Tuesday, December 30, 2008

TERKINI (30/12/2008): ISRAEL TERUS MELAKUKAN SERANGAN BESAR-BESARAN TERHADAP PALESTIN


“Masa itu saya sedang makan malam dan kedengaran macam peluru berpandu. “ Beberapa saat kemudian rumah keluarganya terkena tembakan. “Saya terlambung ke udara dan kemudian mendapati saya terjatuh di lantai rumah jiran”, Abu-Fatahi menceritakan detik-detik tragedi yang menimpa diri dan keluarganya (15 ahli keluarganya tercedera) dengan air mata berlinangan.

Statistik sekarang (30/12/2008) lebih kurang 350 orang telah terbunuh dan 1500 orang tercedera (angka ini masih konservatif – angka sebenar dijangka meningkat lebih banyak), dan pihak Israel masih meneruskan serangannya di semenanjung Gaza, Palestin. Kebanyakkan yang terbunuh adalah orang awam dan polis. Sekurang-kurangnya 27 kanak-kanak telah terbunuh. Serangan udara Israel telah mengugurkan bertan-tan bom dan peluru berpandu, jam demi jam. Serangan udaranya hampir melumpuhkan semua institusi keselamatan, sebahagian institusi kesihatan, malah universiti dan masjid juga ada yang dibom. Selain itu, serangan juga dilakukan disempadan, menyulitkan usaha bantuan dihantar dan pesakit dikeluarkan. Ribuan tentera simpanan Israel dan kereta-kereta kebal telah dihantar ke sempadan untuk bersedia dengan serangan darat secara besar-besaran.

Menurut laman web islamonline, pemusnahan di semenanjung Gaza (dengan penduduk yang padat, 1.5 juta orang) telah menjadikannya seolah-olah sebuah kubur yang besar. Senario orang menjerit dengan penuh hiba sambil mengusung mayat sanak-saudara untuk dikebumikan berulang berterusan. Pasukan pertahanan awam kelihatan sangat terdesak membantu mengeluarkan mayat-mayat dari runtuhan dan timbunan batu-batu serta bangunan. “kami menemui banyak mayat yang tiada kaki atau kepala”, kata seorang pegawai pertahanan awal. Yang lain-lain pula kelihatan mencari-cari sanak-saudara yang hilang dalam serangan Israel itu.








Alasan Israel: Israel menyatakan (kononnya) mereka terpaksa melakukan serangan besar-besaran untuk mengelakkan Palestin terus melancarkan tembakan meriam pejuang-pejuang Palestin. Mereka akan terus menyerang, mengebom dan mungkin melakukan serangan darat besar-besaran sehingga Palestin langsung tidak ada keupayaan mengugat mereka.

Sebenarnya Israel akan menghadapi pilihanraya dalam negaranya pada awal tahun 2009. Ahli-ahli politik yang menunjuk belangnya dalam berhadapan dengan pihak Arab, khususnya Palestin dan Lebanon selalunya akan mendapat undi yang banyak daripada rakyatnya, Justeru, semua pihak yang berkenaan di Israel telah menunjukkan sikap agresifnya terhadap Palestin. Lalu mereka menggunakan antara kelengkapan perang tercanggih di dunia ini untuk menghancurkan rakyat Palestin yang hanya berbekalkan senjata buatan sendiri.
Mereka mendakwa hanya ingin menghapuskan pemerintah daripada puak Hamas. Namun, ramai orang awam, kanak dan orang perempuan yang terbunuh. Mereka mendakwa pihak Hamas tidak dapat berdamai dengan mereka dan mengalakkan serangan berani mati atau melancarkan meriam ke kawasan-kawasan sempadan dalam negaranya. Sebenarnya itu kelicikan mainan media Israel. Israel yang selalu membunuh rakyat Palestin yang menyebabkan pihak Palestin membalas dengan senjata tidak canggih mereka yang sangat sedikit menyebabkan kematian rakyat Israel. (Contohnya dalam serangan Israel selama lima minit pada hari Sabtu 27/12/08 telah membunuh lebih ramai daripada yang dibunuh oleh Palestin selama lima tahun yang lalu).

Perlu difahami bahawa Palestin hanya ingin mempertahankan diri dan negaranya. Pada tahun 1946 mereka menguasai sebahagian besar kawasan asal bumi Palestin (lihat kawasan berlorek dalam peta di bawah) selepas tahun 2000 ianya menjadi sebaliknya. Mereka pula yang diusir dan sentiasa diperangi sehingga mereka semakin tiada tempat untuk didiami.


















Sokongan Umat Islam: Pemimpin Amerika, malah Mesir dan Fatah sendiri telah menyalahkan Hamas kerana memberhentikan gencatan senjata. Negara-negara Arab lain juga mengambil sikap berlengah-lengah dalam mencari penyelesaian terhadap konflik terbaru. Hanya sedikit sahaja Negara atau kumpulan yang lantang menyuarakan bantahan terhadap krisis terbaru ini.

Sebaliknya dengan ummat Islam di seluruh dunia, khususnya dirantau Arab. Mereka keluar beramai ke jalan-jalan raya menyatakan bantahan. Bantahan bukan sahaja dihadapkan kepada Israel dan Amerika, malah mereka juga mengutuk keras sikap pemimpin-pemimpin mereka yang seolah-olah membiarkan Palestin bermandikan darah.





Apa Yang Boleh Kita Lakukan?

1. Berdoalah dengan penuh ikhlas dan penuh berharap. Solat hajat dan mohonkanlah diselamatkan umat Islam Palestin dan dihancurkan Israel. Bacalah qunut nazilah dalam sembahyang fardhu.
2. Sebarkan maklumat sebegini dan jadikanlah masyarakat lebih sensitif dengan saudara Islam seagama.
3. Boikotlah barangan atau syarikat-syarikat yang member sumbangan besar kepada Israel. Dicadangkan (untuk menambah keberkesanan boikot) barangan atau syarikat-syarikat berikut (untuk keterangan terperinci kenapa barangan berikut perlu diboikot, rujuk http://www.inminds.co.uk/:







4. Beri sumbangan/infak anda. Menurut Dr Yusuf Qaradhawi, berinfak kepada saudara kita di Palestin sudah menjadi kewajiban pada hari ini:



Berilah sumbangan anda melalui mana-mana jemaah Islam di Malaysia. Anda juga boleh menyumbang melalui ABIM dan WADAH negeri Kedah (04-7315317) @ 019-475-574-1). Sumbangan anda juga boleh dimasukkan ke dalam akaun “TABUNG AMANAH DAKWAH”, BIMB – 02011010061452 (diuruskan oleh jawatankuasa amanah Wadah, Abim dan Persida negeri Kedah).

Dapatkan bahan untuk disebarkan di sini (ada boleh download, edit, fotostat dan edarkan)

No comments: