Sunday, November 30, 2008

PERISTIWA BERDARAH MUMBAI NOV’08: WAJAH TERORIS ISLAM BERULANG LAGI?

Sekali lagi berlaku peristiwa menyayat hati dalam lipatan sejarah malang dunia ini.  Sekumpulan 'teroris' telah melakukan serangan nekad, berkoordinasi tinggi dan dengan berperancangan teliti telah mengakibatkan kematian hampir 200 orang (mungkin akan terus meningkat) dan beratus-ratus lagi tercedera.  Semasa rencana ringkas ini ditulis, 30/11/2008, belum lagi jelas siapakah dalang di sebalik serangan tersebut.  Namun, berbagai tohmahan telah dilemparkan kepada kumpulan beragama Islam. Ada yang menuduh kumpulan ekstrim Islam dalaman, ada pula yang mengatakan al-Qaeda, teroris Islam Pakistan dan sebagainya.  Lebih malang lagi, apabila tidak kurang juga yang mengaitkan peristiwa ini dengan Islam dan terorisme.

 

 

Islam Tidak Mengajar Keganasan

 

Kepada Umat Islam, keganasan Islam sangat sukar untuk diterima.  Menghayati ajaran-ajarannya, akan didapati ianya agama yang penuh dengan salam (kesejahteraan), mengajar kepada akhlak yang mulia, menuntut untuk dimakmurkan mukabumi ini dengan ajaran-ajaran wahyu, mewajibkan umatnya melindungi bukan Islam tidak derhaka sebagaimana melindungi umat Islam yang lain, mengharamkan pembunuhan orang yang tidak bersalah (jika bersalah sekalipun, hanya kesalahan yang setimpal dan itupun hanya kerajaan/pemerintah yang berkuasa menentukannya, bukan individu atau kumpulan-kumpulan tertentu),  diajar adab-adab berperang dengan terperinci – dilarang membunuh kanak-kanak, perempuan-perempuan, orang-orang uzur, pendeta-pendeta dan sebagainya. Sehinggakan diharamkan juga orang Islam memusnahkan harta benda, pokok, meruntuh rumah kediaman, rumah ibadat dan membunuh binatang Pendeknya, ajaran samawi-Ilahi ini sangat menjaga umat daripada melakukan terorisme.

 

Lipatan sejarah, semenjak Nabi Muhammad saw telah membuktikannya.  Islam hanya berperang bila ianya diserang.  Islam hanya ingin mempertahankan dirinya sahaja atau mempertahankan umatnya daripada dijajah atau dikuasai oleh orang lain (sehingga menyebabkan mereka tidak dapat mengamalkan kehendak-kehendak agama).  Tidak ada istilah ingin menzalimi/menyeksa musuhnya.  Sehinggakan Salehudin al-Ayubi menangguhkan serangan ketika panglima musuh ditimpa sakit, malah menghantar doktor untuk merawatnya.  Sebaliknya, lihatlah apa yang musuh-musuh Islam lakukan kepada umat Islam.  Tentu tidak mudah kita lupa kepada keganasan yang melebihi kebinatangan telah diperlakukan kepada umat Islam; apa yang Israel lakukan di Shabra-Shatila (1982), Pelampau Hindu mengamuk di Gujerat (2002),  Serbia ke atas umat Islam Bosnia-Herzegovina, dan sebagainya.

Figure 1: Sabra-Shatilla (1982)

Figure 2: Sabra-shatilla

Figure 3:  Israel-Lebanon (2006)

 

 

Figure 4:  Israel-Lebanon (2006)

Figure 5:  Gujerat India (2005)

Sangat jelas bahawa penganut-penganut agama lain biasanya dapat hidup aman damai dalam negara orang Islam.  Toleransi Islam sangat tinggi kepada agama lain.  Tetapi sebaliknya dengan agama lain, Umat Islam diperlakukan dengan kejam atau sekurang-kurangnya diperlakukan sebagai masyarakat 'berkasta rendah'.  Saya pernah melihat satu temu-bual dalam CNN @ BBC (terlupa yang mana satu) temuramah dengan salah seorang ketua agama Kristian di Palestin.  Beliau menafikan sekeras-kerasnya bahawa Islam menindas mereka di sana, khususnya Baitul-Maqdis.  Malah, katanya umat Kristian dapat hidup aman-damai bersama orang Islam untuk lebih satu kurun.  Apabila Israel menjajah, katanya, mereka sudah merasa keamanan itu lagi.

 

 

Benarkan Dakwaan Islam Mempelopori Keganasan:  Merujuk Kepada Peristiwa-peristiwa Berdarah Yang dikatakan di dalami oleh Orang Islam?

 

Sudah tentu banyak musuh Islam akan mengaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang dikatakan 'teroris Islam' seperti peristiwa pembakaran keretapi yang dinaiki oleh penganut-penganut agama Hindu di Gujerat India (Feb 2002), Pengeboman Bali (Okt 2002), Peristiwa berdarah apabila tentera Chechen membuat tawanan terhadap pelajar-pelajar di Beslan, Moscow (2004), perlanggaran kapal terbang terhadap World Trade Center, USA (2001) dan beberapa peristiwa lagi sebagai bukti bahawa Islam sebenarnya melahirkan teroris.  Dalam kesempatan ringkas saya melihat semula beberapa peristiwa di atas 2-3 tahun yang lalu, jelas terdapat fakta-fakta kes yang jauh menyimpang daripada apa yang digambarkan oleh media-media antarabangsa.  Malah dalam peristiwa pembakaran keretapi di Gujerat terdapat bukti bahawa ianya dilakukan oleh pelampau Hindu itu sendiri.  (rujuk tulisan berkenaan dalam blog saya, http://ahmadsuki.blogspot.com/2007/02/tinjauan-semula-beberapa-tragedi-dunia.html)

 

 

Siapakah di Sebalik Peristiwa Berdarah di Mumbai?

 

Begitu juga dengan peristiwa berdarai di Mumbai ini, belum tentu ianya dilakukan oleh pelampau Islam.  Beberapa pakar penganalisis aktiviti teroris menyangkal dakwaan bahawa ianya dilakukan oleh kumpulan ekstrim Islam dalaman yang kecil seperti Deccan Mujahidin kerana modus operandinya canggih dan mahir.  Tidak juga al-Qaeda kerana modus operandinya berlainan.  Ada yang mengaitkan teroris Pakistan kerana penganas yang ditawan telah mengaku berasa daripada Pakistan serta didalangi oleh Laskar e-Toiba, ianya telah dinafikan keras oleh organisasi tersebut.  Pemerintah Pakistan juga telah berikrar untuk menghukum sesiapa sahaja daripada Pakistan jika benar ada bukti.  

(rujuk: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1227792513289&pagename=Zone-English-News/NWELayout).

 

Adakah Terdapat Kaitan Antara Mumbai, Ekstrimis Hindu dan BJP?

 

Dari satu aspek yang lain, antara pihak tentera India yang awal terkorban adalah ketua dan beberapa orang kanan pasukan ATS (Anti Terror Squad – Skuad anti penganas).  Ketuanya adalah Hemant Karkare dan antara orang kanannya yang terbunuh adalah Ashok Kamte dan Salaskar.  Mereka adalah antara yang menyiasat kes pengeboman di Malegoan, Maharashtra, India pada September 2008 (rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/29_September_2008_western_India_bombings).  Dalam penyiasatan tersebut mereka menemui penunjuk bahawa ianya dilakukan oleh ekstrimis Hindu.  Mereka mendapati bahawa motorsikal yang digunakan untuk pengeboman tersebut adalah dimiliki oleh seorang ekstrimis Hindu dan mereka juga menemui sebuah motosikal lain berdekatan kawasan tersebut yang juga pemilik asalnya didaftarkan atas nama salah seorang ekstrimis Hindu.  Pendedahan ini menimbulkan kemarahan daripada ekstrimis Hindu dan termasuk sayap pemuda BJP (Bharatiya Janata Party).   Kebetulan para penyiasat mendapati antara dalang utama serangan ini adalah Sameer Kulkarni, bekas ahli sayap pemuda BJP.  Semua ini menyebabkan sebahagian masyarakat mempercayai bahawa ianya berkaitan.

 

Lagipun, BJP sangat cenderung untuk mengapi-apikan elemen agama dalam kempen-kempen mereka.  Biasanya mereka akan dapat meraih keuntungan melalui peristiwa-peristiwa pergaduhan kaum/agama.  Peristiwa berdarah di Gujerat India, 2002 telah memberi kemenangan besar kepada BJP pada pilihanraya yang diadakan selepas peristiwa tersebut.  Dibeberapa tempat lain, yang menyaksikan kebangkitan kemarahan umat Hindu, biasanya akan menyaksikan kelebihan diperolehi oleh BJP.  Kini pilihanraya semakin hampir,  BJP sedang mencari-cari formula untuk menguasai pemerintahan India.  Malah BJP turut mempertahankan orang-orang yang dituduh dalam peristiwa pengeboman di Malegoan (Sept 2008).

 

Terdapat banyak lagi teori-teori yang dikemukan oleh berbagai orang.  Ada yang mengatakan bahawa penganas-penganas tersebut memakai lilitan kuning di bahu.  Lilitan kuning tersebut dikaitkan dengan ekstrimis Hindu (yang menyamar sebagai militan Islam) [Rujuk: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=19025].  Ada pula yang mengatakan Hermant Karkare di tembak daripada bangunan milik Yahudi yang juga ditawan oleh pengganas.   Selain daripada itu, ianya dikaitkan dengan Pakistan dan "India 9/11" sebagai satu pretext untuk membolehkan Amerika bertapak di Pakistan atau untuk melakukan serangan ke atas Pakistan.  Semua itu, belum dapat disahkan kesahihannya, sehinggalah penyiasatan yang adil dan menyeluruh dilakukan.

 

 

 

 

 

Bagaimana Seharusnya Melihat Kes ini?

 

Mungkin tidak ada agama suci yang membenarkan pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa.  Mungkin semua orang/negara/agama yang baik nuraninya akan membenci keganasan dan terorisme.  Justeru, dunia perlu bersatu membenterasnya dan bukannya memburuk-burukkan keadaan.

 

 Khusus di benua India dan negara-negara sekitarnya (amnya semua negara lain di dunia ini) sedang mengalami ancaman dari semasa ke semasa.  Usaha tuding-menuding kepada pihak lain tanpa bukti yang jelas sebenarnya lebih memburukkan keadaan.  Bayangkan jika keganasan ini dilemparkan kepada Islam dan diburukkan dengan gambar serta indotrinasi bahawa semua negara-negara lain dibunuh dalam peristiwa ini (melalui pembunuhan-pembunuhan tawanan antarabangsa – walaupun tawanan mungkin terbunuh oleh senjata komando India atau terperangkap dalam kebakaran).  Ianya akan mencetus 'pembencian' menyeluruh dan akhirnya menimbulkan lebih banyak keganasan.

 

Seharusnya, penyiasatan menyeluruh dan adil perlu dilakukan terlebih dahulu.  Sangat mudah memerangkap anak muda dari berbagai agama untuk bertindak tanpa rasional dalam suasana 'permusuhan agama/bangsa di India'.  Orang-Orang Hindu akan mudah di perangkap untuk 'berjihad' dengan menunjukkan betapa kejamnya orang Hindu di bakar dalam keretapi Sabormati Express di Gujarat India (Feb 2002), sedangkan ianya tidak tepat.  Begitu juga penganut Islam, betapa mudahnya mereka dapat dieksploitasi dengan gambar amukan pelampau Hindu, yang membunuh dengan sangat kejam lebih 2000 umatnya di Gujerat India. 

 

Justeru, siasatan yang rapi, menyeluruh dan adil akan dapat menentukan punca sebenar dan dalang disebalik peristiwa menyayat hati di Mumbai ini.  Dengan itu, pihak yang bersalah harus dihukum dengan hukuman berat setimpal dengan kesalahan mereka.  InsyaAllah dunia akan bersatu menyokong tindakan itu (hukuman).  Dan insyaAllah ianya akan mengurangkan elemen-elemen ekstrimisme agama dalam dunia ini.

No comments: