Sunday, October 26, 2008

Nasihat Nabi Kepada Abu Dzar (untuk kita semua!) Berkenaan Akhlak-akhlak Mulia

قلت: فما كانت صحف إبراهيم؟ قال: كانت أمثالا كلها: أيها الملك المسلط المغرور المبتلى! إني لم أبعثك لتجمع الدنيا بعضها على بعض، ولكني بعثتك لترد على دعوة المظلوم فإني لا أردها ولو كانت من كافر، وكان فيها أمثال: على العاقل ما لم يكن مغلوبا على عقله أن يكون له ثلاث ساعات: ساعة يناجي فيها ربه، وساعة يحاسب فيها نفسه، وساعة يتفكر فيها صنع الله، وساعة يخلو فيها لحاجته من المطعم والمشرب؛ وعلى العاقل أن لا يكون ظاعنا إلا لثلاث: تزود لمعاد ومرمة لمعاش، أو لذة في غير محرم، وعلى العاقل أن يكون بصيرا بزمانه، مقبلا على شأنه، حافظا للسانه، ومن حسب كلامه من عمله قل كلامه إلا فيما يعنيه؛ قلت: فما كان في صحف موسى؟ قال: كانت عبرا كلها: عجبت لمن أيقن بالموت ثم هو يفرح، عجبت لمن أيقن بالنار: ثم هو يضحك، عجبت لمن أيقن بالقدر ثم هو ينصب، عجبت لمن رأى الدنيا وتقلبها لأهلها ثم اطمأن إليها، عجبت لمن أيقن بالحساب غدا ثم لا يعمل، قلت: يا رسول الله! هل فيما أنزل عليك شيء مما كان في صحف إبراهيم وموسى؟ قال: يا أبا ذر! تقرأ {قد أفلح من تزكى - إلى قوله: صحف إبراهيم وموسى{.

قلت: يا رسول الله! أوصني، قال: أوصيك بتقوى الله فإنه رأس الأمر كله، قلت: زدني، قال: عليك بتلاوة القرآن وذكر الله، فإنه نور لك في الأرض وذكر لك في السماء، قلت: زدني، قال: إياك وكثرة الضحك! فإنه يميت القلب ويذهب بنور الوجه، قلت: زدني، قال عليك بالصمت إلا من خير، فإنه مطردة للشيطان عنك وعون لك على أمر دينك، قلت: زدني، قال: عليك بالجهاد، فإنه رهبانية أمتي، قلت: زدني، قال: أحب المساكين وجالسهم، قلت: زدني، قال: انظر إلى من تحتك ولا تنظر إلى من فوقك، فإنه أجدر أن لا تزدري نعمة الله عندك، قلت: زدني، قال: لا تخف في الله لومة لائم، قلت: زدني، قال: قل الحق وإن كان مرا، قلت: زدني، قال: ليردك عن الناس ما تعرف من نفسك، ولا تجد عليهم فيما يأتي، وكفى بك عيبا أن تعرف من الناس ما تجهل من نفسك أو تجد عليهم فيما تأتي، يا أبا ذر! لاعقل كالتدبير، ولا ورع كالكف؛ ولا حسب كحسن الخلق.

 

Aku berkata (iaitu Abu Dzar r.a), Wahai Rasulullah (saw), bagaimanakah kitab yang diturunkan ke atas Nabi Ibrahim 'alaihis-salam?  Jawab Baginda (saw): kitab itu merupakan perumpamaan-perumpamaan belaka, misalnya: Wahai raja yang angkuh yang sentiasa diuji dan terpedaya:  Aku tiada mengangkatmu menjadi raja untuk engkau mengumpul harta kekayaan bertimbun-timbun.  Akan tetapi Aku mengangkatmu menjadi raja supaya mendengar pengaduan orang yang teraniaya, lalu engkau mengadilinya, kerana sesungguhnya Aku tiada pernah menolak pengaduan orang yang teraniaya itu, sekalipun daripada seseorang kafir.

Orang yang waras fikiran, yang tiada terpengaruh oleh akal fikirannya, harus menyediakan beberapa masa; masa untuk munajat kepada Tuhan, masa untuk meneliti diri,  masa untuk merenungkan keanehan ciptaan Allah Ta'ala dan masa untuk mengurus segala keperluan diri, seperti makan-minum.

Orang yang waras fikiran, jangan sampai menghabiskan masanya kecuali kepada tiga perkara: (1) Menambah amal untuk Hari Akhirat (2) Mencari rezeki untuk penyambung hidup (3) Mengecap kelazatan bukan daripada yang haram.

Orang yang waras fikiran harus meneliti masanya. Mengambil berat terhadap urusannya, dan sentiasa memelihara lidahnya.  Barang siapa yang menjadikan tutur-bicaranya terhitung daripada amalannya, nescaya sedikit tutur-bicaranya kecuali kepada perkara-perkara yang perlu belaka.

Kemudian aku (Abu Zar) bertanya lagi: Duhai Rasulullah! Bagaimanakah pula kitab yang diturunkan ke atas Nabi Musa 'alaihis-salam?

Jawab baginda:

Kitab itu merupakan kumpulan ibarat dan tauladan belaka, umpamanya: Aku hairan bahwa manusia itu tahu ia akan mati, tetapi bagaimana pula ia terus bersuka-ria saja. Aku hairan juga bagaimana ia boleh terus gelak ketawa, sedang ia mengetahui di sana ada api neraka! Aku hairan juga bagaimana ia boleh berangan-angan besar, sedang ia tahu bahawa segala sesuatu itu berlaku dengan Qadar (ketentuan Tuhan). Aku hairan juga betapa manusia mengenal dunia dan perubahannya yang kerap, tetapi bagaimana ia boleh merasa aman dan sentosa kepadanya! Aku hairan juga betapa manusia yakin bahawa ia akan dihisab (di Hari Kiamat), tetapi ia tiada beramal!

Maka aku pun memohon agar Rasulullah berpesan kepadaku sesuatu. Maka Rasulullah berkata: Aku berpesan kepadamu agar sentiasa bertaqwa kepada Allah kerana yang demikian itu adalah pokok segala perkara.

Kemudian aku minta ditambah lagi. Maka berkata Rasulullah:

Lazimkanlah diri membaca Al-Quran, kerana ia akan menjadi cahaya untukmu di bumi, dan sebagai zikir pula di langit.

Aku minta ditambah lagi, maka Rasulullah berkata lagi: Awas, jangan sekali-kali suka banyak ketawa, kerana ia akan mematikan hati dan menghapuskan cahaya di wajah.

Kataku: Tambah lagi, duhai Rasulullah! Kata baginda: Lazimkan berdiam diri, dan apabila berbicara biarlah yang baik saja. Sikap itu akan menjauhkan syaitan daripadamu dan membantumu dalam urusan agamamu.

Kataku: Tambah lagi! Baginda berkata pula: Gemarkanlah dirimu berjihad (di jalan Allah), kerana ia rahbaniah (kependitaan) umatku.

Kataku: Tambah lagi: Katanya: Cintailah kaum fakir miskin dan dampingilah mereka itu.

Kataku: Tambah lagi! Katanya: Ambil berat terhadap orang yang lemah, dan jangan runsingkan diri dengan orang yang kukuh kedudukannya. Sebab sikap serupa itu lebih patut dan supaya engkau tidak mensia-siakan nikmat Allah terhadap dirimu.

Kataku: Tambah lagi! Katanya: Berbicara benar, meskipun pahit.

Kataku: Tambah lagi! Katanya: Hendaklah anda jauhkan diri daripada mendedahkan kelemahan onang lain, sedang anda mengetahui bahwa anda pun mempunyai kelemahan sendiri. Jangan ingkar sesuatu, sedang anda melakukan yang sama. Memadailah menjadi suatu keaiban, jika anda nampak keaiban orang, tidak nampak keaiban sendiri, anda melahirkan kesal terhadap sesuatu sedang anda sendiri melakukannya.

Sesudah itu baginda pun menepuk dadaku, seraya berujar:

Belum sempuma akal, jika tidak tahu mentadbir. Bukanlah wara', jika tidak mengekang diri. Tidak ada pangkat sebelum berbudi-pekerti luhur.

Hadis ini telah dicatitkan oleh Al-Mundziri di dalam kitabnya At-Targhib Wat-Tarhib.

Rasulullah saw Juga Bermesra dan Bergurau

Dalam suri teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, Baginda juga seorang yang mesra dan suka juga bergurau.  Seorang ulama terkenal di Pakistan, Naeem Siddiqi, di dalam bukunya, "Muhammad Pembina Umat", telah mencatat beberapa peristiwa dalam sirah mengenai sikap Baginda,

 

Pada suatu ketika Sayyidatina Aisyah rha menyediakan masakan daripada gandum, ketika itu Sayyidatina Saudah rha ada bersama-sama dan Rasulullah saw duduk di tengah-tengah mereka.  Wujud di sana suasana kemesraan, Aisyah minta Saudah mengambil sesikit makanan tersebut, tetapi Saudah enggan.  Apabila diminta berkali-kali dan Saudah tetap enggan, lantas beliau menampalkan tepung itu ke muka Saudah.  Rasulullah ketawa sambil menyuruh Saudah membalas perbuatan itu ke muka Aisyah.  Lalu Saudah membalasnya dengan disambut ketawa baginda.

 

Sayyidina Abu Bakar pernah satu ketika berpasangan dengan Rasulullah di dalam latihan renang.  Selepas itu, hujan turun dan Rasulullah bermandikan air hujan dengan memakai kain sarung.

 

Dalam suasana gembira, Rasulullah gemar bermain gendang, mengiringi nasyid yang dinyanyikan oleh kanak-kanak perempuan.

 

Pernah dua orang perempuan bernasyid bersama Aisyah, Sayyidina Abu Bakar mengherdiknya tetapi Rasulullah campurtangan dan membenarkan mereka meneruskannya.

 

Pernah ada seseorang yang datang kepada Baginda meminta seekor unta kerana ada sesuatu keperluan.  Baginda memberitahu bahawa Baginda hanya akan memberikan anak unta kepada orang tersebut.  Bila orang tersebut kelihatan semacam kecewa kerana dia memerlukan unta besar dan bukannya anak unta.  Lalu Rasulullah saw menjelaskan; semua unta (yang besar) asalnya adalah anak unta (maksudnya Baginda sebenarnya ingin memberi unta besar kepada orang tersebut).

 

Begitu juga dengan satu kisah yang agak popular.  Apabila seorang perempuan tua minta didoakan agar dia dimasukkan ke syurga nanti.  Rasulullah saw memberitahunya, bahawa perempuan tidak boleh masuk syurga.  Apabila perempuan tua itu kelihatan kecewa, Baginda memaklumkan bahawa maksud sebenar Baginda adalah walaupun seseorang itu mati dalam keadaan tua, jika dia dapat masuk syurga, dia akan jadi muda.  Dengan itu, tiada orang tua di syurga.

 

Justeru, Islam tidak menghalang kita bersuka-suka dalam batas yang diberi oleh syariat.  Pada masa yang sama tunaikan hak dan kebajikan kepada makhluk-makhluk Allah yang lain.  Juga tunaikanlah amanah sebagai khalifah Allah di mukabumi sementara ini.

Saturday, October 25, 2008

Kelebihan Orang Berilmu: Pengajaran Daripada Sirah

·        Imam Bukhari merakam di dalam kitab Sahih Bukhari tentang satu peristiwa dalam sirah untuk membuktikan bahawa orang berilmu lebih perlu diikuti berbanding pemimpin (telah diolah semula);

 

Dalam satu misi perang yang mana panglimanya adalah Khalid al-Walid (ra) dan salah seorang tenteranya adalah Ibnu Umar (ra), telah mencapai kemenangan.  Ramai musuh yang ditawan.  Dalam suasana Islam belum kuat dan ancaman daripada musuh masih banyak,  Khalid al-Walid memutuskan untuk membunuh tawanan perang.  Sebelum itu, tawanan-tawanan perang tersebut telah mengistiharkan mereka keluar daripada agama mereka.  Peristiharan itu juga bermaksud mereka ingin memeluk Islam.

 

Oleh kerana pengistiharan tersebut tidak jelas, Khalid memutuskan untuk tetap membunuh mereka.  Justeru, tawanan perang tersebut telah dibahagi-bahagikan untuk dibunuh oleh tentera-tentera Khalid.  Tentera Khalid telah mematuhi arahan ketua mereka membunuh tawanan-tawanan tersebut. Apabila tawanan untuk Ibnu Umar di bawa kepadanya, beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak akan membunuh tawanan yang telah memeluk Islam.  Beliau juga berkata, kawan-kawan rapatnya juga tidak akan membunuh tawanan-tawanan yang telah mengistiharkan keIslamannya.

 

Apabila pulang ke Madinah, perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan Rasulullah saw.  Rasulullah saw telah mengiyakan apa yang Ibnu Umar putuskan.  Sebaliknya, Baginda telah menzahirkan kekesalannya dengan keputusan Khalid al-Walid dengan menyebut, "Aku berlepas diri daripada Khalid".  Walaupun, Khalid memutuskan perkara tersebut menurut ijtihadnya, namun beliau tetap berasa sangat dukacita dengan keputusannya.  Peristiwa tersebut menyebabkan Rasulullah saw telah mengarahkan agar semua keluarga tawanan perang yang dibunuh dibayar ganti rugi.

 

·         Imam Bukhari membawa peristiwa di atas untuk menunjukkan bahawa fatwa orang berilmu lebih harus diikuti berbanding pemimpin.  Ibnu Umar sangat dikenali sebagai orang alim, yang sangat tinggi feqhnya, sehinggakan sebahagian Imam mazhab menggunakan pandangannya untuk menetapkan hukum-hukum.  Sementara Khalid al-Walid adalah panglima perang yang hebat, justeru 'kecermatan' beliau dalam memutuskan sesuatu perkara berkaitan agama tidak sebaik Ibnu Umar.
 
 Justeru, jika inginkan kebaikan yang sangat banyak, hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mengenal penat serta jemu untuk menjadi orang yang berilmu.