Wednesday, February 25, 2009

Sekelumit Kisah Pejuang-Pejuang Dakwah di Sepanjang Lipatan Sejarah

Pak Hamka menulis beberapa kisah pejuang-pejuang agama yang tidak memikirkan kesusahan atau keuzuran dalam berjuang ketika menafsir ayat 41 surah At-Taubah:

 

(#rã ÏÿR$# $]ù$xÿÅz Zw$s)ÏOur (#rß Îg»y_ur öNà6Ï9ºuqøBr'Î/ öNä3Å¡àÿRr&ur Îû È@ Î6y «!$# 4 öNä3Ï9ºs × ö yz öNä3©9 bÎ) óOçFZä. cqßJn=÷ès? ÇÍÊÈ  

At-Taubah 41:  Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

 

 

Kisah Abu Talhah dan Sahabat-Sahabat Lain

 

Bahawa seorang sahabat Rasulullah saw yang terkenal, bernama Abu Talhah, beberapa tahun setelah Rasulullah wafat, datanglah nafir (seruan) peperangan, lalu beliau baca surah Baraah (At-Taubah).  Sesampai bacaannya kepada ayat 41 ini: “Pergilah berperang, dalam keadaan ringan dan berat…,” tiba-tiba dia berkata kepada anak isterinya: “Anakku semua! Persiapkan bekalku, persiapkan sekarang juga, aku akan turut!”  Lalu berkatalah anak-anaknya: “moga-moga Tuhan melimpahkan rahmatNya kepada ayah!  Bukankah ayah dahulu telah turut berperang bersama Rasulullah.  Sekarang Rasulullah saw telah wafat.  Setelah itu, ayahpun telah ikut berperang bersama Abu Bakar; sekarang beliaupun telah wafat.  Setelah itu ayahpun turut berperang dengan Umar, beliaupun telah wafat.  Sekarang ini, biarkanlah kami pergi berperang atas nama ayah!”  “Tidak!” katanya tegas:  “kalian mesti mempersiapkan daku.”  Anak-anaknya tidaklah dapat mencegah hati beliau yang keras itu.  Abu Talhah pergi berperang menurut Armada Islam di laut.  Maka dengan anugerah tuhan, meninggallah beliau dalam pertempuran di laut.  Rupanya orang tidak sampai hati buat melemparkannya ke dalam lautan; lalu dibawanya juga terus belayar, mencari sebuah pulau buat mengembumikan jenazahnya.  Namun sesudah belayar tujuh hari tujuh malam, barulah bertemu sebuah pulau, dan dikuburkan jenazah beliau di sana.  Riwayat itu mengatakan pula, meskipun sudah tujuh hari tujuh malam dibawa belayar di dalam lautan, namun mayat beliau tidak berubah sedikit juga; tidak berbau, dan tidak busuk.

 

Menurut riwayat Ath-Tabari, seorang sahabat Rasulullah saw yang bernama al-Miqdad bin al-Aswad, diwaktu mudanya hadir di dalam peperangan Badar.  Beliau dijuluki gelar “Faris Rasulillah”, artinya Pahlawan Berkuda Rasulullah.  Kerana dalam perang Badar itu hanya dia seorang yang berkuda.  Di hari tuanya beliau berdiam di Homsh.  Meskipun beliau telah tua, kalau datang nafir perang, diapun bersiap pergi, walaupun badannya sudah terpaksa diusung dengan tandu; apatah lagi dia sudah gemuk, ketika ditanya, jawabnya tegas: “Ringan dan berat, mesti pergi!”.  Bahkan Said bin al-Musayyab, Tabi’in yang terkenal, datang nafir peperangan, diapun segera menggabungkan diri, walaupun matanya hanya tinggal sebelah. “Tak usah ikut!” Beliau akan menjawab: “Bila perintah Allah datang, harus siap, ringan ataupun berat”.

 

Abu Ayyub al-Anshari, adalah pula seorang sahabat Anshar yang sangat terkenal, kerana beliaulah yang mula menyambut kedatangan Rasulullah saw dan menjadi tetamu di rumahnya, sebelum Rasulullah mendirikan rumah-rumah sendiri buat dia dan isteri-isterinya.  Abu Ayyub berkata: “Bila nafir untuk berperang telah terdengar, akupun segera bersiap, dalam keadaan ringan ataupun dalam keadaan berat.”  Itulah sebabnya maka beliau mencapai syahidnya di dalam peperangan mengepung Kota Konstantinople, di bawah pimpinan Yazid bin Abu Sufyan, di masa pemerintahan Mu’awiyah.  Beliau tidak pernah ketinggalan di dalam mana-mana peperangan, sehingga mencapai syahidnya.  Dizaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, setelah Konstantinople jatuh ke tangan Islam, (1453M).  Baginda memerintahkan mencari kuburan itu, sehingga didirikan di sana sebuah masjid dan dimuliakan sampai sekarang.

 

·         Sesungguhnya kisah pejuangan pejuang-pejuang Islam sangat banyak dalam lipatan sejarah.  Mereka semua tidak takutkan mati, hanya redha Allah yang dicari.  Mereka sangat terpanggil dengan ayat-ayat seperti ayat berikut:

 

z`ÏiB tûüÏZÏB÷sßJø9$# ×A%y`Í (#qè%y |¹ $tB (#rß yg»tã ©!$# Ïmø n=tã ( Nßg÷YÏJsù `¨B 4Ó|Ós% ¼çmt6øtwU Nåk÷]ÏBur `¨B ã ÏàtF^t ( $tBur (#qä9£ t/ Wx Ï ö7s? ÇËÌÈ  

 

Al-Ahzab 23: Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

 

Begitulah juga dengan kisah dua orang pejuang Palestin yang telah ‘selesai menjalankan janjinya’ (dipetik dan disunting daripada http://www.palestinkini.info):

 

as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

Kemungkinan salah seorang yang paling berpengaruh dalam sejarah penentangan Palestin ialah Syeikh Ahmad Yassin, seorang tokoh yang luar biasa, motivator, perancang strategi, dan sumber inspirasi untuk ribuan rakyat Palestin yang mahu akan kebebasan. Fizikal Syeikh Ahmad Yassin adalah lumpuh dan lemah.  Walaupun dirinya menggambarkan fizikal yang kurang upaya, sebenarnya beliau lebih banyak membakar semangat dan menerapkan kepada pemuda Palestin kepercayaan bahawa serangan berani mati untuk melumpuhkan penjajah ialah satu usaha yang membawa kepada syahid.

Dilahirkan di Majdal pada tahun 1936 berdekatan Bandar Askalan.  Pada masa tersebut Palestin berada bawah pemerintahan British. Pendirian Ahmad Yassin mula dibentuk sewaktu rakyat Palestin dimalukan dan dihina. Bapa kepada 11 orang anak ini tergolong dalam keluarga yang diusir keluar dari rumah mereka oleh pihak berkuasa Israel semasa konflik Arab-Israel yang pertama pada, iaitu pada tahun 1948. Selepas satu kemalangan pada zaman kanak-kanaknya, beliau berbakti kepada pertubuhan Islam dalam usia yang masih sangat muda.

Sejak awal lagi, pemimpin Hamas ini merupakan inspirasi kepada kebangkitan (intifada’) 1987 dan 2000.  Mereka enggan menerima bantahan daripada orang yang berpendapat serangan berani mati itu sebagai perbuatan membunuh diri semata-mata. Ahmad Yassin selalu menegaskan bahawa jika rakyat Palestin menyerang daripada kedudukan yang lebih lemah, mereka perlu bersedia untuk menerima kekalahan teruk. Dalam khutbah dan ajarannya, Ahmad Yassin berkali-kali menggambarkan serangan berani mati sebagai mati syahid untuk menentang pemimpin yang zalim. Beliau juga menegaskan Israel ialah sebuah negara berkefahaman tentera yang telah mengaburkan perbezaan antara orang awam dan tentera.

Beliau juga menyebut yang Hamas tidak menjadikan “orang awam” Israel sebagai sasaran mereka, kecuali sebagai pembalasan secara langsung atas kematian orang awam Palestin. Beliau melihat perkara ini sebagai taktik yang perlu untuk “menunjukkan yang Israel tidak boleh lari tanpa membayar harga kematian orang-orang kami.”

Intifada yang tercetus pada September 2000, mengesahkan pemikiran Ahmad Yassin. Pergerakan-pergerakan Islam, nasional, dan sekular Palestin berebut-rebut untuk mengikuti strategi pengeboman diri, di mana setiap Pergerakan akan berbangga dengan kesyahidan ahli mereka. Begitu juga dengan keazaman mereka untuk mengorbankan anak-anak mereka untuk tujuan yang lebih besar iaitu kemerdekaan tanah air mereka. Bagi kebanyakan rakyat Palestin, mati syahid merupakan misi utama mereka, satu konsep yang diulang beberapa kali di media massa Palestin serta dalam mesej pita video yang ditinggalkan pengebom berani mati.

(tulisan berikut dipetik daripada, http://mazuki5.tripod.com/syeikh_yassin.htm)

Selepas solat Subuh 22hb. Mac 2004, tiba-tiba Israel menyerangnya dengan tiga peluru berpandu.  Salah satunya jatuh tepat ke atas Syeikh Ahmad Yassin sehingga beliau menemui syahidnya bersama ramai lagi yang lain. Bersama syahid adalah dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya. Serpihan badan dan darah berhamburan di segenap penjuru kawasan.

Di tengah jalan di antara rumah Syeikh Ahmad Yassin dan Masjid Akademi Islam (kira-kira beberapa ratus meter jaraknya), darah kelihatan di merata tempat.  Cebisan-cebisan daging manusia melitupi dinding sebuah rumah dua tingkat di timur jalan. Pihak ambulan dan penduduk tempatan sama-sama tolong mengutip dan mengumpulkan cebisan anggota tubuh manusia di jalanan dan bumbung beberapa buah rumah berhampiran.

Kerusi roda yang dinaiki beliau hancur lebur dan dipenuhi dengan darah. Saksi yang tinggal berhampirtan masjid itu memberitahu : "Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh....saya nampak dia terduduk di atas tanah dan kerusinya hancur.  Orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri. Kemudian, selepas itu jatuh dua peluru berpandu yang lain."

Saksi yang lain berkata : "Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau masih bersama dua pengapitnya (pembantu). Apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara."

"Saya lihat tiga helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu meletup.  Saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi beliau telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah...saya menangis.... ". Salah seorang pekerja hospital As-Syifaa yang memindahkan mayat As-Syaheed berkata : "Tidak tinggal satu pun daripada jasadnya kecuali kepalanya."

Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin (kebanyakan mereka dalam keadaan menangis) keluar ke jalan-jalan raya di bandar Gaza. Berdas-das tembakan dilepaskan ke udara. Salah seorang jemaah sembahyang berkata, Syeikh Yassin sememangnya mendambakan mati syahid (syahadah), dan beliau benar-benar telah mencapainya. "Beliau pernah berkata kepada saya - Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid. Ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi!"

 

As-Syahid Abdul Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi

 

Abdul Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi dilahirkan pada 23/10/1947 di sebuah kampung bernama Binaa yang terletak di antara Asqalan dan Jaffa. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang kuat beragama. Keluarganya telah dipaksa untuk berhijrah ke Gaza selepas peperangan 1948 dan menetap di khemah pelarian Khan Yunus bersama puluhan ribuan pelarian yang lain.  Pada waktu itu umurnya hanya berusia enam bulan. Di perkhemahan tersebutlah beliau membesar bersama sebelas orang adik beradiknya yang lain (sembilan lelaki dan dua orang perempuan).

 

Pada 10 Jun 2003, Israel dengan taktik bacul dan biadapnya telah melancarkan percubaan membunuh Dr. Rantisi (seorang doktor pakar kanak-kanak).  Mereka telah membedilnya dengan roket yang dilancarkan oleh helikopter Apache mereka. Serangan itu menemui kegagalan apabila Dr. Rantisi dan anaknya yang masih kecil berjaya menyelamatkan diri mereka, namun kereta yang mereka naiki hancur dimamah oleh letupan roket tersebut. Serangan tersebut telah dibalas oleh HAMAS dengan siri serangan-serangan yang telah menggegarkan hati setiap warga Zionis. Ketika berada di atas katil hospitalnya, beliau mengatakan: “Hanya perjuangan bersenjata sahaja yang akan dapat memerdekakan bumi Palestin kita”. Selepas syahidnya Syeikh Ahmad Yassin pada 22/3/2004 beliau telah dilantik menjadi pemimpin HAMAS di wilayah Gaza dan berjanji untuk membalas dendam di atas kematian Syeikh Ahmad Yassin. Ketika ditemu ramah oleh salah sebuah badan berita antara bangsa, tidakkah dia takut yang dia pula akan menjadi mangsa buruan tentera Zionis yang seterusnya.  Dia menjawab: “Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apache, saya memilih helikopter Apache!”.


Pada hari Sabtu, 17 April 2004, bersama dengan dua orang rakannya beliau telah syahid menemui Allah S.W.T.  Syahidnya menyusul pemergian Syeikh Ahmad Yassin apabila kereta yang beliau naiki telah dibedil dengan roket dari helikopter Apache oleh pihak rejim Zionis. Rejim Israel Zionis menyifatkan Dr. Abdul Aziz al-Rantisi sebagai salah seorang pemimpin pengganas yang perlu dihapuskan demi menjamin keselamatan rakyat Israel dan kedamaian di kawasan tersebut. Tidak hairanlah dua minggu sebelum peristiwa tersebut empat buah helikopter Apache berlegar-legar di ruang udara Gaza untuk mencari Dr. Rantisi.

 

Tidak kurang juga kisah para wanita kita,  Sumaiyah R. ha., syahidah pertama, ditusuk kemaluannya kerana mempertahankan agamanya.  Ibunda kita, Ummu Mukminin,  Siti Khadijah Khuwailid R. ha. pernah dirakamkan seperti berikut,

Daripada Aisyah Ummu Mukminin menyebutkan, “pertama turunnya wahyu kepada Rasulullah saw secara mimpi yang benar waktu beliau tidur.  Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi.  Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira’.  Di situ beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya.  Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya.  Setelah bekalan habis, beliau kembali ke sisi Khadijah, untuk mengambil lagi bekalan secukupnya.  Kemudian beliau kembali ke gua Hira`, hingga suatu ketika datang kepadanya kebenaran atau wahyu, iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira’.  Malaikat datang kepadanya,  lalu katanya, “Bacalah,” jawab nabi “Aku tidak tahu membaca.” Kata nabi selanjutnya menceritakan, “aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan.  Kemudian aku dilepaskannya dan disuruh membaca, “Bacalah”.  Jawabku, “Aku tidak boleh membaca”.  Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan.  Kemudian aku dilepaskannya dan disuruh membaca, “Bacalah,” katanya.  Jawabku, “Aku tidak boleh membaca” Aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga kemudian seraya berkata,

ù&t ø%$# ÉOó $$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ   t,n=y{ z`»|¡SM}$# ô`ÏB @,n=tã ÇËÈ   ù&t ø%$# y7 /u ur ãPt ø.F{$# ÇÌÈ  

 

Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, “selimuti aku, selimuti aku!”  Siti Khadijah menyelimutinya hingga hilang rasa takutnya.  Kata Nabi kepada Khadijah (setelah dikhabarkan semua kejadian yang dialaminya itu), “Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan binasa).”  Khadijah menjawab, “Jangan takut, demi Allah, Tuhan tidak akan membinasakan kamu.  Kamu selalu menyambung tali persaudaraan (silaturrahim), membantu orang yang susah, mengusahakan barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan menegakkan kebenaran.”  Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu anak saudara Khadijah yang telah memeluk agama Nasrani pada masa jahiliah itu.  Ia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani.  Maka disalinnya Kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa dikehendaki Allah dapat disalin.  Usianya telah lanjut dan matanya telah buta.

