Wednesday, February 25, 2009

Memberi Sedikit Sumbangan Kepada Dakwah: Untuk Meningkatkan Darjat Kita kepada Allah

 

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِهِ كُلُّ دَرَجَتَيْنِ مَا بَيْنَهُمَا كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ.  رَوَاهُ البُخَارِيُّ.

Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat seratus darjat yang disediakan Allah kepada pejuang-pejuang di jalanNya.  Setiap di antara dua darjat seumpama antara langit dan bumi.  Riwayat Bukhari.

 

 ·         Sesungguhnya, sangat besar ganjaran kepada mereka yang bekerja di jalan Allah.

 

·         Walaupun kita kerap mengatakan terdapat banyak cara untuk kita menjadi hamba Allah yang diredhaiNya, namun setiap cara tersebut mempunyai nilai yang berbeza antara satu sama lain.

 

žw "ÈqtGó¡o tbrßÏè»s)ø9$# z`ÏB tûüÏZÏB÷sßJø9$# çŽöxî 'Í<'ré& Í'uŽœØ9$# tbrßÎg»yfçRùQ$#ur 'Îû È@Î6y «!$# óOÎgÏ9ºuqøBr'Î/ öNÍkŦàÿRr&ur 4 Ÿ@žÒsù ª!$# tûïÏÎg»yfçRùQ$# óOÎgÏ9ºuqøBr'Î/ öNÍkŦàÿRr&ur 'n?tã tûïÏÏè»s)ø9$# Zpy_u'yŠ 4 yxä.ur ytãur ª!$# 4Óo_ó¡çtø:$# 4 Ÿ@žÒsùur ª!$# tûïÏÎg»yfßJø9$# 'n?tã tûïÏÏè»s)ø9$# #·ô_r& $VJŠÏàtã ÇÒÎÈ   ;M»y_u'yŠ çm÷ZÏiB ZotÏÿøótBur ZpuH÷qu'ur 4 tb%x.ur ª!$# #Y'qàÿxî $¸JÏm§' ÇÒÏÈ  

An-Nisa 95-96: Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) daripada kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat.  Dan tiap-tiap satu (daripada dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;   iaitu beberapa darjat kelebihan daripadanya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#rãy_$ydur (#rßyg»y_ur 'Îû È@Î6y «!$# ôMÏlÎ;ºuqøBr'Î/ öNÍkŦàÿRr&ur ãNsàôãr& ºpy_u'yŠ yYÏã «!$# 4 y7Í´¯»s9'ré&ur ç/èf tbrâ"ͬ!$xÿø9$# ÇËÉÈ   öNèdçŽÅe³t6ムOßgš/u' 7pyJômtÎ/ çm÷YÏiB 5bºuqôÊÍ'ur ;M»¨Zy_ur öNçl°; $pkŽÏù ÒOŠÏètR íOŠÉ)B ÇËÊÈ   šúïÏ$Î#»yz !$pkŽÏù #´t/r& 4 ¨bÎ) ©!$# ÿ¼çnyYÏã íô_r& ÒOŠÏàtã

At-Taubah 20-22: (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.  Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta syurga; mereka beroleh di dalam syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.  Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah  menyediakan di sisiNya pahala yang besar.

 

·         Golongan pejuang agama (المجاهدين) dengan yang duduk sahaja (القاعدين) tidak sama pahalanya di sisi Allah.  Walaupun Allah telah menjanjikan bahawa mereka yang duduk kerana berhalangan akan mendapat balasan yang baik (syurga), namun Allah tetap melebihkan mereka yang berjuang.

 

·         Menurut Pak Hamka, jihad adalah kerja keras, bersungguh-sungguh ataupun berjuang.

 

 

Penggerak Dakwah

 

·         Antara jihad (menegakkan kalimah Allah) sekarang mungkin dengan bergerak di medan dakwah, menjalankan amanah amal maaruf dan nahi mungkar, secara gerakan atau berpadu di lapangan.  Jelas kelihatan amalan sosial songsang dan melampaui batasan, kecelaruan penafsiran agama berleluasa dengan wewenang, tanpa ada gerakan dakwah yang berkuasa (powerful).

 

·         Penggerak dakwah perlu bangkit menjadi "mujahidin" - untuk mendapat ganjaran yang besar; ampunan-Nya dan rahmat-Nya. 

 

·         Penggerak dakwah perlu sedari bahawa kecelaruan sosial dan beragama akan semakin parah selepas ini – apakah yang akan kita wariskan kepada generasi kemudian?

 

·         Hari ini, kita berdepan dengan situasi yang semakin mencabar.  Krisis akhlak, sosial, pemikiran, jati diri keislaman dan berbagai lagi semakin meruncing dan menggerunkan.  Bayangkan, kadar zina sebelum kahwin telah meningkat tinggi, 19 orang menghidap HIV setiap hari, tiga (3) kes kematian akibat penyakit aids setiap hari (90 orang setiap bulan dan melebihi 1000 orang setiap tahun), 70% adalah akibat daripada najis dadah dan lebih 70% yang menagih dadah adalah orang melayu-Islam.  Terdapat 55 kes baru penagih dadah setiap hari. Semua itu hanya sebahagian statistik yang cukup menakutkan.  Belum disenaraikan lagi statistik murtad (di mana sebahagian orang melayu tidak berselindung lagi mewar-warkan kemurtadannya), kes sumbang mahram, kadar bunuh diri, hidup nafsu-nafsi, tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah @ bacaan-bacaan wajib solat dan banyak lagi.  Anak-anak muda terlalu sukakan hiburan, artis-artis dijadikan idola, dan banyak lagi.  Semua simpton di atas menandakan ummah kita sedang menderita penyakit kronik.

 

·         Persoalan yang lebih besar daripada statistik dan simpton-simpton penyakit ummah atau fitnah agama di atas adalah sama ada kita telah berbuat sesuatu yang berkesan untuk memenuhi tuntutan amanah khalifah di mukabumi ini.  Cabaran untuk berbuat sesuatu semakin mencabar kerana faktor-faktor merosak seolah-olah bertambah secara eksponen (meningkat dengan begitu pesat sekali).  Baru sahaja kita menentang satu konsert jom heboh, berbagai konsert atau program 'jom heboh' mempengaruhi anak muda kita.  Rasanya begitu panjang senarai berikut; Akademi Fantasia, Mentor, Mencari Cinta, Malaysia Idol, Who Will Win, Bintang RTM, Juara Lagu, Hitz1, Irama Bollywood dan lain-lain lagi.  Satu usaha yang kita lakukan, sepuluh usaha negatif yang 'berlawan' dengan kita.  Takut sekali rasanya, kalau Allah sudah murka dengan kita (azab Allah tidak terperi dasyatnya):

 

(#qà)¨?$#ur ZpuZ÷FÏù žw ¨ûtùÅÁè? tûïÏ%©!$# (#qßJn=sß öNä3YÏB Zp¢¹!%s{ ( (#þqßJn=÷æ$#ur žcr& ©!$# ߃Ïx© É>$s)Ïèø9$# ÇËÎÈ  

Al-Anfaal 25:  Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

 

ö@ygsù tbrãÝàZtƒ žwÎ) sptã$¡¡9$# br& NåkuŽÏ?ù's? ZptGøót/ ( ôs)sù uä!%y` $ygèÛ#uŽõ°r& 4 4'¯Tr'sù öNçlm; #sŒÎ) öNåkøEuä!%y` öNßg1tø.ÏŒ ÇÊÑÈ  

Muhammad 18: (kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadaNya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?

 

·         Dalam pada itu, sebahagian daripada masyarakat kita sudah berpuas-hati dengan memperbanyakkan amal-ibadat dan membiarkan masyarakat Islam terus hanyut dengan berbagai permasalahan.

 

ôMt/ÎŽàÑ ãNÍköŽn=tã èp©9Ïe%!$# tûøïr& $tB (#þqàÿÉ)èO žwÎ) 9@ö6pt¿2 z`ÏiB «!$# 9@ö6ymur z`ÏiB Ĩ$¨Y9$# râä!$t/ur 5=ŸÒtóÎ/ z`ÏiB «!$# ôMt/ÎŽàÑur ãNÍköŽn=tã èpuZs3ó¡yJø9$# 4 šÏ9ºsŒ öNßg¯Rr'Î/ (#qçR%x. tbrãàÿõ3tƒ ÏM»tƒ$t«Î/ «!$# tbqè=çGø)tƒur uä!$uŠÎ;/RF{$# ÎŽötóÎ/ 9d,ym 4 y7Ï9ºsŒ $yJÎ/ (#q|Átã (#qçR%x.¨r tbrßtG÷ètƒ ÇÊÊËÈ  

Ali-'Imran 112:  Mereka ditimpakan kehinaan (daripada segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan hubungan dengan Allah (hablu minallah) dan adanya  hubungan dengan manusia (hablu minannas).  Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan daripada Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).

 

* ÏMs9$s% Ü>#{ôãF{$# $¨YtB#uä ( @è% öN©9 (#qãZÏB÷sè? `Å3»s9ur (#þqä9qè% $oYôJn=ór& $£Js9ur È@äzôtƒ ß`»yJƒM}$# 'Îû öNä3Î/qè=è% ( bÎ)ur (#qãèÏÜè? ©!$# ¼ã&s!qßu'ur Ÿw Nä3÷GÎ=tƒ ô`ÏiB öNä3Î=»yJôãr& $º«øx© 4 ¨bÎ) ©!$# Ö'qàÿxî îLìÏm§' ÇÊÍÈ   $yJ¯RÎ) šcqãYÏB÷sßJø9$# tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä «!$$Î/ ¾Ï&Î!qßu'ur §NèO öNs9 (#qç/$s?ötƒ (#rßyg»y_ur öNÎgÏ9ºuqøBr'Î/ óOÎgÅ¡àÿRr&ur 'Îû È@Î6y «!$# 4 y7Í´¯»s9'ré& ãNèd šcqè%Ï»¢Á9$# ÇÊÎÈ  

Al-Hujuraat 14-15: Orang-orang "A'raab" berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "Kami telah Islam".  Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah serta RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun daripada pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

 

مَنْ لَمْ يَهْتَمْ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ.

Orang yang tidak mengambil berat nasib umat Islam bukanlah dia di kalangan mereka. Hadis oleh Imam Tabrani, Baihaqi, Abu Nua'im dan Ibnu Hibban.

 

·         Penggerak dakwah perlu lebih berkorban dan jangan biarkan perhiasan dunia memesong amanah dakwah yang mulia:. 

ö@è% bÎ) tb%x. öNä.ät!$t/#uä öNà2ät!$oYö/r&ur öNä3çRºuq÷zÎ)ur ö/ä3ã_ºurør&ur óOä3è?uŽÏ±tãur îAºuqøBr&ur $ydqßJçGøùuŽtIø%$# ×ot»pgÏBur tböqt±øƒrB $ydyŠ$|¡x. ß`Å3»|¡tBur !$ygtRöq|Êös? ¡=ymr& Nà6øs9Î) šÆÏiB «!$# ¾Ï&Î!qßu'ur 7Š$ygÅ_ur 'Îû ¾Ï&Î#Î7y (#qÝÁ­/uŽtIsù 4Ó®Lym šÎAù'tƒ ª!$# ¾Ín͐öDr'Î/ 3 ª!$#ur Ÿw "Ïöku tPöqs)ø9$# šúüÉ)Å¡»xÿø9$# ÇËÍÈ  

At-Taubah 24:  Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

 

* ¨bÎ) ©!$# 3"uŽtIô©$# šÆÏB šúüÏZÏB÷sßJø9$# óOßg|¡àÿRr& Nçlm;ºuqøBr&ur  cr'Î/ ÞOßgs9 sp¨Yyfø9$# 4 šcqè=ÏG»s)ム'Îû È@Î6y «!$# tbqè=çGø)uŠsù šcqè=tFø)ãƒur ( #´ôãur Ïmøn=tã $y)ym Îû Ïp1u'öq­G9$# È@ÅgUM}$#ur Éb#uäöà)ø9$#ur 4 ô`tBur 4nû÷rr& ¾ÍnÏôgyèÎ/ šÆÏB «!$# 4 (#rçŽÅ³ö6tFó$$sù ãNä3Ïèøu;Î/ "Ï%©!$# Läê÷ètƒ$t/ ¾ÏmÎ/ 4 šÏ9ºsŒur uqèd ãöqxÿø9$# ÞOŠÏàyèø9$#  

 

At-Taubah 111: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

 

$¯RÎ) ß`øtwU ÌÓ÷ÕçR 4tAöqyJø9$# Ü=çGò6tRur $tB (#qãB£s% öNèdt»rO#uäur 4 ¨@ä.ur >äóÓx« çm»uZøŠ|Áômr& þ'Îû 5Q$tBÎ) &ûüÎ7B ÇÊËÈ  

Yasin 12: Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu suratan) yang jelas nyata.

 

No comments: