Sunday, October 2, 2011

Andainya Aku Boleh Menghasilkan Sebuah Buku Hadis: Inilah Muqadimmahnya...

KATA PENGANTAR PENYUSUN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. حَمْدًا شَاكِِِِِرِينَ. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِينَ. أما بعد.

žw uŽöyz Îû 9ŽÏVŸ2 `ÏiB öNßg1uqôf¯R žwÎ) ô`tB ttBr& >ps%y|ÁÎ/ ÷rr& >$rã÷ètB ÷rr& £x»n=ô¹Î) šú÷üt/ Ĩ$¨Y9$# 4 `tBur ö@yèøÿtƒ šÏ9ºsŒ uä!$tóÏFö/$# ÏN$|ÊósD «!$# t$öq|¡sù ÏmŠÏ?÷sçR #·ô_r& $\KÏàtã ÇÊÊÍÈ

An-Nisa 114: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.

Dengan penuh rasa rendah diri, saya persembahkan kepada para pembaca karya kecil ini. Saya berharap karya ini dapat menjadi salah satu sumbangan kecil untuk terus menghargai sumber ilmu autentik kedua dalam Islam. Sumber suci ini akan terus memberi panduan berharga sepanjang kita menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah di mukabumi sementara ini.

Saya namakan buku ini sebagai 40 Bimbingan Hadis untuk Kecemerlangan Umat Islam untuk mengambil keberkatan hadis-hadis seumpama berikut:

مَنْ حَفِظَ عَلَى أُمَّتِيْ أَرْبَعِيْنَ حَدِيْثًا مِنْ سُنَّتِيْ أَدْخَلْتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيْ شَفَاعَتِي. ابن النجار - عن أبي سعيد.

Barang siapa memelihara bagi umatku empat puluh hadis daripada sunnahku, nescaya aku masukkan akan dia pada hari Kiamat di dalam syafa’atku

Walaupun kebanyakkan hadis seumpama ini dikelaskan dalam kumpulan hadis dhoif (lemah), namun Imam Nawawi tetap membawa hadis seumpama ini dalam muqadimmah kitab hadis 40 beliau. Ini menunjukkan walaupun hadis seumpama ini lemah dari segi sanadnya (silsilah) namun ianya ada kekuatan dari segi matannya (kandungannya).

Dalam buku ini saya muatkan dengan hadis-hadis (daripada gudang khazanah hadis) yang insyaAllah amat sesuai untuk kita amalkan. Hadis-hadis utama dalam buku ini, saya cuba pastikan sekurang-kurangnya ianya berada dalam kategori Hasan (baik).

Saya secara peribadi telah mendapat kebaikan yang sangat banyak daripada khazanah ilmu yang sangat berharga ini. Setelah mengkhatamkan sepuluh jilid Tafsir al-Azhar (kitab tafsir al-Qur’an karya Pak Hamka) beberapa tahun yang lalu, saya sangat merasai keluasan dan betapa komprehensifnya ilmu agama wahyu ini. Setelah itu, Allah memberi peluang (petunjuk) untuk saya belajar kitab al-Hadis, khususnya kitab Sahih Bukhari. Ianya bermula dengan saya membeli cakera padat (CD) kuliah kitab Sahih Bukhari yang diajar oleh al-Fadhil Maulana Muhammad Asri Yusoff, Sheikhul Hadis tersohor di Malaysia dari DarulKautsar, Kelantan. Semenjak itu hati saya terus jatuh cinta dengan ilmu ini. Keluasan dan kedalaman kupasan al-Fadhil Maulana telah benar-benar menginsafkan saya terhadap “panjang”, “lebar” dan “dalamnya” khazanah ilmu maha berharga ini[1].

Juga sebagaimana yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi; As-Sunnah adalah tafsiran praktis al-Qur’an atau ajaran-ajaran Islam. Justeru, berinteraksi dengan As-Sunnah melalui bimbingan guru-guru yang mendalam ilmunya, akan dapat memberi kita bayangan yang jelas serta dekat bagaimana kehidupan Rasulullah SAW dan para Sahabat mengharungi kehidupan beragama yang unggul, sempurna dan menyeluruh. Bayangkanlah, Sahabat-Sahabat Baginda telah merakam dengan tekun, cermat dan tepat setiap tingkah-laku dan tutur-kata Rasulullah SAW sepanjang hidupnya. Malah mereka juga merakam Sahabat-Sahabat yang merealisasikan ajaran-ajaran Rasulullah SAW tersebut. Seterusnya rakaman itu dipelihara dari satu generasi kepada generasi seterusnya dengan sangat amanah serta menggunakan metodologi pemeliharaan keaslian dengan amat berkesan. Justeru itulah, apabila mempelajari satu-satu hadis daripada al-Fadhil Maulana, beliau akan membaca semua perawi daripada pengarang kitab hinggalah kepada Rasulullah SAW, demi menghargai dan mendapat barakah daripada pengorbanan mereka yang sangat tinggi.

Bila kenangkan semua itu, timbul rasa kurang selesa untuk menyusun buku yang ringan serta serba-ringkas ini. Saya mungkin akan merendahkan ketinggian dan keluasan ilmu ini. Saya juga mungkin akan merendahkan ilmu para guru saya. Namun, apabila menilai bahawa khazanah hadis/sunnah ini sangat banyak yang boleh dimanfaatkan dan masyarakat kita agak kurang berminat mempelajarinya, saya usahakan juga menyempurnakan setakat termampu. Mungkin sebahagian segmen masyarakat boleh mendapat sedikit-sebanyak manfaat daripadanya dan meningkatkan minat untuk mendalami ilmu ini.

Justeru, pada setiap hadis yang saya tulis dalam buku ini saya akan beri sedikit keterangan serta cadangan atau idea untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan. Saya utamakan keterangan, tambahan atau penekanan daripada al-Qur’an dan al-Hadis – agar ianya sekurang-kurangnya memberi berkat apabila kita membacanya dan berselawat ke atas Nabi SAW (memperbanyakkan perdampingan kita dengan al-Qur’an dan as-Sunnah). Saya juga banyak memasukkan di sana-sini kisah-kisah yang benar sama ada melalui sirah Rasulullah SAW dan para Sahabat, mahupun kisah-kisah semasa yang boleh kita ambil iktibar.

Saya berharap dengan keberkatan hadis-hadis yang dikemukakan dalam buku ini, ianya dapat memberi keberkatan kepada saya dan kepada anda semua. Saya juga, seperti dalam muqadimmah kitab Riyadus Sholehin oleh Al-Imam An-Nawawi, ingin meminta kepada pembaca yang memperolehi kemanfaatan sekalipun sedikit daripada buku ini, sudilah kiranya mendoakan rahmat Allah kepada saya, keluarga saya, kedua ibu-bapa saya, para guru saya, penjaga-penjaga hadis/sunnah dari dahulu sehingga sekarang yang telah membuat begitu banyak pengorbanan demi memastikan hadis-hadis dapat sampai kepada kita secara sahih.

Akhirulkalam kepada kata pengantar ini, saya juga ingin meminjam tulisan Al-Imam An-Nawawi dalam pendahuluan kitab hadis 40 beliau yang tersohor itu,

Sepatutnya setiap orang yang menggemari akhirat mengetahui hadis-hadis ini kerana ianya mengandungi berbagai kepentingan dan peringatan ketaatan di dalam semua perkara. Perkara ini jelas bagi sesiapa yang memerhatikannya.

وصلى لله عَلَى سيدنا محمد وعَلَى ءاله وصحبه وسلم.

سبحان ربك رب العزة عما يصفون, وسلام عَلَى المرسلين والحمد لله رب العالمين.

PENYUSUN

Al-Faqir ilallah

AHMAD SUKI BIN CHE MOHAMED ARIF

Jalan Istana, Desa Tanjong, Jitra,

Kedah Darul Aman.

13 RabiulAkhir 1430

9hb. April 2009


[1] Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya, “Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah” menulis tentang “kepanjangan” ilmu as-Sunnah (al-Hadis) merangkumi jangka masa hidup seseorang, iaitu sejak lahirnya sehingga mati, malah bermula dari masa janinnya hingga masa selepas mati. Aspek “lebarnya” pula merangkumi ruang yang meliputi ufuk; sama ada di rumah, di pasar, di masjid, di jalan, semasa kerja dan sebagainya. Ianya meliputi segenap kehidupan hubungan, sama ada dengan Maha Pencipta, diri sendiri, hubungan dengan keluarga, masyarakat – Islam dan bukan Islam, haiwan dan benda-benda tidak bernyawa yang lain. Manakala aspek “dalamnya” merangkumi ruang kelengkapan kehidupan manusia, iaitu meliputi tubuh, akal dan roh, termasuklah zahir dan batin, dan mencakupi perkataan, perbuatan dan niat.

p/s - Sebenarnya penulis sudah menyiapkan draf pertama manuskrip buku ini dan sedang berunding dengan Sahibuh Samahah Mufti dan Timbalan Mufti Kerajaan negeri Kedah untuk menyemak. Alhamdulillah mereka telah bersetuju, namun mereka juga sangat sibuk. Bertambah malang, Sahibuh Samahah Timbalan Mufti telah menyatakan kesediaan untuk mula baca bukan oktober ini, penulis pula yang 'terlebih sibuk (atau sengaja menyibukkan diri)' untuk package/print untuk memudahkan al-fadhil menyemakkannya. Semoga Allah lebih melapangkan waktu penulis dan penyemak. Amin.

