Monday, May 4, 2009
Islam dan Budaya Membaca
Justeru, umat Islam seharusnya unggul kerana berbudaya membaca setelah mendapat perintah secara langsung daripada Allah melalui firmanNya, “Bacalah!”.
Seharusnya juga kita sentiasa ingat betapa pentingnya membaca dan ketinggian ilmu yang bakal kita perolehi daripadanya,
Al-Qalam 1: Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis.
Kelebihan Membaca
Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni ialah seorang penulis prolifik dan popular yang telah mengarang banyak buku termasuk buku terlarisnya, “la tahzan” (jangan bersedih). Dalam bukunya yang bertajuk “Aku, Buku dan Cinta”, beliau telah mengungkapkan pengalaman peribadinya terhadap kelebihan serta kecintaannya dalam membaca,
Ada sebuah perjalanan panjang yang menemani perjalanan buku ini. Saya mendakapnya di atas dada, membiarkannya tidur di atas lengan dan merangkulnya dalam pelukan. Ia berbicara dan membuat saya senang, sedih, tertawa dan bahkan menangis. Ia menghembuskan kata-katanya ke dalam jiwa saya dan saya pun tak dapat melupakannya. Ia merupakan teman yang paling setia, paling dekat dan merupakan penghantar yang terindah. Bersamanya pula, saya lupa akan segala kesulitan, duka cita dalam hidup dan seharian yang dipenuhi kekeruhan. Ia membalut luka, pelipur lara, meringankan penderitaan, mengusir kesepian dan menghilangkan rasa jenuh saat saya sedang bersendirian. Ia menjadi pengganti dari semua orang yang telah pergi meninggalkan saya, Ia boleh menjauhkan saya dari semua perkara yang tidak menyenangkan. Ia memperbanyakkan masa umur saya dengan banyak faedah, kesaksian dan kisah-kisah jenaka. Bersamanya juga, saya laksana berada di sebuah taman yang rendang, kebahagiaan yang besar, kumpulan orang-orang yang menyenangkan, percakapan yang menarik dan munajat yang tulus. Bersama dengan buku ini pula, akal saya menjadi tumbuh, jiwa saya menjadi bersih, keyakinan dan kepercayaan saya bertambah. Saya terus mengulangi kata-katanya, membolak-balik rahsianya, berjalan di sela-sela kebunnya. Saya tidak pernah jemu dengan ucapannya dan juga tidak pernah letih menemaninya. Saya hilangkan beban berat antara kami berdua dan hubungan kami pun semakin erat. Ia menyimpan rahsia saya, meringankan beban, menyokong pendirian, membantu saya – insyaAllah - dalam segala urusan.
Di saat engkau berduaan dengan sebuah buku, maka zaman pun akan menjadi singkat. Masa akan hadir di depanmu. Pelajaran-pelajaran akan datang mendekati. Nasihat yang menyentuh dan pengalaman-pengalaman akan datang untuk menambahkan semangatmu. Keajaiban akan datang dan membuatmu kagum. Perahlah ilmu dari dalam buku. Di dalamnya terdapat istana pemikiran. Pemilik buku lebih kaya daripada Qarun, lebih kuat daripada tentera al-Nu’man, lebih baik daripada al-Baramikah (para menteri yang ada di zaman Khalifah Harun al-Rashid). Orang yang dekat dengan kertas lebih baik hidupnya daripada seorang pemabuk. Orang yang mempelajari sejarah lebih mulia daripada orang yang hanya mendengarkan irama. Berteman dengan buku boleh memelihara seseorang daripada kesesatan para penguasa, boleh melindunginya daripada omong kosong orang-orang yang zalim. Berteman dengan buku juga boleh menjagamu daripada pengaruh orang yang zalim, juga boleh menjagamu daripada celaan orang yang dengki. Oleh itu, saya mengajak kepada anda untuk lebih banyak membaca, banyak bermutala’ah, banyak menengok buku-buku karangan para ulamak. Apalah erti hidup ini tanpa ada buku? Tengoklah sejarah masa lampau. Berapa banyak negeri yang telah hancur, berapa ramai raja yang telah binasa, berapa banyak bangunan yang kini tinggal runtuhannya sahaja? Semuanya kini telah sirna. Tetapi, cubalah lihat ilmu! Adakah ia binasa bersama dengan masa? Sampai sekarang, buku-buku yang mengandung ilmu masih tetap utuh. Tengoklah para nabi, adakah mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mahu mengambilnya, maka berbahagialah dalam hidupnya!
Saya memperhatikan banyak perkara yang terjadi pada saya dan juga banyak pengalaman yang saya peroleh. Semuanya terjadi kerana bimbingan daripada Allah swt sehingga saya boleh menelaah buku. Banyak keanehan, keajaiban, pengalaman dan bencana yang telah saya lalui. Berabad-abad zaman seakan-akan digulung di depan saya seperti menggulung lembaran catatan. Saat membaca, sepertinya banyak sekali bangsa-bangsa yang dikumpulkan di satu tempat di hadapan saya. Wahai orang yang diberi kesabaran untuk menyediri dan diberi kemudahan untuk memasuki pintu ilmu pengetahuan. Wahai orang yang setia bersahabat dengan buku, jangan pernah menyesal apa yang telah pergi! Orang yang merasakan manisnya menyendiri bersama buku, tidak akan menerima sesuatu apapun sebagai ganti daripada buku. Ia takkan sudi menukarnya meskipun diberikan kerajaan Parsi dan Rom.
Ulama dan Kecintaan Terhadap Membaca
Dr. ‘Aidh juga menulis tentang kesungguhan yang tinggi para alim-ulama kita serta kecintaan mereka terhadap membaca,
Imam Ibn al-Jauzi rahimahullah pernah bercerita tentang pengalamannya dalam menuntut ilmu, “Selama hidupku, aku belum pernah merasa puas dalam mengkaji kitab-kitab keilmuan. Bila aku bertemu dengan kitab-kitab yang baru aku lihat, aku merasa sedang terjatuh ke dalam sumur yang penuh dengan permata yang mahal. Aku pernah membaca kitab-kitab yang dibahagikan kepada madrasah-madrasah yang ada di negeriku. Kitab-kitab itu jumlahnya mencapai enam ribu jilid. Aku juga pernah membaca seluruh kitab karangan Abu Hanifah, Imam al-Humaidi, Syeikh Abdul Wahhab bin Nasir dan Abu Muhammad bin al-Khasysyab. Kitab-kitab itu jumlahnya berkarung-karung. Dan masih banyak lagi kitab-kitab lain yang aku telah baca. Andai aku boleh membaca dua puluh ribu jilid, tentulah itu akan lebih bagus lagi”.
Ibn ‘Aqil bercerita: “Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain. Demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak, aku rela meninggalkan roti dan hanya makan manisan dengan segelas air. Ini kerana bila aku makan roti, maka banyaklah masaku yang terbuang.”
Al-Hafiz Abu Tahir bin Abu Shaqr diceritakan sebagai seorang yang suka mengembara demi ilmu. Dia pernah berkata: “Bukuku ini lebih berharga daripada emas, walaupun emas itu seberat buku-buku ini.”
Dikatakan bahawa Abu al-Barakat bila setiap kali hendak masuk ke dalam tandas, dia selalu berkata kepada anaknya: “Tolong bacakan buku ini dan kencangkan suaramu agar aku boleh mendengarnya!”
Al-Mustanshir Billah Abu al-‘Ash al-Hakam bin ‘Abdurrahman al-Umawi adalah seorang yang mempunyai sejarah hidup yang baik, rajin mutala’ah dan mempunyai banyak buku yang jarang dijumpai, sama ada buku tentang kebaikan mahupun sebaliknya. Jumlah buku yang dimilikinya sekitar dua ratus ribu bundal. Dia rela menjual seluruh emasnya hanya untuk membeli buku, sehingga simpanan wangnya habis langsung. Dia tidak menemukan kenikmatan melainkan dengan meletakkan seluruh hartanya terhadap buku.
Imam Tsa’lab pula tangannya tidak pernah kosong daripada buku. Ke mana pun pergi, dia selalu membawa buku-buku dia. Apabila ada jemputan daripada orang lain, dia selalu meminta agar mereka memberikan tempat secukupnya untuk menempatkan buku-bukunya.
Ibnu al-Juham berkata, “Apabila aku mengantuk sedangkan belum tiba waktu untuk tidur, maka aku terus mengambil buku dan membacanya. Saat membaca, aku merasakan hatiku bergoncang dan seronok kerana telah mendapatkan apa yang kucari. Semangat yang kurasakan ketika membaca adalah semangat yang boleh membangunkan tidurku. Ia melebihi ringkikan seekor keldai dan juga melebihi bunyi pukulan tukul yang jatuh menimpa dinding bangunan.”
Al-Hafiz Abdul Gani al-Maqdisi telah mengalami penyakit mata kabur kerana dikatakan dia sering membaca dan menangis. Maka tidak hairanlah bahawa pada zamannya hanya dia satu-satunya ulamak yang paling pandai dalam ilmu hadis.
‘Abdullah bin Ahmad atau Ibn al-Khassyab adalah seorang ulamak pakar nahwu. Pada satu hari beliau ingin membeli buku yang berharga lima ratus dinar. Padahal pada waktu tersebut dia tidak mempunyai apa-apa. Kemudian, dia minta kepada penjual buku itu agar menunggunya selama tiga hari. Keesokkan harinya, Ibn al-Khassyab pun menjual rumahnya. Dia menawarkan rumah itu seharga lima ratus dinar. Setelah rumah itu laku dan memiliki wang sebanyak lima ratus dinar, maka pergilah dia kepada penjual buku tempoh hari dan akhirnya, barulah dia mendapat buku-buku itu.
Teladan daripada Salehudin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh
Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
Barangkali antara kisah paling menarik selepas zaman Sahabat daripada aspek menunjukkan jati diri sebenar seorang Islam adalah berkenaan dengan kepahlawanan Salahudin Ayubi. Dalam usahanya membebaskan Jerusalem serta mendapatkan kembali masjid al-Aqsa, masjid ketiga tersuci dalam Islam, beliau tidak melakukannya secara zalim. Malah keperibadian Islamnya yang adil, tidak membalas dendam dan berjuang hanya kerana Allah serta hanya berharap keredhaan-Nya begitu terserlah semasa melakukan usaha-usaha jihad tersebut.
Banyak buku yang membicarakan keperibadian Islamiknya yang unggul. Antaranya adalah siri novel sejarah Islam, “Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem” yang dikarang oleh Abdul Talip Latib. Di dalamnya digambarkan bagaimana syaksiyah Islamiyyah terserlah tatkala banyak berlembut serta membebaskan ramai tawanan tentera Salib. Katanya, “Kita berjuang kerana Allah, namun mereka berjuang umpama syaitan” (kita tidak perlu turut mengikut cara kezaliman mereka).
Sejarah banyak merakamkan kezaliman tentera bukan Islam terhadap Islam apabila berperang. Sebahagian kezaliman itu langsung tidak ada keperimanusiaan dan ianya menghairankan kita terhadap ajaran agama mereka. Contohnya, apabila tentera Salib menawan Kota Jerusalem pada tahun 1099 Masehi, mereka telah melakukan kezaliman terhadap tawanan perang dengan begitu menyayat hati. Mereka telah membunuh hampir kesemua penduduk yang beragama Islam, termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak. Pembunuhan kejam itu dilakukan selama seminggu sehingga tidak ada lagi penduduk Islam di Kota Jerusalem yang terselamat.
Menurut Ibnu Khaldun, seorang sejarawan Islam, “Tentera Salib yang ganas dan kejam itu telah mengganas di Baitul Maqdis selama seminggu. Mereka melakukan rompakan, perkosaan dan membakar rumah penduduk-penduduk. Apabila dihitung jumlah mayat di sekitar masjid, dalam rumah dan di sepanjang jalan, jumlahnya tidak kurang tujuh puluh ribu orang.” Malah, kezaliman tersebut turut disinggung oleh orang bukan Islam. Misalnya Gustav Le Bon menulis, “Kaum Salib kita yang mengaku kuat berugama itu tidak cukup melakukan kerosakan dan kezaliman kepada umat Islam. Bahkan mereka sudah bermesyuarat dan mengambil keputusan yang seluruh penduduk Baitul Maqdis dibunuh. Korban kekejaman itu bukan sahaja kepada orang Islam bahkan juga orang Yahudi dan Kristian yang enggan bekerjasama dengan mereka bagi melakukan tindakan yang kejam itu. Akibat kekejaman itu, kira-kira enam puluh ribu orang dibunuh selama lapan hari lapan malam sehingga tidak ada lagi yang selamat.”
Namun, sebagai seorang yang kuat berpegang kepada ajaran agama dan jelas tentang suruhan agamanya, Salahudin tidak mengambil sikap berdendam. Walaupun beliau mendapat banyak ‘peluang keemasan’ dan mengetahui kezaliman maha dasyat tentera Salib, beliau tetap melakukannya menurut garis panduan agama. Contohnya, selepas mengalahkan tentera Salib dalam perang di Bukit Hittin dan mendapat tawanan perang yang sangat ramai, termasuk panglima serta musuh utamanya, iaitu Birnis, beliau terlebih dahulu mengarahkan tentera-tentera yang tercedera dirawat. Rawatan tersebut juga diberi kepada tawanan perang yang tercedera. Malah kepada musuh utamanya Birnis, beliau mengarahkan diberi air terlebih dahulu akibat kedahagaan yang amat sangat semasa perang.
Beliau amat menyedari kezaliman tentera Salib. Semasa hampir berjaya menakluk Kota Jerusalem dan pihak musuh mengusulkan pendamaian, beliau memberitahu kepada wakil tersebut, “Tentera Salib merampas Jerusalem dengan kekerasan dan membunuh semua tentera Islam yang menyerah. Mereka juga menganiayai kanak-kanak dan memperkosa wanita-wanita Islam lalu membunuhnya. Mereka menjadikan kanak-kanak kami sebagai barang mainan. Mereka lambung anak-anak kecil itu ke udara kemudian tadahkan dengan tombak ataupun pedang sehingga tubuh anak-anak yang tidak berdosa itu berkecai”. Semasa menyatakan hal tersebut, air mata berlinangan di pipinya membayangkan rasa sedihnya terhadap kezaliman pihak musuh.
Banyak ketikanya, tentera Islam telah menunjukkan sikap yang sangat baik. Contohnya, semasa ingin menawan kota Kark, Raja Reymond salah seorang pemerintah musuh yang belot telah membantah serangan tersebut kerana dibimbangi membahayakan nyawa orang-orang perempuan dan kanak-kanak. Namun, Raja Reymond telah diyakinkan, “Tentera Islam dididik dengan disiplin yang tinggi dan mereka tidak membunuh kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua. Tentera Salib sahaja yang sanggup membunuh mereka.”
Pada contoh yang lain, iaitu semasa menakluk kota Tabariyah dan salah seorang tawanannya adalah isteri Raja Reymond sendiri. Penulis Abdul Talip Latib telah menggambarkan peristiwa berikut melalui dialog diantara Salahudin dan isteri Raja Reymond seperti berikut,
“Mengapa puan berada di kota ini dan tidak tinggal di Jerusalem?” tanya Sultan Salahudin bin Ayubi.
“Raja Jerusalem menghadiahkan kota ini kepada suami saya sebagai balasan dia kembali ke pangkuan kami. Sekarang semuanya sudah tidak bermakna kerana kota ini akan dimusnahkan dan saya menjadi tawanan,” jawab isteri Raja Reymond.
“Suami saya amat mencintai saya dan tidak mahu kami berjauhan. Dia menempatkan saya di sini kerana yakin tempat ini selamat. Sekarang saya menjadi tawanan perang dan tuan boleh lakukan apa sahaja kepada diri saya,” katanya lagi.
“Suami puan pernah menjadi sahabat saya. Dia pernah bergabung dengan kami menyerang wilayah Kark. Disebabkan itu saya tidak apa-apakan puan. Puan selamat berada dalam jagaan tentera Islam,” kata Sultan Salahudin bin Ayubi.
“Tuan lebih baik daripada suami saya. Dia jadikan wanita cantik yang ditawan sebagai pemuas nafsunya apabila berjaya mengalahkan musuh, namun tuan sebaliknya. Inilah yang membezakan tuan dengan suami saya.”
“Saya berperang bukan kerana pangkat ataupun mahukan harta dan perempuan cantik, tetapi kerana mencari keredhaan Allah, menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman. Kami juga bertanggungjawab menyebarkan syariat Tuhan di muka bumi ini.”
Begitulah juga pada masa yang lain ketika hendak menembusi satu kubu besar musuh yang sangat kukuh. Setelah diselidiki, tentera Islam mendapati ada satu saliran air yang memasuki kubu tersebut dan ianya digunakan oleh tentera musuh sebagai bekalan air ke dalam kubu. Apabila timbul satu cadangan agar air tersebut diracuni yang akhirnya akan mengakibatkan banyak pihak musuh mati dek terminum air tersebut, ianya telah dibantah keras oleh Salahudin. Menurut Salahudin, Islam melarang meracuni air untuk mematikan musuh. Lalu dicari idea lain. Akhirnya mereka mendapat idea untuk mengalirkan air tersebut ke tempat lain dengan cara membuat satu saluran baru. Dengan itu, musuh terpaksa menyerah diri kerana tidak mendapat bekalan air.
Begitulah jati diri orang Islam yang sebenar. Sahabat Salahudin, Bahaudin, menulis satu kesimpulan menarik tentang perkara ini,
“Sifat penyayang dan belas kasihan tentera Islam semasa menawan Jerusalem jauh berbeza dengan tentera Salib. Salahudin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya amat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.
Jalan-jalan dipenuhi mayat ketika tentera Kristian menawan Baitul Maqdis buat kali pertama pada tahun 1099. Orang-orang Islam yang tidak bersenjata dibunuh sesudah diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat oleh tentera Kristian. Darah orang Islam tersimbah ke bumi ketika tentera Kristian memasuki Jerusalem, namun tiada setitik darah orang Kristian tumpah semasa tentera Islam menawannya.”
Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh
Begitu juga dengan kisah jati diri keislaman Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau adalah pemerintah empayar Usmaniah dan telah memerintah sebanyak 25 buah negeri semasa kemuncak kegemilangannya. Beliau telah dilahirkan pada 29hb. Mac 1432 dan mangkat pada 3hb. Mei 1481, iaitu pada usia 49 tahun.
Pada masa tersebut, kota Konstantinopel menjadi kota rebutan, khususnya kerana kedudukan yang strategik. Sehinggakan ada yang mengatakan bahawa jika dunia ini mempunyai ibu negeri, maka kota Konstantinopel-lah ibu negerinya.
Rasulullah saw juga pernah bersabda bahawa pada suatu hari Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan orang Islam. Menurut Baginda, ianya hanya akan jatuh ke tangan Islam apabila ianya berketuakan seorang ketua yang baik, tenteranya baik dan rakyatnya juga baik. Justeru, di sepanjang lipatan sejarah, beberapa pemimpin Islam telah mencuba untuk menakluk Kota tersebut. Antaranya adalah Sayyidina Ali ra, Sayyidina Muawiyah ra, Khalifah Harun al-Rasyid dan ramai lagi, namun tidak berjaya.
Pada tahun 1453 Masehi, semasa kota Konstantinopel diperintah oleh pemerintahan Rom, ianya telah jatuh ke tangan orang Islam di bawah pemerintah Sultan Muhammad Al-Fateh. Sebagaimana dengan Salahudin Ayubi, pemerintah Islam ini telah memperlakukan para tawanan perang dengan baik. Walaupun mereka amat menyedari bahawa pihak musuh tidak pernah ada belas kasihan kepada tawanannya tatkala berkuasa.
Kebaikan Sultan Muhammad Al-Fateh ini telah digambarkan oleh Abdul Latip Talib dalam siri Novel Sejarah Islamnya yang bertajuk, “Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel”,
“Tuanku, semua tawanan perang dan penduduk kota Konstantinopel sudah berkumpul di kawasan lapang. Kami menunggu hukuman daripada tuanku,” kata Panglima Sulaiman Oglo.
“Saya bertemu mereka sebentar lagi,” kata Sultan Muhammad al-Fateh.
Baginda teringat kisah penaklukan kota Mekah pada zaman Rasulullah saw. Orang-orang Quraisy yang sekian lama memusuhi serta memerangi baginda dikumpulkan di depan Kaabah. Mereka menunggu hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Rasulullah saw sambil menangis. Kini perkara yang sama berlaku di kota Konstantinopel. Tentera Rom dan mereka yang selama ini memusuhi dikumpulkan. Mereka juga sedang menunggu hukuman yang bakal dijatuhkan.
“Ya Allah, berikan aku petunjuk. Apakah hukuman yang paling baik aku jatuhkan ke atas mereka.” Bisik hatinya.
Kemudian Sultan Muhammad al-Fateh melangkahkan kakinya ke kawasan lapang di mana para tawanan perang dikumpulkan. Melihat kedatangan baginda, para tawanan itu menangis kerana menyangka hukuman mati bakal dijatuhkan ke atas mereka.
“Maharaja Konstantine mengatakan kota Konstantinopel tidak mungkin jatuh ke tangan musuh selagi ada matahari dan bulan. Tetapi hari ini ternyata kata-kata itu dusta belaka. Kota Konstantinopel yang menjadi kebanggaan kita jatuh ketika matahari sedang terbit,” ratap salah seorang daripada mereka.
“Pada hari ini kita bakal dijatuhkan hukuman mati. Darah kita disimbah ke bumi. Kemudian mayat-mayat kita dibiarkan supaya dimakan oleh anjing dan burung. Alangkah malangnya nasib kita,” balas yang lain pula.
Namun Sultan Muhammad al-Fateh bukanlah seorang pemimpin yang kejam ataupun tidak bertimbang rasa. Walaupun baginda tahu tentera Rom banyak menyebabkan kematian terhadap tentera Islam dan penduduk kota itu pula memberi bantuan namun baginda mahu mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw ketika menakluk kota Mekah. Sultan Muhammad al-Fateh berdiri di depan para tawanan lalu berkata, “Hari ini adalah hari kemenangan kepada kami, umat Nabi Muhammad saw. Kamu sudah menjadi hina dengan kekalahan ini. Sesungguhnya apabila datang yang hak lenyaplah yang batil. Apabila datang kebenaran, lenyaplah kemungkaran. Apabila datang keadilan, lenyaplah kezaliman. Sesungguhnya kami datang kepada kamu membawa yang hak. Kami membawa cahaya kebenaran dan kami menegakkan keadilan. Percayalah tidak ada sesiapa yang dianiayai pada hari mulia ini.”
Salah seorang tawanan bangun lalu berkata, “Tuanku seorang yang baik dan berhati mulia. Semoga pada hari ini kami mendapat manfaat daripada kebaikan tuanku. Maafkanlah kesalahan kami kerana kami rakyat biasa yang terpaksa mengikut arahan maharaja.”
Sambil tersenyum Sultan Muhammad al-Fateh pun bertanya, “Tahukah kamu apa hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas kamu?”
“Tuanku seorang pemimpin yang baik. Pasti tuanku memaafkan kami,” jawab mereka.
“Sekiranya kami bukan umat Nabi Muhammad saw nescaya pada hari ini kepala kamu bercerai dari badan. Kalaulah kami bukan umat Islam nescaya pada hari ini darah kamu mengalir bagaikan sungai. Anak-anak gadis kamu diperkosa dan anak-anak kamu dibakar hidup-hidup. Tetapi agama Islam melarang kami berlaku zalim. Kami disuruh mencontohi pemimpin kami yang mulia, Nabi Muhammad saw kerana baginda sebaik-baik pemimpin yang mesti kami contohi,” kata Sultan Muhammad al-Fateh.
Bukan sahaja mereka dibebaskan dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, malah mereka turut dibenarkan memilih seorang ketua di kalangan mereka. Ketua tersebut diberi taraf seorang menteri untuk menjaga hal-ehwal kaum Kristian. Mereka langsung tidak dipaksa untuk menganut agama Islam, malah dibenarkan beribadat di dalam gereja-gereja mereka sebagaimana biasa.
Wednesday, February 25, 2009
Sekelumit Kisah Pejuang-Pejuang Dakwah di Sepanjang Lipatan Sejarah
(#rã ÏÿR$# $]ù$xÿÅz Zw$s)ÏOur (#rß Îg»y_ur öNà6Ï9ºuqøBr'Î/ öNä3Å¡àÿRr&ur Îû È@ Î6y «!$# 4 öNä3Ï9ºs × ö yz öNä3©9 bÎ) óOçFZä. cqßJn=÷ès? ÇÍÊÈ
At-Taubah 41: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Kisah Abu Talhah dan Sahabat-Sahabat Lain
Bahawa seorang sahabat Rasulullah saw yang terkenal, bernama Abu Talhah, beberapa tahun setelah Rasulullah wafat, datanglah nafir (seruan) peperangan, lalu beliau baca surah Baraah (At-Taubah). Sesampai bacaannya kepada ayat 41 ini: “Pergilah berperang, dalam keadaan ringan dan berat…,” tiba-tiba dia berkata kepada anak isterinya: “Anakku semua! Persiapkan bekalku, persiapkan sekarang juga, aku akan turut!” Lalu berkatalah anak-anaknya: “moga-moga Tuhan melimpahkan rahmatNya kepada ayah! Bukankah ayah dahulu telah turut berperang bersama Rasulullah. Sekarang Rasulullah saw telah wafat. Setelah itu, ayahpun telah ikut berperang bersama Abu Bakar; sekarang beliaupun telah wafat. Setelah itu ayahpun turut berperang dengan Umar, beliaupun telah wafat. Sekarang ini, biarkanlah kami pergi berperang atas nama ayah!” “Tidak!” katanya tegas: “kalian mesti mempersiapkan daku.” Anak-anaknya tidaklah dapat mencegah hati beliau yang keras itu. Abu Talhah pergi berperang menurut Armada Islam di laut. Maka dengan anugerah tuhan, meninggallah beliau dalam pertempuran di laut. Rupanya orang tidak sampai hati buat melemparkannya ke dalam lautan; lalu dibawanya juga terus belayar, mencari sebuah pulau buat mengembumikan jenazahnya. Namun sesudah belayar tujuh hari tujuh malam, barulah bertemu sebuah pulau, dan dikuburkan jenazah beliau di sana. Riwayat itu mengatakan pula, meskipun sudah tujuh hari tujuh malam dibawa belayar di dalam lautan, namun mayat beliau tidak berubah sedikit juga; tidak berbau, dan tidak busuk.
Menurut riwayat Ath-Tabari, seorang sahabat Rasulullah saw yang bernama al-Miqdad bin al-Aswad, diwaktu mudanya hadir di dalam peperangan Badar. Beliau dijuluki gelar “Faris Rasulillah”, artinya Pahlawan Berkuda Rasulullah. Kerana dalam perang Badar itu hanya dia seorang yang berkuda. Di hari tuanya beliau berdiam di Homsh. Meskipun beliau telah tua, kalau datang nafir perang, diapun bersiap pergi, walaupun badannya sudah terpaksa diusung dengan tandu; apatah lagi dia sudah gemuk, ketika ditanya, jawabnya tegas: “Ringan dan berat, mesti pergi!”. Bahkan Said bin al-Musayyab, Tabi’in yang terkenal, datang nafir peperangan, diapun segera menggabungkan diri, walaupun matanya hanya tinggal sebelah. “Tak usah ikut!” Beliau akan menjawab: “Bila perintah Allah datang, harus siap, ringan ataupun berat”.
Abu Ayyub al-Anshari, adalah pula seorang sahabat Anshar yang sangat terkenal, kerana beliaulah yang mula menyambut kedatangan Rasulullah saw dan menjadi tetamu di rumahnya, sebelum Rasulullah mendirikan rumah-rumah sendiri buat dia dan isteri-isterinya. Abu Ayyub berkata: “Bila nafir untuk berperang telah terdengar, akupun segera bersiap, dalam keadaan ringan ataupun dalam keadaan berat.” Itulah sebabnya maka beliau mencapai syahidnya di dalam peperangan mengepung Kota Konstantinople, di bawah pimpinan Yazid bin Abu Sufyan, di masa pemerintahan Mu’awiyah. Beliau tidak pernah ketinggalan di dalam mana-mana peperangan, sehingga mencapai syahidnya. Dizaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, setelah Konstantinople jatuh ke tangan Islam, (1453M). Baginda memerintahkan mencari kuburan itu, sehingga didirikan di sana sebuah masjid dan dimuliakan sampai sekarang.
· Sesungguhnya kisah pejuangan pejuang-pejuang Islam sangat banyak dalam lipatan sejarah. Mereka semua tidak takutkan mati, hanya redha Allah yang dicari. Mereka sangat terpanggil dengan ayat-ayat seperti ayat berikut:
z`ÏiB tûüÏZÏB÷sßJø9$# ×A%y`Í (#qè%y |¹ $tB (#rß yg»tã ©!$# Ïmø n=tã ( Nßg÷YÏJsù `¨B 4Ó|Ós% ¼çmt6øtwU Nåk÷]ÏBur `¨B ã ÏàtF^t ( $tBur (#qä9£ t/ Wx Ï ö7s? ÇËÌÈ
Al-Ahzab 23: Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
Begitulah juga dengan kisah dua orang pejuang Palestin yang telah ‘selesai menjalankan janjinya’ (dipetik dan disunting daripada http://www.palestinkini.info):
Kemungkinan salah seorang yang paling berpengaruh dalam sejarah penentangan Palestin ialah Syeikh Ahmad Yassin, seorang tokoh yang luar biasa, motivator, perancang strategi, dan sumber inspirasi untuk ribuan rakyat Palestin yang mahu akan kebebasan. Fizikal Syeikh Ahmad Yassin adalah lumpuh dan lemah. Walaupun dirinya menggambarkan fizikal yang kurang upaya, sebenarnya beliau lebih banyak membakar semangat dan menerapkan kepada pemuda Palestin kepercayaan bahawa serangan berani mati untuk melumpuhkan penjajah ialah satu usaha yang membawa kepada syahid.
Dilahirkan di Majdal pada tahun 1936 berdekatan Bandar Askalan. Pada masa tersebut Palestin berada bawah pemerintahan British. Pendirian Ahmad Yassin mula dibentuk sewaktu rakyat Palestin dimalukan dan dihina. Bapa kepada 11 orang anak ini tergolong dalam keluarga yang diusir keluar dari rumah mereka oleh pihak berkuasa Israel semasa konflik Arab-Israel yang pertama pada, iaitu pada tahun 1948. Selepas satu kemalangan pada zaman kanak-kanaknya, beliau berbakti kepada pertubuhan Islam dalam usia yang masih sangat muda.
Sejak awal lagi, pemimpin Hamas ini merupakan inspirasi kepada kebangkitan (intifada’) 1987 dan 2000. Mereka enggan menerima bantahan daripada orang yang berpendapat serangan berani mati itu sebagai perbuatan membunuh diri semata-mata. Ahmad Yassin selalu menegaskan bahawa jika rakyat Palestin menyerang daripada kedudukan yang lebih lemah, mereka perlu bersedia untuk menerima kekalahan teruk. Dalam khutbah dan ajarannya, Ahmad Yassin berkali-kali menggambarkan serangan berani mati sebagai mati syahid untuk menentang pemimpin yang zalim. Beliau juga menegaskan Israel ialah sebuah negara berkefahaman tentera yang telah mengaburkan perbezaan antara orang awam dan tentera.
Beliau juga menyebut yang Hamas tidak menjadikan “orang awam” Israel sebagai sasaran mereka, kecuali sebagai pembalasan secara langsung atas kematian orang awam Palestin. Beliau melihat perkara ini sebagai taktik yang perlu untuk “menunjukkan yang Israel tidak boleh lari tanpa membayar harga kematian orang-orang kami.”
Intifada yang tercetus pada September 2000, mengesahkan pemikiran Ahmad Yassin. Pergerakan-pergerakan Islam, nasional, dan sekular Palestin berebut-rebut untuk mengikuti strategi pengeboman diri, di mana setiap Pergerakan akan berbangga dengan kesyahidan ahli mereka. Begitu juga dengan keazaman mereka untuk mengorbankan anak-anak mereka untuk tujuan yang lebih besar iaitu kemerdekaan tanah air mereka. Bagi kebanyakan rakyat Palestin, mati syahid merupakan misi utama mereka, satu konsep yang diulang beberapa kali di media massa Palestin serta dalam mesej pita video yang ditinggalkan pengebom berani mati.
(tulisan berikut dipetik daripada, http://mazuki5.tripod.com/syeikh_yassin.htm)
Selepas solat Subuh 22hb. Mac 2004, tiba-tiba Israel menyerangnya dengan tiga peluru berpandu. Salah satunya jatuh tepat ke atas Syeikh Ahmad Yassin sehingga beliau menemui syahidnya bersama ramai lagi yang lain. Bersama syahid adalah dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya. Serpihan badan dan darah berhamburan di segenap penjuru kawasan.
Di tengah jalan di antara rumah Syeikh Ahmad Yassin dan Masjid Akademi Islam (kira-kira beberapa ratus meter jaraknya), darah kelihatan di merata tempat. Cebisan-cebisan daging manusia melitupi dinding sebuah rumah dua tingkat di timur jalan. Pihak ambulan dan penduduk tempatan sama-sama tolong mengutip dan mengumpulkan cebisan anggota tubuh manusia di jalanan dan bumbung beberapa buah rumah berhampiran.
Kerusi roda yang dinaiki beliau hancur lebur dan dipenuhi dengan darah. Saksi yang tinggal berhampirtan masjid itu memberitahu : "Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh....saya nampak dia terduduk di atas tanah dan kerusinya hancur. Orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri. Kemudian, selepas itu jatuh dua peluru berpandu yang lain."
Saksi yang lain berkata : "Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau masih bersama dua pengapitnya (pembantu). Apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara."
"Saya lihat tiga helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu meletup. Saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi beliau telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah...saya menangis.... ". Salah seorang pekerja hospital As-Syifaa yang memindahkan mayat As-Syaheed berkata : "Tidak tinggal satu pun daripada jasadnya kecuali kepalanya."
Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin (kebanyakan mereka dalam keadaan menangis) keluar ke jalan-jalan raya di bandar Gaza. Berdas-das tembakan dilepaskan ke udara. Salah seorang jemaah sembahyang berkata, Syeikh Yassin sememangnya mendambakan mati syahid (syahadah), dan beliau benar-benar telah mencapainya. "Beliau pernah berkata kepada saya - Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid. Ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi!"
As-Syahid Abdul Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi
Abdul Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi dilahirkan pada 23/10/1947 di sebuah kampung bernama Binaa yang terletak di antara Asqalan dan Jaffa. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang kuat beragama. Keluarganya telah dipaksa untuk berhijrah ke Gaza selepas peperangan 1948 dan menetap di khemah pelarian Khan Yunus bersama puluhan ribuan pelarian yang lain. Pada waktu itu umurnya hanya berusia enam bulan. Di perkhemahan tersebutlah beliau membesar bersama sebelas orang adik beradiknya yang lain (sembilan lelaki dan dua orang perempuan).
Pada 10 Jun 2003, Israel dengan taktik bacul dan biadapnya telah melancarkan percubaan membunuh Dr. Rantisi (seorang doktor pakar kanak-kanak). Mereka telah membedilnya dengan roket yang dilancarkan oleh helikopter Apache mereka. Serangan itu menemui kegagalan apabila Dr. Rantisi dan anaknya yang masih kecil berjaya menyelamatkan diri mereka, namun kereta yang mereka naiki hancur dimamah oleh letupan roket tersebut. Serangan tersebut telah dibalas oleh HAMAS dengan siri serangan-serangan yang telah menggegarkan hati setiap warga Zionis. Ketika berada di atas katil hospitalnya, beliau mengatakan: “Hanya perjuangan bersenjata sahaja yang akan dapat memerdekakan bumi Palestin kita”. Selepas syahidnya Syeikh Ahmad Yassin pada 22/3/2004 beliau telah dilantik menjadi pemimpin HAMAS di wilayah Gaza dan berjanji untuk membalas dendam di atas kematian Syeikh Ahmad Yassin. Ketika ditemu ramah oleh salah sebuah badan berita antara bangsa, tidakkah dia takut yang dia pula akan menjadi mangsa buruan tentera Zionis yang seterusnya. Dia menjawab: “Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apache, saya memilih helikopter Apache!”.
Pada hari Sabtu, 17 April 2004, bersama dengan dua orang rakannya beliau telah syahid menemui Allah S.W.T. Syahidnya menyusul pemergian Syeikh Ahmad Yassin apabila kereta yang beliau naiki telah dibedil dengan roket dari helikopter Apache oleh pihak rejim Zionis. Rejim Israel Zionis menyifatkan Dr. Abdul Aziz al-Rantisi sebagai salah seorang pemimpin pengganas yang perlu dihapuskan demi menjamin keselamatan rakyat Israel dan kedamaian di kawasan tersebut. Tidak hairanlah dua minggu sebelum peristiwa tersebut empat buah helikopter Apache berlegar-legar di ruang udara Gaza untuk mencari Dr. Rantisi.
Tidak kurang juga kisah para wanita kita, Sumaiyah R. ha., syahidah pertama, ditusuk kemaluannya kerana mempertahankan agamanya. Ibunda kita, Ummu Mukminin, Siti Khadijah Khuwailid R. ha. pernah dirakamkan seperti berikut,
Daripada Aisyah Ummu Mukminin menyebutkan, “pertama turunnya wahyu kepada Rasulullah saw secara mimpi yang benar waktu beliau tidur. Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira’. Di situ beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya. Setelah bekalan habis, beliau kembali ke sisi Khadijah, untuk mengambil lagi bekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali ke gua Hira`, hingga suatu ketika datang kepadanya kebenaran atau wahyu, iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira’. Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, “Bacalah,” jawab nabi “Aku tidak tahu membaca.” Kata nabi selanjutnya menceritakan, “aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruh membaca, “Bacalah”. Jawabku, “Aku tidak boleh membaca”. Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruh membaca, “Bacalah,” katanya. Jawabku, “Aku tidak boleh membaca” Aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga kemudian seraya berkata,
ù&t ø%$# ÉOó $$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ t,n=y{ z`»|¡SM}$# ô`ÏB @,n=tã ÇËÈ ù&t ø%$# y7 /u ur ãPt ø.F{$# ÇÌÈ
Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, “selimuti aku, selimuti aku!” Siti Khadijah menyelimutinya hingga hilang rasa takutnya. Kata Nabi kepada Khadijah (setelah dikhabarkan semua kejadian yang dialaminya itu), “Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan binasa).” Khadijah menjawab, “Jangan takut, demi Allah, Tuhan tidak akan membinasakan kamu. Kamu selalu menyambung tali persaudaraan (silaturrahim), membantu orang yang susah, mengusahakan barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan menegakkan kebenaran.” Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu anak saudara Khadijah yang telah memeluk agama Nasrani pada masa jahiliah itu. Ia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani. Maka disalinnya Kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa dikehendaki Allah dapat disalin. Usianya telah lanjut dan matanya telah buta.
Khadijah berkata kepada Waraqah, “Wahai anak saudara ku! Dengarkanlah khabar daripada anak saudaramu (Muhammad) ini.” Kata Waraqah kepada Nabi, “Wahai anak saudaraku! Apa yang telah terjadi atas dirimu?” Nabi menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah dialaminya. Berkata Waraqah, “Itulah Namus (malaikat) yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa. Aduhai, semoga saya masih diberi kehidupan ketika kamu diusir kaummu,” Nabi bertanya, “Apakah mereka akan mengusirku,” Jawab Waraqah, “Ya betul, belum ada seorang pun yang diberi wahyu seperti mu tidak dimusuhi orang. Apabila saya masih mendapati hari itu nescaya saya akan menolong anda sekuat-kuatnya.” Tidak berapa lama kemudian Waraqah meninggal dunia dan wahyupun terputus untuk sementara.
Kisah yang lain:
Pada suatu ketika Rasulullah saw bermanja dengan Sayyidatina Khadijah dengan berbaring diharibaan Siti Khadijah r. ha. Ketika sedang berkata-kata dengan Siti Khadijah, tiba-tiba rasa sebak menyelubunginya. Rasa sebak Rasulullah saw itu jelas dipenglihatan Siti Khadijah, lalu bertanyakan penyebabnya. Rasulullah saw memberitahu Siti Khadijah punca sebaknya adalah kerana melihat keadaan Siti Khadijah sekarang ini; dulunya (khususnya sebelum atau pada peringkat awal perkahwinan) beliau seorang hartawan (mungkin perhiasan harta jelas pada badannya ketika itu), kini semuanya sudah tiada (telah disumbangkan kepada perjuangan Baginda saw). Dulu beliau kelihatan sihat dan berisi, sekarang beliau kelihatan kurus. Namun Siti Khadijah telah meredhai semua itu demi cintanya kepada perjuangan Baginda.J
ôQr& ÷Läêö7Å¡ym br& (#qè=äzô s? sp¨Yyfø9$# $£Js9ur ÉOn=÷èt ª!$# tûïÏ%©!$# (#rß yg»y_ öNä3ZÏB zNn=÷èt ur tûïÎ É9»¢Á9$# ÇÊÍËÈ
Ali-‘Imran 142: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
÷Pr& óOçFö6Å¡ym br& (#qè=äzô s? sp¨Yyfø9$# $£Js9ur Nä3Ï?ù't ã@sW¨B tûïÏ%©!$# (#öqn=yz `ÏB Nä3Î=ö6s% ( ãNåk÷J¡¡¨B âä!$y ù't7ø9$# âä!#§ Ø9$#ur (#qä9Ì ø9ã ur 4Ó®Lym tAqà)t ãAqß § 9$# tûïÏ%©!$#ur (#qãZtB#uä ¼çmyètB 4ÓtLtB ç óÇnS «!$# 3 Iwr& ¨bÎ) u óÇnS «!$# Ò= Ì s% ÇËÊÍÈ
Al-Baqarah 214: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
$pk r'¯»t tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä ö@yd ö/ä3 9ß r& 4 n?tã ;ot »pgÏB /ä3 ÉfZè? ô`ÏiB A>#x tã 8LìÏ9r& ÇÊÉÈ tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ¾Ï&Î!qß u ur tbrß Îg»pgéBur Îû È@ Î6y «!$# óOä3Ï9ºuqøBr'Î/ öNä3Å¡àÿRr&ur 4 ö/ä3Ï9ºs × ö yz ö/ä3©9 bÎ) ÷LäêZä. tbqçHs>÷ès? ÇÊÊÈ
As-Saff 10-11: Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).