Sunday, November 30, 2008

PERISTIWA BERDARAH MUMBAI NOV’08: WAJAH TERORIS ISLAM BERULANG LAGI?

Sekali lagi berlaku peristiwa menyayat hati dalam lipatan sejarah malang dunia ini.  Sekumpulan 'teroris' telah melakukan serangan nekad, berkoordinasi tinggi dan dengan berperancangan teliti telah mengakibatkan kematian hampir 200 orang (mungkin akan terus meningkat) dan beratus-ratus lagi tercedera.  Semasa rencana ringkas ini ditulis, 30/11/2008, belum lagi jelas siapakah dalang di sebalik serangan tersebut.  Namun, berbagai tohmahan telah dilemparkan kepada kumpulan beragama Islam. Ada yang menuduh kumpulan ekstrim Islam dalaman, ada pula yang mengatakan al-Qaeda, teroris Islam Pakistan dan sebagainya.  Lebih malang lagi, apabila tidak kurang juga yang mengaitkan peristiwa ini dengan Islam dan terorisme.

 

 

Islam Tidak Mengajar Keganasan

 

Kepada Umat Islam, keganasan Islam sangat sukar untuk diterima.  Menghayati ajaran-ajarannya, akan didapati ianya agama yang penuh dengan salam (kesejahteraan), mengajar kepada akhlak yang mulia, menuntut untuk dimakmurkan mukabumi ini dengan ajaran-ajaran wahyu, mewajibkan umatnya melindungi bukan Islam tidak derhaka sebagaimana melindungi umat Islam yang lain, mengharamkan pembunuhan orang yang tidak bersalah (jika bersalah sekalipun, hanya kesalahan yang setimpal dan itupun hanya kerajaan/pemerintah yang berkuasa menentukannya, bukan individu atau kumpulan-kumpulan tertentu),  diajar adab-adab berperang dengan terperinci – dilarang membunuh kanak-kanak, perempuan-perempuan, orang-orang uzur, pendeta-pendeta dan sebagainya. Sehinggakan diharamkan juga orang Islam memusnahkan harta benda, pokok, meruntuh rumah kediaman, rumah ibadat dan membunuh binatang Pendeknya, ajaran samawi-Ilahi ini sangat menjaga umat daripada melakukan terorisme.

 

Lipatan sejarah, semenjak Nabi Muhammad saw telah membuktikannya.  Islam hanya berperang bila ianya diserang.  Islam hanya ingin mempertahankan dirinya sahaja atau mempertahankan umatnya daripada dijajah atau dikuasai oleh orang lain (sehingga menyebabkan mereka tidak dapat mengamalkan kehendak-kehendak agama).  Tidak ada istilah ingin menzalimi/menyeksa musuhnya.  Sehinggakan Salehudin al-Ayubi menangguhkan serangan ketika panglima musuh ditimpa sakit, malah menghantar doktor untuk merawatnya.  Sebaliknya, lihatlah apa yang musuh-musuh Islam lakukan kepada umat Islam.  Tentu tidak mudah kita lupa kepada keganasan yang melebihi kebinatangan telah diperlakukan kepada umat Islam; apa yang Israel lakukan di Shabra-Shatila (1982), Pelampau Hindu mengamuk di Gujerat (2002),  Serbia ke atas umat Islam Bosnia-Herzegovina, dan sebagainya.

Figure 1: Sabra-Shatilla (1982)

Figure 2: Sabra-shatilla

Figure 3:  Israel-Lebanon (2006)

 

 

Figure 4:  Israel-Lebanon (2006)

Figure 5:  Gujerat India (2005)

Sangat jelas bahawa penganut-penganut agama lain biasanya dapat hidup aman damai dalam negara orang Islam.  Toleransi Islam sangat tinggi kepada agama lain.  Tetapi sebaliknya dengan agama lain, Umat Islam diperlakukan dengan kejam atau sekurang-kurangnya diperlakukan sebagai masyarakat 'berkasta rendah'.  Saya pernah melihat satu temu-bual dalam CNN @ BBC (terlupa yang mana satu) temuramah dengan salah seorang ketua agama Kristian di Palestin.  Beliau menafikan sekeras-kerasnya bahawa Islam menindas mereka di sana, khususnya Baitul-Maqdis.  Malah, katanya umat Kristian dapat hidup aman-damai bersama orang Islam untuk lebih satu kurun.  Apabila Israel menjajah, katanya, mereka sudah merasa keamanan itu lagi.

 

 

Benarkan Dakwaan Islam Mempelopori Keganasan:  Merujuk Kepada Peristiwa-peristiwa Berdarah Yang dikatakan di dalami oleh Orang Islam?

 

Sudah tentu banyak musuh Islam akan mengaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang dikatakan 'teroris Islam' seperti peristiwa pembakaran keretapi yang dinaiki oleh penganut-penganut agama Hindu di Gujerat India (Feb 2002), Pengeboman Bali (Okt 2002), Peristiwa berdarah apabila tentera Chechen membuat tawanan terhadap pelajar-pelajar di Beslan, Moscow (2004), perlanggaran kapal terbang terhadap World Trade Center, USA (2001) dan beberapa peristiwa lagi sebagai bukti bahawa Islam sebenarnya melahirkan teroris.  Dalam kesempatan ringkas saya melihat semula beberapa peristiwa di atas 2-3 tahun yang lalu, jelas terdapat fakta-fakta kes yang jauh menyimpang daripada apa yang digambarkan oleh media-media antarabangsa.  Malah dalam peristiwa pembakaran keretapi di Gujerat terdapat bukti bahawa ianya dilakukan oleh pelampau Hindu itu sendiri.  (rujuk tulisan berkenaan dalam blog saya, http://ahmadsuki.blogspot.com/2007/02/tinjauan-semula-beberapa-tragedi-dunia.html)

 

 

Siapakah di Sebalik Peristiwa Berdarah di Mumbai?

 

Begitu juga dengan peristiwa berdarai di Mumbai ini, belum tentu ianya dilakukan oleh pelampau Islam.  Beberapa pakar penganalisis aktiviti teroris menyangkal dakwaan bahawa ianya dilakukan oleh kumpulan ekstrim Islam dalaman yang kecil seperti Deccan Mujahidin kerana modus operandinya canggih dan mahir.  Tidak juga al-Qaeda kerana modus operandinya berlainan.  Ada yang mengaitkan teroris Pakistan kerana penganas yang ditawan telah mengaku berasa daripada Pakistan serta didalangi oleh Laskar e-Toiba, ianya telah dinafikan keras oleh organisasi tersebut.  Pemerintah Pakistan juga telah berikrar untuk menghukum sesiapa sahaja daripada Pakistan jika benar ada bukti.  

(rujuk: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1227792513289&pagename=Zone-English-News/NWELayout).

 

Adakah Terdapat Kaitan Antara Mumbai, Ekstrimis Hindu dan BJP?

 

Dari satu aspek yang lain, antara pihak tentera India yang awal terkorban adalah ketua dan beberapa orang kanan pasukan ATS (Anti Terror Squad – Skuad anti penganas).  Ketuanya adalah Hemant Karkare dan antara orang kanannya yang terbunuh adalah Ashok Kamte dan Salaskar.  Mereka adalah antara yang menyiasat kes pengeboman di Malegoan, Maharashtra, India pada September 2008 (rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/29_September_2008_western_India_bombings).  Dalam penyiasatan tersebut mereka menemui penunjuk bahawa ianya dilakukan oleh ekstrimis Hindu.  Mereka mendapati bahawa motorsikal yang digunakan untuk pengeboman tersebut adalah dimiliki oleh seorang ekstrimis Hindu dan mereka juga menemui sebuah motosikal lain berdekatan kawasan tersebut yang juga pemilik asalnya didaftarkan atas nama salah seorang ekstrimis Hindu.  Pendedahan ini menimbulkan kemarahan daripada ekstrimis Hindu dan termasuk sayap pemuda BJP (Bharatiya Janata Party).   Kebetulan para penyiasat mendapati antara dalang utama serangan ini adalah Sameer Kulkarni, bekas ahli sayap pemuda BJP.  Semua ini menyebabkan sebahagian masyarakat mempercayai bahawa ianya berkaitan.

 

Lagipun, BJP sangat cenderung untuk mengapi-apikan elemen agama dalam kempen-kempen mereka.  Biasanya mereka akan dapat meraih keuntungan melalui peristiwa-peristiwa pergaduhan kaum/agama.  Peristiwa berdarah di Gujerat India, 2002 telah memberi kemenangan besar kepada BJP pada pilihanraya yang diadakan selepas peristiwa tersebut.  Dibeberapa tempat lain, yang menyaksikan kebangkitan kemarahan umat Hindu, biasanya akan menyaksikan kelebihan diperolehi oleh BJP.  Kini pilihanraya semakin hampir,  BJP sedang mencari-cari formula untuk menguasai pemerintahan India.  Malah BJP turut mempertahankan orang-orang yang dituduh dalam peristiwa pengeboman di Malegoan (Sept 2008).

 

Terdapat banyak lagi teori-teori yang dikemukan oleh berbagai orang.  Ada yang mengatakan bahawa penganas-penganas tersebut memakai lilitan kuning di bahu.  Lilitan kuning tersebut dikaitkan dengan ekstrimis Hindu (yang menyamar sebagai militan Islam) [Rujuk: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=19025].  Ada pula yang mengatakan Hermant Karkare di tembak daripada bangunan milik Yahudi yang juga ditawan oleh pengganas.   Selain daripada itu, ianya dikaitkan dengan Pakistan dan "India 9/11" sebagai satu pretext untuk membolehkan Amerika bertapak di Pakistan atau untuk melakukan serangan ke atas Pakistan.  Semua itu, belum dapat disahkan kesahihannya, sehinggalah penyiasatan yang adil dan menyeluruh dilakukan.

 

 

 

 

 

Bagaimana Seharusnya Melihat Kes ini?

 

Mungkin tidak ada agama suci yang membenarkan pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa.  Mungkin semua orang/negara/agama yang baik nuraninya akan membenci keganasan dan terorisme.  Justeru, dunia perlu bersatu membenterasnya dan bukannya memburuk-burukkan keadaan.

 

 Khusus di benua India dan negara-negara sekitarnya (amnya semua negara lain di dunia ini) sedang mengalami ancaman dari semasa ke semasa.  Usaha tuding-menuding kepada pihak lain tanpa bukti yang jelas sebenarnya lebih memburukkan keadaan.  Bayangkan jika keganasan ini dilemparkan kepada Islam dan diburukkan dengan gambar serta indotrinasi bahawa semua negara-negara lain dibunuh dalam peristiwa ini (melalui pembunuhan-pembunuhan tawanan antarabangsa – walaupun tawanan mungkin terbunuh oleh senjata komando India atau terperangkap dalam kebakaran).  Ianya akan mencetus 'pembencian' menyeluruh dan akhirnya menimbulkan lebih banyak keganasan.

 

Seharusnya, penyiasatan menyeluruh dan adil perlu dilakukan terlebih dahulu.  Sangat mudah memerangkap anak muda dari berbagai agama untuk bertindak tanpa rasional dalam suasana 'permusuhan agama/bangsa di India'.  Orang-Orang Hindu akan mudah di perangkap untuk 'berjihad' dengan menunjukkan betapa kejamnya orang Hindu di bakar dalam keretapi Sabormati Express di Gujarat India (Feb 2002), sedangkan ianya tidak tepat.  Begitu juga penganut Islam, betapa mudahnya mereka dapat dieksploitasi dengan gambar amukan pelampau Hindu, yang membunuh dengan sangat kejam lebih 2000 umatnya di Gujerat India. 

 

Justeru, siasatan yang rapi, menyeluruh dan adil akan dapat menentukan punca sebenar dan dalang disebalik peristiwa menyayat hati di Mumbai ini.  Dengan itu, pihak yang bersalah harus dihukum dengan hukuman berat setimpal dengan kesalahan mereka.  InsyaAllah dunia akan bersatu menyokong tindakan itu (hukuman).  Dan insyaAllah ianya akan mengurangkan elemen-elemen ekstrimisme agama dalam dunia ini.

Wednesday, November 26, 2008

Ten Ways to Increase Happiness in Marriage

Artikel ni sebenarnya saya petik daripada http://www.jenniferfayed.blogspot.com/. Ada beberapa sebab saya petik artikel ini. Sebelum itu, saya pernah petik tulisannya tentang detik-detik dramatik keislamanan beliau dalam blog ini, rujuk http://ahmadsuki.blogspot.com/2007/02/plane-crashes-led-me-to-islam-american.html. Alhamdulillah, nampaknya keislamannya beliau sangat baik. Mungkin sudah mengatasi kita semua. Beliau juga lebih senang dipanggil Sumayah Fayed (Sumayah adalah wanita pertama syahid semasa awal perjuangan junjungan besar, Nabi Muhammad saw - juga telah ku abadikan ke dalam nama salah seorang puteriku). Keduanya, saban hari nampak perceraian semakin menjadi-jadi dalam masyarakat kita. Aku mendapat maklum bahawa kadar/statistik perceraian sangat tinggi. Ketiganya, artikel ini akan terus menjadi pengingat kepada kita semua untuk terus melayari kehidupan suami-isteri dengan sebaik mungkin...



The young and excited bride-and-groom-to-be; ecstatic about the upcoming wedding and marriage and the joy that it will bring. Three to six months later, reality has set in and both spouses realize that marriage is no easy task, but one that takes a great deal of effort and patience. The following are tips for both wives and husbands, to help make the task a little less daunting, and to increase the many rewards that are possible in such a marvelous and complex relationship.

Enter the Marriage with the Right Intention and Renew this Often

Both spouses should enter the marriage with the pure intention of pleasing Allah, subhanahu wa ta'ala, in order to receive His grace and blessings. The marriage itself then becomes an act of worship and one for which both spouses will be rewarded. Allah will be pleased with them and this will be the most critical element in ensuring peace, stability and happiness throughout the marital life. It is also important to realize that when an act of worship is continued over a long period of time, it becomes necessary to renew one's intention often to remain on the correct path and to obtain the most benefit.

Remember that your Spouse has Rights
Too often Muslims treat other people outside the home with kindness and sincerity, but then behave in a very different manner when it comes to their own spouses. Muslims should always remember that one's spouse is also another brother or sister in Islam and that the rights and duties that apply to the general brotherhood (sisterhood) of Islam, should also form the basis of the marital relationship. Obviously, a spouse has rights beyond these, but there should be a clear understanding of the rights of brotherhood (sisterhood) and adherence to these principles.

Do Not Hold Unrealistic Expectations

Before marriage, people often have unrealistic ideas about their spouse-to-be, expecting perfection in all aspects. This rarely, if ever, plays out in reality and can lead to unnecessary problems and concerns. We should recall that Allah, subhanahu wa ta'ala, created humans as imperfect beings, which means that many mistakes will be made throughout a lifetime. By turning the table and expecting imperfection, we will be pleasantly surprised and pleased when our spouse is much more than we ever hoped for. This, in turn, will lead to contentment within the marriage. Emphasize the Best in Your Spouse Since no one is endowed with all of the best qualities, emphasis should be placed on the positive qualities that a spouse possesses. Encouragement, praise, and gratitude should be expressed on a regular basis, which will strengthen these qualities and be beneficial in developing others. An attempt should be made to overlook or ignore negative characteristics, as the Prophet, sallallahu alayhe wa sallam, said, "A believing man should not have any malice against a believing woman. He may dislike one characteristic in her, but may find another in her which is pleasing." (Muslim)

Be Your Mate's Best Friend

Try to think of what a best friend means and be one to your spouse. This may mean sharing interests, experiences, dreams, failures and upsets. It may involve understanding a spouse's likes and dislikes and attempting to please him or her in any way possible. A best friend is also usually someone that can be confided to trusted, and relied upon. A spouse should be the kind of friend that one would want to keep throughout life. Spend Quality Time Together It is not enough to share meals, chores and small talk together. Spouses should also find time to focus on strengthening the relationship. Often couples get busy with their own separate tasks and forget about working on one of the most important elements in life. Quality time may be anything from having a quiet, profound conversation to going for a nice long nature walk, to sharing a special hobby or project. Both spouses should enjoy the particular option chosen and distractions should be kept to a minimum.

Express Feelings Often

This is probably a very "Western" concept and one that some people may have difficulty fulfilling, but it is important to be open and honest about one's feelings, both positive and negative. The lines of communication should always be open and any concerns should be brought to the attention of the other spouse as soon as they arise. The rationale of this is that what begins as a simple concern may grow into a major problem if it is not addressed quickly and properly. The "silent treatment" has never been the remedy for anything.

Admit to Mistakes and ask for Forgiveness

Just as we ask Allah to forgive us when we make mistakes, we should also do the same with our spouses. The stronger person is the one who can admit when he or she is wrong, request pardon from the other, and work hard to improve his/her aspects that are in need of change. When a person is unwilling to do this, there will be little growth and development in the marriage.

Never Bring up Mistakes of the Past

It can be very hurting for another person to be reminded of past mistakes. In Islam, it is generally not recommended to dwell on the past. One may remember errors that were made so that they are not repeated, but this should not be done excessively. Certainly, as humans, we are not in the position to judge another person. Advice may be given, but not in a harmful manner.

Surprise Each Other at Times

This may entail bringing home a small gift or flowers, preparing a special meal, dressing up and beautifying oneself (this is not only for women), or sending a secret note in a lunchbox. A little imagination will go a long way here. The idea is to spice up the marriage and avoid getting into a dull routine that may negatively affect the marriage.

Have a Sense of Humour

This particular aspect can go a long way in preventing arguments and brightening the atmosphere of the home.me. Life is a constant stream of challenges and tests, and to approach it in a light-hearted manner will help to make the journey smoother and more enjoyable. You may also find that your spouse enjoys this characteristic and looks forward to spending time with you because of it.

Quick Tips for Discussions and Disagreements:

Begin with the intention to resolve the issue. If both spouses have this intention and plan to consult together, it is more likely that there will be a successful resolution. Remember that it takes two to quarrel. If only one person chooses not to argue, there will be no argument. Generally, the one who is wrong does most of the talking. Both spouses should not be angry at the same time. If one of the spouses becomes upset, it is best if the other tries to remain calm and collected. Never yell at each other unless the house is on fire. Of course, house fires do not occur very frequently; yelling should occur at about the same rate. Never go to sleep with an argument unsettled. This is one of the worst things that can happen in a marriage and should be avoided as much as possible. This allows hurt feelings and thoughts to linger and generally exacerbates the problem. If one spouse needs to win, let it be your mate. Do not focus on winning yourself; this is the main reason that discussions tend to become heated.

Source: www.islamway.com


Copyright © 2006 Sumayah Fayed
Authorization is given to distribute on websites for dawah (invitation to Islam) purposes in non-profit publications under the following conditions:
1. Information on this site may not be modified.
2. Copyright notice and permission notice must appear in the publication "Copyright © 2006 Sumayah Fayed. All Rights Reserved".
If use is for commercial purposes please contact the author for all other rights, which are reserved.

Copyright © 2006 Sumayah Fayed

There are Many Ways to Appear in an International Magazine...



but not many short-cuts are available in our live!

Sunday, November 9, 2008

KEHIDUPAN-KEHIDUPAN DI DALAM KEHIDUPAN INI

Menelusuri buku, "Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah", karangan Hasan Suyut, terbitan Galeri Ilmu, 2008, sangat mengasyikkan. Buku ini ditulis oleh Hasan Suyut, seorang yang awalnya sangat berjaya dalam kerjaya, tetapi akhirnya memilih kehidupan sederhana demi membesarkan anak istimewanya, Atiq Wazif, yang tidak diberi apa-apa harapan oleh pakar perubatan. Namun, beliau sekeluarga telah berikhtiar dan memohon bantuan Yang Esa, tanpa mengenal malu, malas, kos, nasib hidup, dan sebagainya - yang akhirnya membuahkan benih hasil, yang dikagumi semua orang. Hasan Suyut telah berkongsi pahit-maungnya sekeluarga dalam kembara mereka membesarkan Atiq Wazif. Selepas mengkhatam bahagian Kembara tersebut dalam buku itu, aku buat sedikit catatac pada buku tersebut,

Sesungguhnya, dlm kehidupan ini terdapat banyak kehidupan @ dimensi-dimensi kehidupan lain. Keterhadan kita untuk melihat banyak sisi kehidupan itu, mungkin mengehadkan apresiasi kita terhadap kehidupan ini & membataskan kita menyempurnakan amanah-amanah kehidupan itu.

Buku ini, insyaAllah, membawa kita menelusuri sebahagian daripada susuk-susuk kehidupan tersebut. Seterusnya menginsafkan kita betapa rencamnya kehidupan itu, yg amat harus kita hargainya.













































Sunday, October 26, 2008

Nasihat Nabi Kepada Abu Dzar (untuk kita semua!) Berkenaan Akhlak-akhlak Mulia

قلت: فما كانت صحف إبراهيم؟ قال: كانت أمثالا كلها: أيها الملك المسلط المغرور المبتلى! إني لم أبعثك لتجمع الدنيا بعضها على بعض، ولكني بعثتك لترد على دعوة المظلوم فإني لا أردها ولو كانت من كافر، وكان فيها أمثال: على العاقل ما لم يكن مغلوبا على عقله أن يكون له ثلاث ساعات: ساعة يناجي فيها ربه، وساعة يحاسب فيها نفسه، وساعة يتفكر فيها صنع الله، وساعة يخلو فيها لحاجته من المطعم والمشرب؛ وعلى العاقل أن لا يكون ظاعنا إلا لثلاث: تزود لمعاد ومرمة لمعاش، أو لذة في غير محرم، وعلى العاقل أن يكون بصيرا بزمانه، مقبلا على شأنه، حافظا للسانه، ومن حسب كلامه من عمله قل كلامه إلا فيما يعنيه؛ قلت: فما كان في صحف موسى؟ قال: كانت عبرا كلها: عجبت لمن أيقن بالموت ثم هو يفرح، عجبت لمن أيقن بالنار: ثم هو يضحك، عجبت لمن أيقن بالقدر ثم هو ينصب، عجبت لمن رأى الدنيا وتقلبها لأهلها ثم اطمأن إليها، عجبت لمن أيقن بالحساب غدا ثم لا يعمل، قلت: يا رسول الله! هل فيما أنزل عليك شيء مما كان في صحف إبراهيم وموسى؟ قال: يا أبا ذر! تقرأ {قد أفلح من تزكى - إلى قوله: صحف إبراهيم وموسى{.

قلت: يا رسول الله! أوصني، قال: أوصيك بتقوى الله فإنه رأس الأمر كله، قلت: زدني، قال: عليك بتلاوة القرآن وذكر الله، فإنه نور لك في الأرض وذكر لك في السماء، قلت: زدني، قال: إياك وكثرة الضحك! فإنه يميت القلب ويذهب بنور الوجه، قلت: زدني، قال عليك بالصمت إلا من خير، فإنه مطردة للشيطان عنك وعون لك على أمر دينك، قلت: زدني، قال: عليك بالجهاد، فإنه رهبانية أمتي، قلت: زدني، قال: أحب المساكين وجالسهم، قلت: زدني، قال: انظر إلى من تحتك ولا تنظر إلى من فوقك، فإنه أجدر أن لا تزدري نعمة الله عندك، قلت: زدني، قال: لا تخف في الله لومة لائم، قلت: زدني، قال: قل الحق وإن كان مرا، قلت: زدني، قال: ليردك عن الناس ما تعرف من نفسك، ولا تجد عليهم فيما يأتي، وكفى بك عيبا أن تعرف من الناس ما تجهل من نفسك أو تجد عليهم فيما تأتي، يا أبا ذر! لاعقل كالتدبير، ولا ورع كالكف؛ ولا حسب كحسن الخلق.

 

Aku berkata (iaitu Abu Dzar r.a), Wahai Rasulullah (saw), bagaimanakah kitab yang diturunkan ke atas Nabi Ibrahim 'alaihis-salam?  Jawab Baginda (saw): kitab itu merupakan perumpamaan-perumpamaan belaka, misalnya: Wahai raja yang angkuh yang sentiasa diuji dan terpedaya:  Aku tiada mengangkatmu menjadi raja untuk engkau mengumpul harta kekayaan bertimbun-timbun.  Akan tetapi Aku mengangkatmu menjadi raja supaya mendengar pengaduan orang yang teraniaya, lalu engkau mengadilinya, kerana sesungguhnya Aku tiada pernah menolak pengaduan orang yang teraniaya itu, sekalipun daripada seseorang kafir.

Orang yang waras fikiran, yang tiada terpengaruh oleh akal fikirannya, harus menyediakan beberapa masa; masa untuk munajat kepada Tuhan, masa untuk meneliti diri,  masa untuk merenungkan keanehan ciptaan Allah Ta'ala dan masa untuk mengurus segala keperluan diri, seperti makan-minum.

Orang yang waras fikiran, jangan sampai menghabiskan masanya kecuali kepada tiga perkara: (1) Menambah amal untuk Hari Akhirat (2) Mencari rezeki untuk penyambung hidup (3) Mengecap kelazatan bukan daripada yang haram.

Orang yang waras fikiran harus meneliti masanya. Mengambil berat terhadap urusannya, dan sentiasa memelihara lidahnya.  Barang siapa yang menjadikan tutur-bicaranya terhitung daripada amalannya, nescaya sedikit tutur-bicaranya kecuali kepada perkara-perkara yang perlu belaka.

Kemudian aku (Abu Zar) bertanya lagi: Duhai Rasulullah! Bagaimanakah pula kitab yang diturunkan ke atas Nabi Musa 'alaihis-salam?

Jawab baginda:

Kitab itu merupakan kumpulan ibarat dan tauladan belaka, umpamanya: Aku hairan bahwa manusia itu tahu ia akan mati, tetapi bagaimana pula ia terus bersuka-ria saja. Aku hairan juga bagaimana ia boleh terus gelak ketawa, sedang ia mengetahui di sana ada api neraka! Aku hairan juga bagaimana ia boleh berangan-angan besar, sedang ia tahu bahawa segala sesuatu itu berlaku dengan Qadar (ketentuan Tuhan). Aku hairan juga betapa manusia mengenal dunia dan perubahannya yang kerap, tetapi bagaimana ia boleh merasa aman dan sentosa kepadanya! Aku hairan juga betapa manusia yakin bahawa ia akan dihisab (di Hari Kiamat), tetapi ia tiada beramal!

Maka aku pun memohon agar Rasulullah berpesan kepadaku sesuatu. Maka Rasulullah berkata: Aku berpesan kepadamu agar sentiasa bertaqwa kepada Allah kerana yang demikian itu adalah pokok segala perkara.

Kemudian aku minta ditambah lagi. Maka berkata Rasulullah:

Lazimkanlah diri membaca Al-Quran, kerana ia akan menjadi cahaya untukmu di bumi, dan sebagai zikir pula di langit.

Aku minta ditambah lagi, maka Rasulullah berkata lagi: Awas, jangan sekali-kali suka banyak ketawa, kerana ia akan mematikan hati dan menghapuskan cahaya di wajah.

Kataku: Tambah lagi, duhai Rasulullah! Kata baginda: Lazimkan berdiam diri, dan apabila berbicara biarlah yang baik saja. Sikap itu akan menjauhkan syaitan daripadamu dan membantumu dalam urusan agamamu.

Kataku: Tambah lagi! Baginda berkata pula: Gemarkanlah dirimu berjihad (di jalan Allah), kerana ia rahbaniah (kependitaan) umatku.

Kataku: Tambah lagi: Katanya: Cintailah kaum fakir miskin dan dampingilah mereka itu.

Kataku: Tambah lagi! Katanya: Ambil berat terhadap orang yang lemah, dan jangan runsingkan diri dengan orang yang kukuh kedudukannya. Sebab sikap serupa itu lebih patut dan supaya engkau tidak mensia-siakan nikmat Allah terhadap dirimu.

Kataku: Tambah lagi! Katanya: Berbicara benar, meskipun pahit.

Kataku: Tambah lagi! Katanya: Hendaklah anda jauhkan diri daripada mendedahkan kelemahan onang lain, sedang anda mengetahui bahwa anda pun mempunyai kelemahan sendiri. Jangan ingkar sesuatu, sedang anda melakukan yang sama. Memadailah menjadi suatu keaiban, jika anda nampak keaiban orang, tidak nampak keaiban sendiri, anda melahirkan kesal terhadap sesuatu sedang anda sendiri melakukannya.

Sesudah itu baginda pun menepuk dadaku, seraya berujar:

Belum sempuma akal, jika tidak tahu mentadbir. Bukanlah wara', jika tidak mengekang diri. Tidak ada pangkat sebelum berbudi-pekerti luhur.

Hadis ini telah dicatitkan oleh Al-Mundziri di dalam kitabnya At-Targhib Wat-Tarhib.

Rasulullah saw Juga Bermesra dan Bergurau

Dalam suri teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, Baginda juga seorang yang mesra dan suka juga bergurau.  Seorang ulama terkenal di Pakistan, Naeem Siddiqi, di dalam bukunya, "Muhammad Pembina Umat", telah mencatat beberapa peristiwa dalam sirah mengenai sikap Baginda,

 

Pada suatu ketika Sayyidatina Aisyah rha menyediakan masakan daripada gandum, ketika itu Sayyidatina Saudah rha ada bersama-sama dan Rasulullah saw duduk di tengah-tengah mereka.  Wujud di sana suasana kemesraan, Aisyah minta Saudah mengambil sesikit makanan tersebut, tetapi Saudah enggan.  Apabila diminta berkali-kali dan Saudah tetap enggan, lantas beliau menampalkan tepung itu ke muka Saudah.  Rasulullah ketawa sambil menyuruh Saudah membalas perbuatan itu ke muka Aisyah.  Lalu Saudah membalasnya dengan disambut ketawa baginda.

 

Sayyidina Abu Bakar pernah satu ketika berpasangan dengan Rasulullah di dalam latihan renang.  Selepas itu, hujan turun dan Rasulullah bermandikan air hujan dengan memakai kain sarung.

 

Dalam suasana gembira, Rasulullah gemar bermain gendang, mengiringi nasyid yang dinyanyikan oleh kanak-kanak perempuan.

 

Pernah dua orang perempuan bernasyid bersama Aisyah, Sayyidina Abu Bakar mengherdiknya tetapi Rasulullah campurtangan dan membenarkan mereka meneruskannya.

 

Pernah ada seseorang yang datang kepada Baginda meminta seekor unta kerana ada sesuatu keperluan.  Baginda memberitahu bahawa Baginda hanya akan memberikan anak unta kepada orang tersebut.  Bila orang tersebut kelihatan semacam kecewa kerana dia memerlukan unta besar dan bukannya anak unta.  Lalu Rasulullah saw menjelaskan; semua unta (yang besar) asalnya adalah anak unta (maksudnya Baginda sebenarnya ingin memberi unta besar kepada orang tersebut).

 

Begitu juga dengan satu kisah yang agak popular.  Apabila seorang perempuan tua minta didoakan agar dia dimasukkan ke syurga nanti.  Rasulullah saw memberitahunya, bahawa perempuan tidak boleh masuk syurga.  Apabila perempuan tua itu kelihatan kecewa, Baginda memaklumkan bahawa maksud sebenar Baginda adalah walaupun seseorang itu mati dalam keadaan tua, jika dia dapat masuk syurga, dia akan jadi muda.  Dengan itu, tiada orang tua di syurga.

 

Justeru, Islam tidak menghalang kita bersuka-suka dalam batas yang diberi oleh syariat.  Pada masa yang sama tunaikan hak dan kebajikan kepada makhluk-makhluk Allah yang lain.  Juga tunaikanlah amanah sebagai khalifah Allah di mukabumi sementara ini.

Saturday, October 25, 2008

Kelebihan Orang Berilmu: Pengajaran Daripada Sirah

·        Imam Bukhari merakam di dalam kitab Sahih Bukhari tentang satu peristiwa dalam sirah untuk membuktikan bahawa orang berilmu lebih perlu diikuti berbanding pemimpin (telah diolah semula);

 

Dalam satu misi perang yang mana panglimanya adalah Khalid al-Walid (ra) dan salah seorang tenteranya adalah Ibnu Umar (ra), telah mencapai kemenangan.  Ramai musuh yang ditawan.  Dalam suasana Islam belum kuat dan ancaman daripada musuh masih banyak,  Khalid al-Walid memutuskan untuk membunuh tawanan perang.  Sebelum itu, tawanan-tawanan perang tersebut telah mengistiharkan mereka keluar daripada agama mereka.  Peristiharan itu juga bermaksud mereka ingin memeluk Islam.

 

Oleh kerana pengistiharan tersebut tidak jelas, Khalid memutuskan untuk tetap membunuh mereka.  Justeru, tawanan perang tersebut telah dibahagi-bahagikan untuk dibunuh oleh tentera-tentera Khalid.  Tentera Khalid telah mematuhi arahan ketua mereka membunuh tawanan-tawanan tersebut. Apabila tawanan untuk Ibnu Umar di bawa kepadanya, beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak akan membunuh tawanan yang telah memeluk Islam.  Beliau juga berkata, kawan-kawan rapatnya juga tidak akan membunuh tawanan-tawanan yang telah mengistiharkan keIslamannya.

 

Apabila pulang ke Madinah, perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan Rasulullah saw.  Rasulullah saw telah mengiyakan apa yang Ibnu Umar putuskan.  Sebaliknya, Baginda telah menzahirkan kekesalannya dengan keputusan Khalid al-Walid dengan menyebut, "Aku berlepas diri daripada Khalid".  Walaupun, Khalid memutuskan perkara tersebut menurut ijtihadnya, namun beliau tetap berasa sangat dukacita dengan keputusannya.  Peristiwa tersebut menyebabkan Rasulullah saw telah mengarahkan agar semua keluarga tawanan perang yang dibunuh dibayar ganti rugi.

 

·         Imam Bukhari membawa peristiwa di atas untuk menunjukkan bahawa fatwa orang berilmu lebih harus diikuti berbanding pemimpin.  Ibnu Umar sangat dikenali sebagai orang alim, yang sangat tinggi feqhnya, sehinggakan sebahagian Imam mazhab menggunakan pandangannya untuk menetapkan hukum-hukum.  Sementara Khalid al-Walid adalah panglima perang yang hebat, justeru 'kecermatan' beliau dalam memutuskan sesuatu perkara berkaitan agama tidak sebaik Ibnu Umar.
 
 Justeru, jika inginkan kebaikan yang sangat banyak, hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mengenal penat serta jemu untuk menjadi orang yang berilmu.

Wednesday, September 10, 2008

Rahmat Ramadhan: Kerugian Besar Jika Tidak Dimanfaatkan!

(dipetik dan diringkaskan daripada kitab Fadhilat Ramadhan

oleh muhaddith ulung, Maulana Muhammad Zakaria Kandhahlawi)

عن سلمان قال: خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في آخر يوم من شعبان فقال: يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم شهر مبارك فيه ليلة خير من ألف شهر جعل الله تعالى صيامه فريضة وقيام ليله تطوعا، من تقرب فيه بخصلة من الخير، كان كمن أدى فريضة فيما سواه وهو شهر الصبر، والصبر ثوابه الجنة، وشهر المواساة، وشهر يزاد فيه رزق المؤمن، من فطر فيه صائما كان له مغفرة لذنوبه، وعتق رقبته من النار، وكان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء، (sehingga akhir)

 

Salman (ra) meriwayatkan bahawa:  pada hari terakhir Syaaban, Rasulullah (saw) berkhutbah kepada kami: ' Wahai manusia, kini muncul kepadamu satu bulan yang besar (mulia), bulan yang tersangat berkat,  terkandung di dalamnya satu malam yang terlebih tinggi nilainya daripada seribu bulan.  Inilah bulannya Allah men fardhukan puasa di siang hari dan menjadikannya solat tarawikh sebagai sunnah di malam hari. Sesiapa yang ingin menghampirkan diri kepada Allah (taqarrub) melalui amalan baik di bulan ini, maka akan dibalasi kepadanya dengan ganjaran seolah-olah dia melakukan amalan fardhu di lain-lain bulan pada tahun itu. Dan barangsiapa melakukan amalan fardhu akan dibalasi kepadanya dengan tujuh puluh amalan fardhu pada bulan lain.  Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran yang sejati ialah jannah.

Inilah bulan simpati terhadap sesama lain di bulan inilah rezeki orang-orang beriman ditambah. Barangsiapa memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka kepadanya dibalasi dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan bebas daripada api neraka jahanam dan dia juga memperolehi ganjaran yang sama sebagaimana orang yang berpuasa tadi tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang yang berpuasa itu.'

 

Maka kami pun berkata: 'Ya Rasulullah! Tidak kesemua kami mempunyai sesuatu yang dapat diberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.'  Baginda menjawab: 'Allah akan mengurniakannya balasan kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar kepada orang yang berpuasa, ataupun seteguk air atau sehirup susu untuk dia berbuka puasa.

 

Inilah bulannya yang pada awalnya Allah menurunkan rahmat, dipertengahan Allah memberikan keampunanNya dan pada akhirnya Allah membebaskan hambaNya daripada api neraka Jahanam.

 

Dan di dalam bulan ini berusahalah segiat-giatnya memperbanyakkan empat perkara.  Dua diantaranya ialah untuk menyukakan Allah (swt) sedangkan yang dua lagi kamu tidak boleh lakukan tanpanya.  Perkara yang menyukakan Allah (swt) ialah kamu hendaklah memperbanyakkan membaca kalimah Toyyibah (la ilahailallah) dan beristighfar.  Dan perkara yang kamu tidak dapat lakukan tanpanya ialah kamu hendaklah bermohon kepada Allah untuk masuk syurga dan berlindung dengan-Nya daripada dicampak ke dalam neraka Jahannam. (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah di dalam Sahihnya)

 

 

 

 

Ulasan hadis oleh Syeikh al-Maulana (diringkaskan)

 

·         Hadis ini disampaikan oleh Rasulullah saw sebelum bulan Ramadhan untuk setkan minda para Sahabat (dan untuk kita semua) betapa berharganya bulan Ramadhan – jangan biarkan walaupun seketika berlalu tanpa memperolehi manfaat maksimum daripadanya.

 

·         Perintah bersolat tarawikh datang daripada Allah swt dan semua mazhab ahli Sunnah wal Jemaah bersetuju bahawa tarawikh adalah suatu sunnah.

 

·         Rebutlah peluang keemasan untuk melakukan amalan-amalan sunat sebanyaknya ianya akan digandakan dengan diberi pahala seolah-olah menunaikan amalan-amalan fardhu (nilai amalan fardhu amatlah besar nilainya di sisi Allah) dan jangan sekali-kali mencuaikan amalan fardhu.

 

·         Rebutlah peluang untuk memberi makan orang yang sedang berpuasa untuk berbuka kerana ianya sangat diutamakan dan sangat tinggi ganjarannya. 

 

·         Ramadhan adalah bulan kesabaran.  Dengan ini walaupun menghadapi kesukaran yang sangat berat ketika berpuasa, hendaklah ditanggung dengan gembira dan tabah hati, janganlah merungut-rungut sebagaimana orang melakukannya ketika cuaca panas.  Begitulah juga jika terlepas waktu sahur, janganlah mengomel-ngomel.  Jikalau kita keletihan sewaktu bertarawikh, ini juga patut dizahirkan dengan rasa kesyukuran.  Kalaulah kerana atas perkara-perkara keduniawian kita sanggup berlapar dan dahaga semata-mata untuk mencari rezeki, maka apalah sangat jika dibandingkan dengan kesukaran-kesukaran ini untuk memperolehi keredhaan Allah?

 

·         Sebagai galakan untuk kita semua, as-Syeikh al-Maulana menceritakan amalan gurunya, Maulana Ahmad Kahlil semasa bulan Ramadhan,

 

Beliau seorang yang lemah, sakit tua, walaupun begitu berkemampuan membaca satu juzuk suku al-Quran di dalam solat sunat selepas Maghrib.  Selepas itu selama setengah jam dihabiskan untuk makan dan lain-lain persediaan untuk tarawikh.  Beliau bersolat tarawikh selama dua setengah jam ketika beliau berada di India dan selama tiga jam pula tatkala tinggal di Madinah Munawwarah.  Kemudian beliau akan tidur dua atau tiga jam (mengikut musim).  Sekali lagi di dalam tahajjud beliau akan membaca al-Quran sehingga sejam setengah sebelum subuh, ketika itu beliau makan sahur.  Selepas itu beliau sibuk membaca al-Quran atau Wazifah.  Bila menjelang Subuh, beliau pun solat Subuh dan terus berada di dalam muraqabah sehingga Isyraq.  Setelah solat sunat Isyraq, beliau menulis kitab (antara kitab klasik-popular beliau adalah syarah hadis Abu Daud, Bazlul Majhud).  Sehingga tengahari lazimnya beliau akan melihat surat-suratnya dan menrencanakan jawapan-jawapannya.  Beliau akan berehat sehingga solat Zohor dan bertilawah al-Qur'an daripada Zohor hingga Asar.  Daripada Asar sehingga Maghrib beliau sibuk bertasbih dan berbual dengan mereka yang menziarahinya.

(Menurut as-Syeikh al-Maulana lagi, apalah sukarnya bagi mereka yang perlu masuk kerja pada jam lapan, sembilan atau sepuluh pagi, meluangkan sekurang-kurangnya pada bulan Ramadhan ini daripada waktu fajar sehingga masa kerja, mereka membaca Al-Qur'an)

Monday, July 28, 2008

Sentiasalah Melihat Aspek Positif

Orang Islam harus memiliki pandangan hidup yang sempurna. Pandangan hidup yang sempurna akan menentukan tindakan yang sempurna. Barangkali kisah di bawah baik untuk dijadikan pedoman. Kisah ini juga sebenarnya diceritakan oleh Dr Stephen Covey dalam buku "The Seven Habits of Highly Effective People".

Saya teringat perubahan paradigma kecil (mini-paradigm shift – berubah pandangan tentang sesuatu) yang saya alami pada satu pagi Ahad di satu laluan keretapi, New York. Orang-orang yang berada di situ duduk dengan tenang (dan senyap) – sebahagian membaca surat khabar, sebahagian sedang melamun, sebahagian berehat dengan mata tertutup. Ianya adalah satu pagi yang tenang dan tenteram suasananya.

Tiba-tiba, seorang lelaki dan anak-anaknya memasuki kawasan tersebut. Anak-anaknya sungguh bising serta nakal, justeru seluruh suanana di situ berubah.

Lelaki tersebut duduk di sebelah saya dan memejamkan matanya, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Anak-anaknya menjerit ke sana ke mari, membaling-baling sesuatu, sehinggakan ada yang menarik surat khabar orang. Ianya sangat mengganggu. Herannya, lelaki yang duduk di sebelah saya buat seolah-olah tidak tahu sahaja (tidak melakukan apa-apa untuk merubah kelakukan anak-anaknya).

Saya mula hilang sabar. Saya tidak percaya lelaki tersebut boleh buat tidak tahu sahaja. Beliau langsung tidak sensitif dengan suasana baru tersebut dan membiarkan anak-anaknya berlari liar serta tidak langsung mengambil tanggungjawabnya. Jelas kelihatan semua orang lain di tempat tersebut rasa terganggu. Akhirnya, dengan rasa tidak tertahan kesabaran, saya memalingkan muka kepada lelaki tersebut dan berkata, “Tuan, anak-anak tuan sangat menganggu ramai orang di sini. Saya hairan tuan tidak buat sesuatu untuk mengawal mereka”.

Lelaki tersebut membuka matanya, seolah-olah baru sedar tentang keadaan itu dan berkata dengan lembut, “Ya, ya anda betul. Saya sepatutnya buat sesuatu berkenaannya. Maafkan saya. Sebenarnya, kami baru pulang daripada hospital dan ibu mereka (ibu kepada anak-anaknya, iaitu isteri beliau) baru meninggal lebih kurang sejam yang tadi. Saya sebenarnya menjadi tidak keruan (tidak tahu hendak berfikir), dan saya agak mereka juga begitu”.

Bolehkah anda bayangkan apa yang saya rasa ketika itu? Paradigma saya berubah. Tiba-tiba saya melihat semuanya berbeza, oleh kerana saya melihat dengan cara berbeza, saya bertindak berbeza. Rasa sakit hati saya (sebelum ini) lenyap. Saya tidak perlu lagi bimbangkan bagaimana untuk mengawal sikap dan perangai saya. Hati saya telah dilimpahi dengan penderitaan lelaki tersebut. Rasa simpati dan belas-kesian telah mengalir dalam sanubari saya. “Isteri awak baru meninggal? Oh, maafkan saya! Boleh beritahu saya berkenaannya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Semuanya berubah dalam sekelip mata sahaja.

Berinteraksi Dengan Hadis

Hadis adalah apa sahaja yang berkenaan atau berasal daripada Rasulullah saw. Ianya mungkin dalam bentuk ucapan atau sabdaan Nabi saw, perbuatan baginda atau taqrir (persetujuan atau sebaliknya). Istilah Hadis dan Sunnah telah digunakan secara bersilih-ganti kepada kebanyakan ulama.

Menurut Maulana Muhammad Asri bin Yusoff (dalam artikel beliau, “Kedudukan Hadis Sebagai Rujukan Kedua”), hadis juga merupakan wahyu yang diturunkan daripada Allah s.w.t. selain daripada Al-Quran. Bezanya ialah Al-Quran dalam istilah ulamak dinamakan “Al Wahyu Al Jali” dan Al Hadis ialah “Al Wahyu Al Khafi” atau Al Quran dinamakan dengan “Al Wahyu Mathlu” dan Al Hadits dinamakan “Al Wahyu Al Ghairu Al Mathli”. Hakikat ini dapat dilihat di dalam ayat-ayat berikut :
Firman Allah s.w.t. bermaksud : “Tidak kami tentukan kiblat yang dahulu kamu mengadapnya melainkan supaya kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikut Rasul dan siapa yang membelot”. (Al Baqarah:143)
Ketentuan supaya berkiblat kepada Baitulmaqdis tidak terdapat di dalam Al Quran. Jadi tentu sekali ketentuan itu sampai kepada Rasulullah s.a.w. melalui saluran yang lain dan itulah dia saluran “Wahyu Khafi” atau “Al Hadits”. Rujukan artikel beliau untuk penjelasan lanjut.

Umat Islam telah dilatih agar apabila dibaca dalil/nasihat al-Qur’an atau al-Hadis, mereka akan mendengar dengan penuh perhatian, seterusnya melaksanakan apa yang disebut oleh dalil tersebut. Ini adalah kerana mereka amat jelas bahawa ayat-ayat tersebut bukan sebarangan perkataan dan bukan buku-buku biasa. Ianya adalah Firman Allah taala atau Sabda Rasulullah saw, ianya bersumberkan wahyu. Perkataan-perkataan tersebut sarat dengan nilai-nilai kudus yang tidak tertanding oleh mana-mana teks lain di dunia fana ini, hatta dikumpulkan semua sekalipun. Justeru, interaksi mereka dengan nas al-Qur’an dan al-Hadis adalah dengan penuh penghayatan. Mereka amat sedar bahawa nasihat al-Qur’an dan al-Hadislah yang akan memberi kejayaan sebenar hidup di dunia dan di akhirat;

An-Nuur 51: Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat" dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.

Justeru itulah, para sahabat menerima apa sahaja yang disampaikan berkenaan sunnah Rasulullah saw tanpa banyak pertanyaan. Begitu banyak catatan sirah berkenaan dengan sikap benar sahabat dalam berinteraksi dengan sunnah atau hadis Rasulullah saw:
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ جَاءَ إِلَى الْحَجَرِ الْأَسْوَدِ فَقَبَّلَهُ فَقَالَ إِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ لَا تَضُرُّ وَلَا تَنْفَعُ وَلَوْلَا أَنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُكَ مَا قَبَّلْتُكَ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Berkenaan (Sayyidina) Umar ra, sesungguhnya beliau apabila tiba ke tempat batu hitam (Al-Hajaratul Aswad) lalu mengucupnya. Dan beliau berkata, sesungguhnya aku tahu bahawa engkau adalah seketul batu, tidak berfaedah dan tidak juga memudharatkan, dan kalaulah tidak aku melihat Baginda Rasulullah saw mengucupmu nescaya aku tidak mahu mengucupmu.

Justeru, untuk mendapat kebaikan yang banyak daripada sumber wahyu al-Qur’an dan al-Hadis, kita hendaklah menerimanya dengan penuh perhatian, tidak seperti membaca bahan-bahan bacaan ringan. Cubalah teliti apa yang hendak disampaikan dan berusaha setakat yang termampu untuk menunaikan apa yang disarankan oleh sumber maha berharga tersebut.


Belajar Ilmu Hadis

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya “Bagaimana Berinteraksi dengan al-Sunnah” menulis bahawa,
Al-Sunnah adalah tafsiran praktis bagi al-Qur’an juga sebagai perlaksanaan yang benar dan unggul bagi Islam. Sesiapa yang ingin mengetahui manhaj praktis Islam dengan ciri-ciri dan rukun-rukunnya, hendaklah ia mengetahui secara detail penjelmaannya dalam al-Sunnah al-Nabawiyyah sama ada melalui Sunnah Qawliyyah (perkataan-perkataan Rasulullah saw), ‘Amaliyyah (perbuatan) dan Taqririyyah (pengakuan).

Justeru, umat Islam perlu mempelajari ilmu hadis untuk mendapat kebaikan maksimum hidup beragama. Ilmu hadis adalah merujuk kepada ilmu yang digunapakai untuk mengetahui dan menilai kedudukan serta martabat sesebuah hadis melalui ilmu riwayah dan dirayah-nya. Ilmu hadis riwayat merangkumi rangkaian perawi, penjagaan lafaz, pemindahan dan pengambilan hadis yang sahih dan terjaga. Ilmu hadis dirayah membincangkan kedudukan hadis dari segi matan; sama ada dari segi ‘ila (kecacatan), pertentangan/pencanggahan dan sebagainya.

Mempelajari ilmu hadis akan memberi banyak kebaikan, apatah lagi mendalaminya. Kekeliruan masyarakat, fitnah (saling menyalahkan - sehingga memecah-belahkan perpaduan), terheret dengan amalan-amalan bid'ah (ulama-ulama dahulu memberi keutamaan yang tinggi kepada permasalahan ini), terpesong daripada maksud asal ajaran, menambah keyakinan beramal, kurang bertaklid, dan banyak lagi kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya.

فَإِنّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفاً كَثِيراً، فَعَلَيْكُم بِسُنّتِي وَسُنّةِ الْخُلَفَاء الرّاشِدِينَ المَهْدِيّينَ تَمَسّكُوا بِهَا، وَعَضّوا عَلَيْهَا بِالنّوَاجِذِ، وَإِيّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأمُورِ، فَإِنّ كُلّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكلّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.
رواه أبو داود والترمذي وابن ماجه وابن حبان في صحيحه وقال الترمذي حديث حسن صحيح.
"Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat”.

Malangnya, ramai juga yang mengabaikan hadis secara sedar ataupun tidak. Malah, kelompok yang ekstrim telah membentuk fahaman mahupun gerakan anti-hadis. Mungkin kerana mereka merasakan terlalu banyak hadis yang tidak logik, bercanggah antara satu sama lain atau sebagainya. Sebaliknya orang Islam yang sejati tetap menganggap hadis sebagai sumber yang tidak boleh ditolak sama sekali. Itulah salah satu sebab ummah Nabi Muhammad s.a.w itu dinamakan ahlus sunnah wal jamaah.

Menurut Maulana Muhammad Asri Yusuff, “Walaupun dalam praktiknya Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengutamakan dan mendahulukan Al-Quran daripada Al-Hadith atau As Sunnah namun mereka tidak dinamakan Ahlul Quran atau Ahlul Kitab. Ini adalah kerana Al-Quran atau Al-Kitab itu didakwa oleh semua golongan yang mengaku Islam sebagai ikutan dan panduan serta pegangan mereka tetapi sikap mereka tentang As Sunnah adalah tidak sama. Mereka mempertikaikannya dan menolaknya sedangkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah selain dari berpegang teguh dengan Al-Quran, mereka juga berpegang dengan As Sunnah dengan memeliharanya sebaik-baiknya dan mempertahankannya. Kerana ciri inilah Ahlus Sunnah ini dinamakan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.” (Pengajian al-Hadis dan Tuntutan Masakini).

Dalam pada itu, kita perlu mempertingkatkan kedalaman ilmu hadis untuk meletakkan hadis pada kedudukan yang tepat. Terdapat berjuta kalimah yang dikatakan hadis; sebahagian besarnya telah dikaji oleh ulama-ulama hadis dan mereka telah mengkelas dan menyusunnya dalam bentuk yang tersusun dan telah mendokumentasikannya dengan kemas. Justeru, kita sekarang ini boleh mengenalpasti dengan mudah, mana satu hadis yang Sahih dan Hasan (perlu@boleh diterima), Dhoif (hadis lemah - tetapi boleh digunakan untuk buat amalan namun tidak boleh untuk dijadikan hujah atau hukum) dan hadis Maudhuk (hadis palsu - tidak boleh diterima sama sekali).

Antara motivasi besar Imam Bukhari menyusun jamik as-sahih-nya adalah apabila beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah saw. Dalam mimpinya beliau melihat lalat-lalat berterbangan berhampiran dengan Rasulullah s.a.w, lalu beliau menghalaunya. Apabila beliau menceritakan mimpinya kepada guru-gurunya, mereka memaklumkan kepada Imam Bukhari bahawa beliau akan melakukan satu usaha besar untuk menyisih dan membuang hadis-hadis yang tidak betul daripada ‘hadis-hadis’ yang dikatakan hadis Rasulullah saw.

Dr Yusuf al-Qaradhawi telah menyarankan agar umat Islam lebih memperdalamkan ilmu as-Sunnah, untuk mengelakkan ekstrim dalam agama lebih menjadi-jadi. Biasanya satu-satu ekstrim muncul bila adanya satu ekstrim yang berlawanan. Contohnya, bila hadis-hadis tertentu tidak difahami oleh kita dalam konteks yang betul, ianya boleh menyebabkan kepercayaan sebahagian puak kepada al-hadis longgar, malah mungkin menolak hadis-hadis yang sahih.


Hadis Satu Ilmu Yang Ajaib

Ulama-ulama hadis telah berjihad dan membuat pengorbanan yang besar untuk memelihara ilmu hadis dalam bentuk yang agak ajaib. Dari satu peringkat kepada peringkat seterusnya ianya dijaga dengan penuh ketelitian dan menghasilkan satu sistem penjagaan ilmu yang mengkagumkan ramai orang, sehingga kita boleh yakin dengan ilmu tersebut.
Kajian terhadap isnad membuat ulamak Islam yakin tentang perkara ini. Mereka bukan sahaja menyelidik nama-nama perawi dan latar belakangnya untuk mengetahui zaman mereka hidup, keadaan perekonomian dan persekitaran hidup mereka selain daripada perhubungan mereka dengan tokoh-tokoh yang lain. Bahkan mereka juga memastikan kualiti seseorang tokoh hadith itu dengan menguji kebenaran dan kedustaannya di samping ketelitian dan amanah mereka di dalam menukilkan matan-matan untuk dihukum siapakah diantara perawi-perawi itu yang boleh dipercayai riwayatnya.”
(Maulana Muhammad Asri, ”Pengajian Ilmu Hadis dan Tuntutan Masakini”).

Ianya telah didokumen, diisih, ditapis oleh ulama-ulama yang sangat baik akhlak, luar-biasa ingatannya, sangat tinggi displin dan sangat besar pengorbanannya. Bukan itu sahaja, ianya telah dilengkapkan dengan dokumentasi lengkap ilmu rijalu hadis[1], al-jarh wa ta’dil[2], asbabul wurud, nasikh wa mansuh dan pelbagai lagi, sehinggakan tidak ada kemungkinan untuk berlaku penyelewengan. Sehingga tiada sebab untuk kita tidak mempercayainya.

Hadits-hadits telah sampai kepada kita melalui perawi-perawi yang diketahui sebagai orang-orang yang benar dan dipercayai. Adakah kita akan teragak-agak untuk menerimanya, padahal sejarah yang langsung tidak mempunyai sanad boleh pula diterima oleh mereka, bahkan mereka memberikan ruangan yang istimewa kepada sejarah itu dengan mengadakan jabatan yang khusus mengenainya.

Sejarah-sejarah yang ada ini walau bagaimana pun tinggi kedudukannya tidak dapat menyamai selemah-lemah hadits kerana sejarah langsung tidak mempunyai sandaran yang hidup sedangkan hadits pula mempunyai sandaran dan saksi yang hidup
.” – Maulana Muhammad Asri Yusuff, ”Kedudukan al-Hadis Sebagai Sumber Rujukan Kedua Dalam Islam”.

Sangat benar kenyataan di atas; para sahabat, tabi’i dan alim-ulama di sepanjang zaman telah memelihara ilmu ini dengan penuh ketelitian dan menggunakan piawaian pemeliharaan yang sangat tinggi. Mereka sedar bahawa ilmu ini (hadis@sunnah) adalah ilmu wahyu yang perlu dipelihara keaslian dan kemurniannya. Pengorbanan yang mereka lakukan sangat luar biasa, menyebabkan ianya dapat terpelihara sebagaimana asalnya.

Alim ulama di sepanjang lipatan sejarah telah memperlihatkan sikap bijaksana dan memandang ke hadapan. Mereka telah membaca isyarat yang jelas tentang perlunya memelihara keautentikan hadis untuk generasi seterusnya apabila membaca nas-nas seperti di bawah (masih banyak nas yang seumpamanya);

Al-Hasyr 7: dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

[1] Ilmu yang membahaskan tentang sejarah hidup perawi-perawi hadis; tempat lahir, tarikh lahir, kematian, guru-guru, aliran mazhab yang diikuti, negeri yang pernah dikunjungi dan didiami serta lainnya. Ianya juga berkaitan dengan kedhabitan atau keadilan perawi, mahupun penyebab kecacatan serta keadilan perawi.
[2] Antara ilmu yang sangat penting dalam ilmu hadis. Ilmu yang membicarakan tentang kecacatan dan keadilan seseorang perawi dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Selanjutnya ia membawa kepada penolakan dan penerimaan sesebuah riwayat yang mereka bawa.