----

Senarai Kandungan

KATA PENGANTAR PENYEMAK.. 6

KATA PENGANTAR PENYUSUN.. 7

MUQADIMMAH.. 10

Berinteraksi Dengan Hadis. 10

Belajar Ilmu Hadis. 13

Hadis Satu Ilmu Yang Ajaib. 17

Beberapa Catatan Tambahan Tentang Ilmu Hadis. 22

Hadis 1: Segala-galanya Bermula Dengan Niat. 38

Peranan Niat dan Matlamat Dalam Pengurusan Barat 40

Hadis 2: RAJIN BeriBADAT TETAPI JAHIL, BERILMU TETAPI TIDAK BERTAQWA 42

Kiamat Hampir Tiba. 42

Hadis 3: hendaklah Menuntut Ilmu.. 45

Kata-kata Ulama Tentang Menuntut Ilmu. 46

Islam dan Budaya Membaca. 48

Kelebihan Membaca. 49

Ulama dan Kecintaan Terhadap Membaca. 51

Sebahagian Ilmu daripada Buku. 52

Pengurusan Keluarga oleh Dr James Dobson. 53

Jalan Pintas Matematik. 56

Hadis 4: Kelebihan Orang Berilmu.. 58

Pengajaran dari sirah: Kelebihan Orang Berilmu. 59

Hadis 5 (Hadis Mauquf): Bertanya Kunci Ilmu.. 61

Hadis 6: hindari niat terseleweng Menuntut Ilmu.. 63

Hadis 7 (Hadis Qudsi): Banyak Beribadat Dapat Memperkayakan Jiwa 66

Banyak Bentuk Amal-Ibadat 67

Hadis 8: Marilah Perbanyakkan Baca Al-Qur’an.. 70

Kelebihan Membaca al-Qur’an. 70

Doa Membaca al-Qur’an. 72

Kisah Sahabat Meneruskan Bacaan al-Qur’an Walaupun Musuh Memanahinya. 75

Hadis 9: Marilah Menghayati Al-Qur’an.. 76

Ketinggian al-Qur’an. 77

Hargailah Ketinggian al-Qur’an. 78

Peringatan-Peringatan al-Qur’an. 80

Kisah Yusuf Islam (Cat Steven) Mendapat Hidayah. 82

Hadis 10: MARILAH PERBANYAKKAN MENGINGATI ALLAH.. 85

Fadhilat Mengingati Allah. 85

Kelebihan Zikir dalam Kehidupan Duniawi 88

Al-Ma’tsuraat 89

Hadis 11: Ketinggian Kalimah “La ilaha ilallah”. 93

Kisah Keyakinan Seorang Anak Muda Setelah Menerima Kalimah Tuhan yang Satu. 95

Hadis 12 (Hadis qudsi): Marilah Perbanyakkan Infak (Bersedekah) 99

Fadhilat Berinfak. 99

Hadis 13: Beristiqamahlah (Konsisten) Dalam Beribadat. 103

Hadis 14: Mengutamakan pembaikan berterusan.. 106

Falsafah “Kaizen” (改善) 107

Hadis 15: Tingkatkan Sama Amalan Dari Hati. 108

Hadis 16: Orang Islam Hebat. 111

Coretan Kisah: Kehebatan Mujahidin Afghanistan. 111

Orang Hebat Boleh Mengawal Responnya Terhadap Sesuatu. 112

Orang Islam Memiliki Pandangan Hidup Yang Hebat 113

Hadis 17: Doa – Senjata Berbisa Orang Mukmin.. 115

Kaedah Berdoa. 116

Beberapa Doa Untuk Diamalkan. 117

Hadis 18: Hikmah (Kebijaksanaan) Adalah Barangan Orang Islam 119

Alatan Penyakut Ingatan untuk Meningkatkan Ingatan (Memory Tool) 119

Budaya Bijaksana Dalam Islam.. 120

Hadis 19 (Hadis Jibrail): Buatlah Apa Sahaja yang kita kehendaki, tetapi… 122

Hadis 20: Islam Akan Lemah Apabila Umatnya Terlalu Cintakan Dunia DAN Takutkan Kematian. 124

‘Krisis-Krisis’ Umat Islam Hari Ini 125

Tragedi Amukan Pelampau Hindu di Gujarat 2002. 125

Tragedi Tawanan Chechen Beslan Rusia 2004. 126

Krisis Perang Saudara 2006 di Somalia. 126

Memahami Isu Berdarah Uzbekistan 2005. 131

Mati Itu Pasti 134

Fadhilat Mengingati Mati 138

Satu Qasidah Mengingati Mati 139

Kisah Dua Sifat Orang Yang Mati 140

Hadis 21(Hadis Mauquf): Al-Khusyuk – Ilmu yang Mudah Hilang Daripada Dada Kita. 142

Panduan Mengerjakan Solat 143

Empat Puluh Fadhilat Solat 145

Hadis 22: Allah Suka Melihat Umat Menikmati Kurniaan-Nya.. 148

Rasulullah SAW Juga Bermesra dan Bergurau. 149

Hadis 23: Allah Sukakan Orang Kaya Bertaqwa.. 151

Kelebihan Orang Kaya. 152

Hadis 24: Orang kaya sebenar.. 154

Kisah-Kisah Sahabat yang Kaya Jiwanya. 154

Suhaib ar-Rumi ra. 154

Abdul Rahman ‘Auf ra. 157

Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq ra. 158

Hadis 25: Penyebab Terbanyak Kenapa Orang Masuk Syurga Atau Neraka 159

Penyebab Terbanyak Masuk Syurga. 159

Berakhlak Mulia. 160

Nasihat Luqman dan Nasihat Nabi Kepada Abu Dzar Berkenaan Akhlak-akhlak Mulia 163

Satu Kisah Kemuliaan Akhlak Nabi Muhammad SAW. 167

Penyebab Terbanyak Masuk Neraka. 168

Hadis 26: Ramai Perempuan Di Neraka Kerana Kufur Kepada Kebaikan ORANG LAIN 169

Hadis 27: Perhiasan Dunia yang Terbaik.. 171

Kisah Kemuliaan Sayyidatina Khadijah R. Ha. 172

Hadis 28: Orang Islam yang Sebenar.. 174

Kisah Salahudin Ayubi Rahimahullah. 175

Kisah Sultan Muhammad al-Fateh. 178

Kisah Kezaliman Bukan Islam Terhadap Islam.. 180

Perang Salib. 181

Kekejaman Zionis Israel 182

Hadis 29: Allah Menyayangi Orang yang Menyayangi Makhluknya 185

Marhamisme. 185

Teladan Daripada Rasulullah SAW... 186

Faedah Berkasih-Sayang. 187

Peranan Syaitan Memupuk Kebencian di Kalangan Umat 188

Kisah Kematian Ayahnda Seorang Sahabat Rasulullah SAW.. 189

‘Perang Jamal Dan Perang Siffin: Perebutan Kuasa diantara Sayyidina Ali ra. dan Sayyidina Muawiyyah ra.’ 189

Hadis 30: Segala Kebaikan Diri Terletak di Hati. 194

Hadis 31: Masa Semakin Cepat, Kiamat Semakin Dekat – Manfaatkanlah Masa Kita! 195

Kaedah Memanfaatkan Masa. 195

Hadis 32: Bagaimana Hendak Menjanakan Pahala Walaupun Sudah Meninggal? 198

Kisah di Alam Kubur 198

Cara Untuk Terus Dapat Bekalan Pahala Walaupun Sudah Berada di Alam Kubur 199

Hadis 33: Orang kuat yang Sebenar.. 201

Hadis 34: Takutilah Memakan Perkara Haram... 203

Kisah-Kisah Menarik Ulama Menjaga Pemakanan. 204

Hadis 35: Orang yang Membantu Masalah Orang Lain Akan Dibantu Allah Masalahnya Dalam Dunia dan Akhirat. 206

Hadis 36: Pejuang Islam Akan Dipandang Pelik.. 208

Hadis 37: Ganjaran Ketinggian darjat Pejuang Agama.. 210

Penggerak Dakwah. 211

Kisah Pejuang Agama. 215

Kisah Abu Talhah dan Sahabat-Sahabat Lain. 215

As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. 217

As-Syahid Abdul Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi 219

Hadis 38: Orang yang Mendalami Ilmu Agama Akan Mendapat Kebaikan yang Banyak.. 221

Kisah Ketekunan Para Salabat dan Alim Ulama Mendalami Ilmu. 221

Hadis 39: rosaknya ilmu kerana tiga golongan.. 226

Hadis 40: Sebarkanlah Hadis. 229

PENUTUP. 231

RUJUKAN.. 236

PENGHARGAAN.. 239


No comments: