehnya. Jadilah kunci kebaikan sebagaimana halnya kalian dahulu. Janganlah bawa kami kepada bala sehingga kalian harus menghadapinya dan Allah membinasakan kita semua.

Demi Allah aku mengutarakan maksud ini dan mengajak kalian kepadanya. Aku khawatir masalah ini tidak akan selesai hingga Allah menimpakan kemarahannya terhadap umat ini yang minim perbekalannya lalu terjadilah apa yang terjadi. Sesungguhnya masalah yang terjadi ini sangatlah besar. Bukan sekedar seorang lelaki membunuh seorang lelaki lainnya atau sekelompok orang membunuh seorang lelaki atau satu kabilah membunuh seorang lelaki!

Mereka berkata, “Engkau benar, kembalilah! Jika Ali datang dengan membawa pemikiran seperti yang engkau utarakan niscaya urusan ini akan selesai. Maka al-Qa'qa’ pun kembali kepada Ali dan mengabarkan apa yang terjadi. Ali takjub mendengarnya. Orang-orang pun berharap perdamaian dapat diwujudkan. Sekelompok orang ada yang tidak suka dan sekelompok lainnya ada yang suka.

'Aisyah r.ha mengirim berita kepada Ali untuk menyampaikan bahwa sesungguhnya ia datang untuk berdamai. Maka kedua belah pihakpun bergembira menyambutnya. Lalu Ali bangkit dan berkhutbah menyebutkan perkara jahiliyah, kerugian dan perangai-perangai jahiliyah. Lalu menyebutkan Islam, kebahagiaan para pemeluknya dengan persatuan dan jama'ah. Menyebutkan bahwa Allah telah mengumpulkan mereka sepeninggal Rasulullah saw di bawah kepemimpinan Abu Bakar ash-Shiddiq ra. Kemudian setelah itu Umar bin al-Khaththab ra kemudian Utsman ra. Kemudian terjadilah malapetaka yang menimpa umat ini. Sebagian orang mengejar keuntungan dunia dan hasad terhadap orang-orang yang Allah beri nikmat atasnya dan atas keutamaan yang Allah karuniakan kepadanya. Lalu mereka ingin menolak Islam dan beberapa perkara lain di belakangnya. Akan tetapi Allah akan melaksanakan ketetapanNya.

Kemudian Ali berkata, "Ketahuilah, esok hari aku akan berangkat maka berangkatlah bersamaku. Dan jangan ikut bersamaku orang yang terlibat dalam pembunuhan Utsman!"

Ketika para sahabat r.anhum sepakat berdamai dan orang-orang yang terlibat dalam pembunuhan Utsman mendengar khutbah Ali ra, mereka khawatir atas keselamatan diri mereka. Maka berkumpullah sejumlah tokohnya, diantaranya al-Asytar an-Nakhai, Syuraih bin Aufa, Abdullah bin Saba' yang dikenal dengan sebutan Ibnu Sauda', Salim bin Tsa'labah, 'Alba' bin al-Haitsam dan lain-lain bersama dua ribu lima ratus pendukung mereka. Tidak ada seorangpun dari mereka yang berasal dari sahabat nabi. Mereka berkata, "Bagaimana pendapat kalian? Demi Allah Ali lebih tahu tentang Kitabullah dan ia termasuk orang yang menuntut para pembunuh Utsman. Dan ia lebih kuasa untuk meringkus kita. Dan ia telah mengatakan seperti yang kalian dengar sendiri. Besok ia akan mengumpulkan manusia untuk meringkus kalian. Sesungguhnya yang mereka cari adalah kalian semua! Lalu apa yang kalian lakukan sedangkan jumlah kalian sedikit dibanding jumlah mereka yang sangat banyak!?"

AI-Asytar berkata, "Kita sudah tahu bagaimana sikap Thalhah dan azZubair terhadap kita, adapun sikap Ali baru kita ketahui hari ini. Apabila mereka berdamai maka artinya mereka sepakat untuk menghabisi kita. Jika demikian adanya maka kita habisi Ali seperti halnya Utsman, niscaya fitnah akan kembali bergejolak dan mereka akan membiarkan kita." Ibnu Sauda' berkata, "Sungguh buruk pendapatmu itu! Seandainya kita menghabisi Ali pasti habislah kita! Kita semua wahai para pembunuh Utsman berjumlah dua ribu lima ratus orang. Sedang Thalhah dan az-Zubair bersama para pendukungnya berjumlah lima ribu orang. Kalian tidak akan mampu menundukkan mereka dan mereka sesungguhnya menginginkan kalian!"

'Alba' bin al-Haitsam berkata, "Biarkanlah mereka, marilah kita kembali dan berlindung di beberapa negeri dan mempertahankan diri dari orang yang menyerang kita," Ibnu Sauda' berkata, "Sungguh buruk perkataanmu itu! Demi Allah kalau begitu kita akan diburu-buru orang banyak" Kemudian Ibnu Sauda' -semoga Allah memburukkannya- berkata, "Wahai kaum, tidak ada kemenangan bagi kalian kecuali berbaur dengan orang-orang. Jika mereka bertemu maka nyalakanlah api peperangan di antara mereka. Jangan biarkan mereka berdamai! Orang-orang yang bersama kamu tidak punya pilihan lain kecuali mempertahankan diri. Sementara Thalhah, az-Zubair dan orang-orang yang bersamanya sibuk menuntut apa yang mereka kehendaki! Mereka akan menemukan apa yang tidak mereka sukai!"

Kemudian Ali mengirim utusan kepada Thalhah dan az-Zubair untuk menyampaikan, "Jika kalian sepakat menerima apa yang telah disampaikan oleh al-Qa'qa' bin Amru, maka tahanlah hingga kami datang untuk mempelajari masalah ini." Kemudian Thalhah dan az-Zubair mengirim jawaban tertulis, "Kami sepakat atas perdamaian yang disampaikan oleh al-Qa'qa'." Orang-orang pun merasa tenang jiwanya dan lega. Tiap-tiap orang bergabung bersama pasukannya. Keesokan sore Ali mengutus Abdullah bin Abbas ra kepada mereka. Lalu mereka mengirim Muhammad bin Thalhah as-Sajjad. Malam itu kedua pihak bermalam dalam keadaan baik-baik.

Akan tetapi para pembunuh Utsman melalui malam itu dengan seburuk-buruk keadaan. Mereka berunding dan sepakat untuk mengobarkan peperangan pada pagi buta esok hari. Mereka bangun sebelum terbit fajar, jumlah mereka sekitar dua ribu orang. Masing-masing kelompok bergabung bersama pasukannya lalu menyerang mereka dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka. Orang-orang bangun dari tidurnya dan langsung mengambil senjata. Mereka berkata, "Penduduk Kufah menyerbu kami pada malam hari, mereka mengkhianati kita!"

Mereka mengira bahwa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Sampailah keributan itu kepada Ali, beliau berkata, "Ada apa gerangan dengan mereka?" Mereka menjawab, "Penduduk Bashrah menyerbu kami!" Maka kedua belah pihak mengambil senjata masing-masing, mengenakan baju perang dan mengendarai kuda-kuda. Tidak ada seorang pun yang menyadari apa sebenarnya yang telah terjadi, itulah ketetapan Allah yang berlaku!




Selain daripada isu-isu kontroversi di sekitar sejarah Islam, buku ini juga banyak memaparkan kehebatan Islam; sama ada dari aspek keperibadian, kerendahan diri, semangat juang, etika mulia peperangan dalam Islam, kegerunan musuh terhadap kehebatan Islam walaupun penganutnya kelihatan lekeh secara luaran dan sebagainya.

Di bawah ini, sedikit petikan daripada buku tersebut yang menukilkan keperibadian salah seorang khalifah agong (yang telah mula menguasai sebahagian kekayaan dunia, namun tetap memelihara amanahnya dengan begitu bersungguh-sungguh, iaitu Khalifah Umar al-Khattab);

Umar pernah berkata, "Tidak halal bagiku harta yang diberikan Allah kecuali dua pakaian. Satu untuk dikenakan di musim dingin dan satu lagi digunakan untuk musim panas. Adapun makanan untuk keluargaku sama saja dengan makanan orang-orang Quraisy pada umumnya, bukan standard yang paling kaya di antara mereka. Aku sendiri hanyalah salah seorang dari kaum muslimin."

Jika menugaskan para gubernurnya, Umar akan menulis perjanjian yang disaksikan oleh kaum Muhajirin. Umar mensyaratkan kepada mereka agar tidak menaiki kereta kuda, tidak memakan makanan yang enak-enak, tidak berpakaian yang halus, dan tidak menutup pintu rumahnya kepada rakyat yang membutuhkan bantuan. Jika mereka melanggar pesan ini maka akan mendapatkan hukuman.

Jika seseorang berbicara kepadanya menyampaikan berita, dan ia berbohong dalam sepatah atau dua patah kalimat, maka Umar akan segera menegurnya dan berkata, "Tutup mulutmu, tutup rnulutrnu!" Maka lelaki yang berbicara kepadanya berkata, "Demi Allah sesungguhnya berita yang aku sampaikan kepadarnu adalah benar kecuali apa yang engkau perintahkan aku untuk menutup mulut.

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata, "Adapun Abu Bakar, ia tidak sedikitpun menginginkan dunia dan dunia juga tidak ingin datang menghampirinya. Sedangkan Urnar, dunia datang rnenghampirinya namun dia tidak menginginkannya, adapun kita bergelimang dalam kenikrnatan dunia."

Pernah Urnar dicela dan dikatakan kepadanya, "Alangkah baik jika engkau rnemakan rnakanan yang bergizi tentu akan rnembantu dirimu supaya lebih kuat rnembela kebenaran." Maka Umar berkata, "Sesungguhnya aku telah meninggalkan kedua sahabatku (yakni Rasulullah dan Abu Bakar, pent.) dalam keadaan tegar (tidak terpengaruh dengan dunia, pent.) rnaka jika aku tidak mengikuti ketegaran rnereka, aku takut tidak akan dapat mengejar kedudukan rnereka."

Beliau selalu memakai jubah yang terbuat dari kulit yang banyak tambalannya -sementara beliau adalah Khalifah-, berjalan mengelilingi pasar sambil membawa tongkat di atas pundaknya untuk memukul orang-orang yang melanggar peraturan. Jika beliau melewati biji atupun lainnya yang bermanfaat, maka beliau akan mengambilnya dan melemparkannya ke halaman rumah orang.

Anas berkata, "Antara dua bahu dari baju Umar, terdapat empat tambalan, dan kainnya ditambal dengan kulit. Pernah beliau khutbah di atas mimbar mengenakan kain yang memiliki 12 tambalan. Ketika melaksanakan ibadah haji beliau hanya menggunakan 16 dinar, sementara beliau berkata kepada anaknya, “Kita terlalu boros dan berlebihan.” Beliau tidak pernah bernaung di bawah sesuatu, tetapi beliau akan meletakkan kainnya di atas pohon kemudian bernaung di bawahnya. Beliau tidak memiliki kemah ataupun tenda.

Ketika memasuki negeri Syam saat penaklukan Baitul Maqdis beliau mengendarai seekor unta yang telah tua. Kepala beliau yang botak bersinar terkena matahari. Waktu itu beliau tidak mengenakan topi ataupun sorban. Kaki beliau menjulur ke bawah kendaraan tanpa pelana. Beliau membawa satu kantong yang terbuat dari kulit yang digunakan sebagai alas untuk tidur jika beliau berhenti turun. Ketika singgah di Baitul Maqdis beliau segera memanggil pemimpin wilayah itu dan berkata, “Panggil kemari pemimpin wilayah ini.” Orang-orang segera memanggilnya, ketika hadir Umar berkata padanya, “Tolong cucikan bajuku ini sekaligus jahitkan dan pinjami aku baju.” Maka dibawakan kepada beliau baju yang terbuat dari katun. Beliau bertanya, “Apa ini?” Dikatakan kepadanya bahwa baju ini dibuat dari katun. Beliau bertanya kepada mereka, “Apa itu katun?” Mereka memberitahukan kepadanya apa itu katun. Umar segera melepas bajunya lalu mencuci kemudian menjahitnya. Setelah kering beliau mengenakannya kembali. Melihat hal tersebut pemimpin wilayah itu berkata padanya, “Engkau adalah penguasa Arab, di negeri ini tidak pantas seseorang mengendarai unta.” Maka segera dibawakan kepadanya kuda yang bagus. Umar segera melepas pelana dan pedalnya lalu menaikinya. Ketika Umar mulai mengendarainya, kuda tersebut berjalan dengan liar, beliau segera memerintahkan kepada orang yang bersamanya, "Tahan kuda ini! Aku tidak mengira jika orang-orang di sini suka mengendarai setan-setan, tolong berikan untaku kembali. Setelah itu beliau turun dan kembali mengendarai untanya.

Disebutkan bahwasanya Umar ra pernah membawa tempat air di atas pundaknya. Sebagian orang mengkritiknya, namun beliau berkata, "Aku terlalu kagum terhadap diriku sendiri oleh karena itu aku ingin menghinakannya." Pernah beliau melaksanakan Shalat Isya' bersama kaum muslimin, setelah itu beliau segera masuk ke rumah dan masih terus mengerjakan shalat hingga fajar tiba."

Pada waktu tahun paceklik dan kelaparan beliau tidak pernah makan kecuali roti dan minyak hingga kulit beliau berubah menjadi hitam, beliau berkata, "Akulah sejelek-jelek penguasa apabila aku kenyang sementara rakyatku kelaparan."

Pada wajah beliau terdapat dua garis hitam disebabkan banyak menangis. Terkadang beliau mendengar ayat Allah dan jatuh pingsan karena perasaan takut, hingga terpaksa dibopong ke rumah dalam keadaan pingsan. Kemudian kaum muslimin menjenguk beliau beberapa hari, padahal beliau tidak memiliki penyakit yang membuat beliau pingsan kecuali perasaan takutnya.

Thalhah bin Ubaidillah berkata, "Suatu ketika Umar keluar dalam kegelapan malam dan masuk ke salah satu rumah, maka pada pagi hari aku mencari rumah tersebut dan aku datangi, ternyata dalam rumah itu terdapat seorang perempuan tua yang buta sedang duduk. Aku tanyakan kepadanya, "Mengapa lelaki ini (Umar) datang ke rumahmu?" Wanita itu menjawab, dia selalu mengunjungiku setiap beberapa hari sekali untuk membantuku membersihkan dan mengurus segala keperluanku." Aku berkata kepada diriku, "Celakalah dirimu wahai Thalhah, kenapa engkau memata-matai Umar?"

Aslam Maula Umar berkata, "Pernah datang ke Madinah satu rombongan saudagar, mereka segera turun di mushalla, maka Umar berkata kepada Abdurrahman bin Auf, 'Bagaimana jika malam ini kita menjaga mereka?' Abdurrahman berkata, 'Ya, aku setuju!' Maka keduanya menjaga para saudagar tersebut sepanjang malam sambil shalat. Namun tiba-tiba Umar mendengar suara anak kecil menangis, segera Umar menuju tempat anak itu dan bertanya kepada ibunya, 'Takutlah engkau kepada Allah dan berbuat baiklah dalam merawat anakmu.' Kemudian Umar kembali ke tempatnya. Kemudian ia mendengar lagi suara bayi itu dan ia mendatangi tempat itu kembali dan bertanya kepada ibunya seperti pertanyaan beliau tadi. Setelah itu Umar kembali ke tempatnya semula. Di akhir malam dia mendengar bayi tersebut menangis lagi. Umar segera mendatangi bayi itu dan berkata kepada ibunya, 'Celakalah engkau, sesungguhnya engkau adalah ibu yang buruk, kenapa aku mendengar anakmu menangis sepanjang malam?'

Wanita itu menjawab, 'Hai tuan, sesungguhnya aku berusaha menyapihnya dan memalingkan perhatiannya untuk menyusu tetapi dia masih tetap ingin menyusu.' Umar bertanya, 'Kenapa engkau akan menyapihnya?' Wanita itu menjawab, 'Karena Umar hanya memberikan jatah makan terhadap anak-anak yang telah disapih saja.' Umar bertanya kepadanya, 'Berapa usia anakmu?' Dia menjawab, 'Baru beberapa bulan saja.' Maka Umar berkata, 'Celakalah engkau kenapa terlalu cepat engkau menyapihnya?' Maka ketika shalat subuh bacaan beliau nyaris tidak terdengar jelas oleh para makmum disebabkan tangisnya. Beliau berkata, 'Celakalah engkau hai Umar berapa banyak anak-anak bayi kaum muslimin yang telah engkau bunuh.' Setelah itu ia menyuruh salah seorang pegawainya untuk mengumumkan kepada seluruh orang, Janganlah kalian terlalu cepat menyapih anak-anak kalian, sebab kami akan memberikan jatah bagi setiap anak yang lahir dalam Islam.' Umar segera menyebarkan berita ini ke seluruh daerah kekuasaannya."

Aslam berkata, "Pernah suatu malam aku keluar bersama Umar ke luar kota Madinah. Kami melihat ada sebuah tenda dari kulit, dan segera kami datangi, ternyata di dalamnya ada seorang wanita sedang menagis. Umar bertanya tentang keadaannya, dan dia menjawab, 'Aku adalah seorang wanita Arab yang akan bersalin (melahirkan) sedang tidak memiliki apapun.' Umar menangis dan segera berlari menuju rumah Ummu Kaltsum binti Ali bin Abi Thalib -istrinya-, dan berkata, 'Apakah engkau mau mendapatkan pahala yang akan Allah karuniakan kepadamu?' Segera Umar memberitakan padanya mengenai wanita yang dilihatnya tadi, maka istrinya berkata, 'Ya, aku akan membantunya.' Umar segera membawa satu karung gandum beserta daging di atas bahunya, sementara Ummu Kaltsum membawa peralatan yang dibutuhkan untuk bersalin, keduanya berjalan mendatangi wanita tersebut. Sesampainya di sana Ummu Kaltsum segera masuk ke tempat wanita itu, sementara Umar duduk bersama suaminya -yang tidak mengenal Umar sambil berbincang-bincang.

Akhirnya wanita itu berhasil melahirkan seorang bayi. Ummu Kaltsum berkata kepada Umar, 'Wahai Amirul mukminin sampaikan berita gembira kepada suaminya bahwa anaknya yang baru lahir adalah lelaki.' Ketika lelaki itu mendengar perkataan Amirul Mukminin ia merasa sangat kaget dan minta maaf kepada Umar. Namun Umar berkata kepadanya, 'Tidak mengapa.'
Setelah itu Umar memberikan kepada mereka nafkah dan apa yang mereka butuhkan lantas beliaupun pulang."

Aslam berkata, "Suatu malam aku keluar bersama Umar bin al-Khaththab ke dusun Waqim. Ketika kami sampai di Shirar kami melihat ada api yang dinyalakan. Umar berkata, 'Wahai Aslam di sana ada musafir yang kemalaman, mari kita berangkat menuju mereka.' Kami segera mendatangi mereka dan ternyata di sana ada seorang wanita bersama anak-anaknya sedang menunggu periuk yang diletakkan di atas api, sementara anak-anaknya sedang menangis, Umar bertanya, 'Assalamu alaiki wahai pemilik api.' Wanita itu menjawab, ‘Wa alaika as-Salam', Umar berkata, 'Kami boleh mendekat?' Dia menjawab, 'Silahkan!' Umar segera mendekat dan bertanya, 'Ada apa gerangan dengan kalian?' Wanita itu menjawab, 'Kami kemalaman dalam perjalanan serta kedinginan.' Umar kembali bertanya, 'Kenapa anak-anak itu menagis?' Wanita itu menjawab, 'Karena lapar.' Umar kembali bertanya, 'Apa yang engkau masak di atas api itu?' Dia menjawab, 'Air agar aku dapat menenangkan mereka hingga tertidur. Dan Allah kelak yang akan jadi hakim antara kami dengan Umar.'

Maka Umar menangis dan segera berlari pulang menuju gudang tempat penyimpanan gandum. Ia segera mengeluarkan sekarung gandum dan satu ember daging, sambil berkata, 'Wahai Aslam naikkan karung ini ke atas pundakku.' Aslam berkata, 'Biar aku saja yang membawanya untukmu.' Umar menjawab, 'Apakah engkau mau memikul dosaku kelak di hari Kiamat?' Maka beliau segera memikul karung tersebut di atas pundaknya hingga mendatangi tempat wania itu. Setelah meletakkan karung tersebut beliau segera mengeluarkan gandum dari dalamnya dan memasukkannya ke dalam periuk. Setelah itu ia memasukkan daging ke dalamya. Umar berusaha meniup api di bawah periuk hingga asap menyebar di antara jenggotnya untuk beberapa saat. Setelah itu Umar menurunkan periuk dari atas api dan berkata, 'Berikan aku piring kalian!'. Setelah piring diletakkan segera umar menuangkan isi periuk ke dalam piring itu dan menghidangkannya kepada anak-anak wanita itu dan berkata, 'Makanlah!' Maka anak-anak itu makan hingga kenyang, wanita itu berdoa untuk Umar agar diberi ganjaran pahala sementara dia sendiri tidak mengenal Umar. Umar masih bersama mereka hingga anak-anak itu tertidur pula.

Setelah itu Umar memberikan kepada mereka nafkah lantas pulang. Umar berkata kepadaku, 'Wahai Aslam sesungguhnya rasa laparlah yang membuat mereka begadang dan tidak dapat tidur'."