Khadijah berkata kepada Waraqah, “Wahai anak saudara ku!  Dengarkanlah khabar daripada anak saudaramu (Muhammad) ini.”  Kata Waraqah kepada Nabi, “Wahai anak saudaraku! Apa yang telah terjadi atas dirimu?”  Nabi menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah dialaminya.  Berkata Waraqah, “Itulah Namus (malaikat) yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa.  Aduhai, semoga saya masih diberi kehidupan ketika kamu diusir kaummu,”  Nabi bertanya, “Apakah mereka akan mengusirku,”  Jawab Waraqah, “Ya betul, belum ada seorang pun yang diberi wahyu seperti mu tidak dimusuhi orang.  Apabila saya masih mendapati hari itu nescaya saya akan menolong anda sekuat-kuatnya.”  Tidak berapa lama kemudian Waraqah meninggal dunia dan wahyupun terputus untuk sementara.

 

Kisah yang lain:


Pada suatu ketika Rasulullah saw bermanja dengan Sayyidatina Khadijah dengan berbaring diharibaan Siti Khadijah r. ha.  Ketika sedang berkata-kata dengan Siti Khadijah, tiba-tiba rasa sebak menyelubunginya.  Rasa sebak Rasulullah saw itu jelas dipenglihatan Siti Khadijah, lalu bertanyakan penyebabnya.  Rasulullah saw memberitahu Siti Khadijah punca sebaknya adalah kerana melihat keadaan Siti Khadijah sekarang ini; dulunya (khususnya sebelum atau pada peringkat awal perkahwinan) beliau seorang hartawan (mungkin perhiasan harta jelas pada badannya ketika itu), kini semuanya sudah tiada (telah disumbangkan kepada perjuangan Baginda saw).  Dulu beliau kelihatan sihat dan berisi, sekarang beliau kelihatan kurus.  Namun Siti Khadijah telah meredhai semua itu demi cintanya kepada perjuangan Baginda.J

 

ôQr& ÷Läêö7Å¡ym br& (#qè=äzô s? sp¨Yyfø9$# $£Js9ur ÉOn=÷èt ª!$# tûïÏ%©!$# (#rß yg»y_ öNä3ZÏB zNn=÷èt ur tûïÎ É9»¢Á9$# ÇÊÍËÈ  

Ali-‘Imran 142: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

 

÷Pr& óOçFö6Å¡ym br& (#qè=äzô s? sp¨Yyfø9$# $£Js9ur Nä3Ï?ù't ã@sW¨B tûïÏ%©!$# (#öqn=yz `ÏB Nä3Î=ö6s% ( ãNåk÷J¡¡¨B âä!$y ù't7ø9$# âä!#§ Ø9$#ur (#qä9Ì ø9ã ur 4Ó®Lym tAqà)t ãAqß § 9$# tûïÏ%©!$#ur (#qãZtB#uä ¼çmyètB 4ÓtLtB ç óÇnS «!$# 3 Iwr& ¨bÎ) u óÇnS «!$# Ò= Ì s% ÇËÊÍÈ  

Al-Baqarah 214: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

 

$pk r'¯»t tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä ö@yd ö/ä3 9ß r& 4 n?tã ;ot »pgÏB /ä3 ÉfZè? ô`ÏiB A>#x tã 8LìÏ9r& ÇÊÉÈ   tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ¾Ï&Î!qß u ur tbrß Îg»pgéBur Îû È@ Î6y «!$# óOä3Ï9ºuqøBr'Î/ öNä3Å¡àÿRr&ur 4 ö/ä3Ï9ºs × ö yz ö/ä3©9 bÎ) ÷LäêZä. tbqçHs>÷ès? ÇÊÊÈ  

As-Saff 10-11: Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).