Thursday, April 20, 2006

Perjalanan Menuju Allah - I

TAZKIRAH:
KATA-KATA HIKMAH SYEIKH IBN ATA’ILLAH AL-SAKANDARI


Hikmah 1:
مِنْ عَلاَمَاتِ الأِعْتِمَادِ عَلَى الْعَمَلِ نُقْصَانُ الرَّجَاءِ عِنْدَ وُجُوْدِ الزُّلَلِ.
Antara tanda-tanda terlalu bergantung kepada amal (untuk mendapat redha Allah) adalah kurangnya harapan terhadap rahmat Allah ketika melakukan kesalahan.

@Pemberian Allah kepada kita tidak terhingga – tidak ada amalan kita yang boleh membalas hatta sebesar atom sekalipun.
@Namun, untuk mendapat rahmat Allah perlulah mempertingkatkan amal sebanyak mungkin.
@Justeru, berharaplah kepada rahmat Allah melalui usaha mengikhlaskan dan memperbanyakkan amalan. Semoga Allah mengasihani kita untuk mendapat keredhaannya.


Hikmah 2:
لاَ يَكُنْ تَأَخُّرُ أَمَدِ الْعَطَاءِ مَعَ الأِلْحَاحِ فِي الدُّعَاءِ مُوْجبًا لِيَأْسِكَ. فَهُوَ ضَمِنَ لَكَ الأِجَابَةَ فِيْمَا يَخْتَارُهُ لَكَ لاَ فِيْمَا يَخْتَارُ لِنَفْسِكَ. وَفِي الْوَقْتِ الَّذِي يُرِيْدُ لاَ فِي الْوَقْتِ الَّذِي تُرِيْدُ.
Terlambatnya masa pemberian oleh Allah – apabila kita berdoa – janganlah hendaknya menyebabkan anda berputus asa, kerana Allah s.w.t telah memakbulkan doa anda menurut pilihanNya untuk anda, bukan menurut apa yang anda pilih untuk diri anda - serta pada masa yang Dia kehendaki dan bukan pada masa yang anda inginkan.

@Adab hamba kepada Allah – tidak boleh memberi syarat untuk menunaikan sesuatu mengikut apa yang kita hendakkan
@Allah mempunyai rencanaNya yang sudah pasti ada hikmah yang kadang-kadangnya tidak disedari oleh kita.

No comments: