· Imam Bukhari merakam di dalam kitab Sahih Bukhari tentang satu peristiwa dalam sirah untuk membuktikan bahawa orang berilmu lebih perlu diikuti berbanding pemimpin (telah diolah semula);
Dalam satu misi perang yang mana panglimanya adalah Khalid al-Walid (ra) dan salah seorang tenteranya adalah Ibnu Umar (ra), telah mencapai kemenangan. Ramai musuh yang ditawan. Dalam suasana Islam belum kuat dan ancaman daripada musuh masih banyak, Khalid al-Walid memutuskan untuk membunuh tawanan perang. Sebelum itu, tawanan-tawanan perang tersebut telah mengistiharkan mereka keluar daripada agama mereka. Peristiharan itu juga bermaksud mereka ingin memeluk Islam.
Oleh kerana pengistiharan tersebut tidak jelas, Khalid memutuskan untuk tetap membunuh mereka. Justeru, tawanan perang tersebut telah dibahagi-bahagikan untuk dibunuh oleh tentera-tentera Khalid. Tentera Khalid telah mematuhi arahan ketua mereka membunuh tawanan-tawanan tersebut. Apabila tawanan untuk Ibnu Umar di bawa kepadanya, beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak akan membunuh tawanan yang telah memeluk Islam. Beliau juga berkata, kawan-kawan rapatnya juga tidak akan membunuh tawanan-tawanan yang telah mengistiharkan keIslamannya.
Apabila pulang ke Madinah, perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan Rasulullah saw. Rasulullah saw telah mengiyakan apa yang Ibnu Umar putuskan. Sebaliknya, Baginda telah menzahirkan kekesalannya dengan keputusan Khalid al-Walid dengan menyebut, "Aku berlepas diri daripada Khalid". Walaupun, Khalid memutuskan perkara tersebut menurut ijtihadnya, namun beliau tetap berasa sangat dukacita dengan keputusannya. Peristiwa tersebut menyebabkan Rasulullah saw telah mengarahkan agar semua keluarga tawanan perang yang dibunuh dibayar ganti rugi.
No comments:
Post a Comment